Sunday, July 31, 2005

Suatu petang di Devi’s, Bangsar.

Sebenarnya aku tak pernah belanja orang yang tidak dikenali minum. Budaya ini biasanya diamalkan di bar-bar, di mana si lelaki akan membelikan si gadis minum. Kalau si gadis bernasib baik, minuman yang diberi tidak di-spike, dan kalau nasib lebih baik, cinta akan berputik.

Tapi aku bukan di bar. Aku berada di Devi’s, tengah menikmati roti naan garlic, dengan kuah kari terpercik di baju (inilah bahana cuba kontrol ayu sambil makan haha).

Tiba-tiba aku ternampak dia. Tengah baca buku. Dunia yang bising dengan pasar malam dia buat tak endah sahaja. Sekali-sekala dia senyum sendirian, dia usap dagu dia, mata tak pernah melilau dari buku yang dibaca. Sejuk hati aku, walaupun cuaca pada petang itu panas membara macam duduk sebelah tempat kipas satay (oh you know what I mean).

Dan disebabkan dunia ini sudah terbalik, aku belikan dia teh o ais limau. Dia senyum tanda terima kasih. Hmm, dia lagi kacak dari yang aku sangka (maklumlah bila dia tengah membaca aku nampak side profile-nya sahaja). Mungkin dia tak sekacak Jared Leto, Hephaistion kegilaan aku tu. Dia juga mungkin tak sekacak Orlando Bloom, yang berlakon macam kayu tu. Tapi dia memang kacak.

Bukan sahaja kacak, tapi gentleman. Dia singgah di meja aku, ucap terima kasih. Ketika ini aku ada dua options: Aku boleh beri phone number aku dan balik tak tidur semalaman mengharapkan panggilan telefon darinya, atau aku boleh ucap “you’re welcome” dan pulang dengan hati senang kerana dia senyum kat aku.

Aku ucap “you’re welcome”. Ye lah, takkan aku nak cakap “pilihlah aku jadi pacarmu” pulak?

Senyuman ikhlas dari seorang yang tidak dikenali tak mahal rupanya.
Hanya berharga satu ringgit.
Harga segelas teh o ais limau.

Wednesday, July 27, 2005

Mencari Cinta Episod #3.

*hela nafas panjang*

Tiga soalanz:
1) Apakah hidden agenda di sebalik task yang diberikan kepada para losers, woops maaf, para peserta kali ini?
2) Adakah pertandingan menghias teddy bear akan menunjukkan mereka ada tokoh jadi ayah? “Kalau ayah engkau gay tu lain cerita lah nok,” kata Bobby, yang jelas sekali syok dekat si Overgrown Skater tu (the one with the long hair, codename Jauharil). “Atau ada tokoh jadi some pervert yang ada teddy bear fetish,” kata aku. Hehe.
3) Apa relevannya menghias teddy bear dengan usaha memikat seorang setiausaha yang manis itu?!

Tapi Azary ternyata bijak. Ketika si kecil sedang pening kepala untuk yang pilih mana satu teddy bear hodoh dan badly dressed yang dia mahu, si Azary gerak-gerakkan kaki teddy bear, memanggil-manggil si kenit itu. Ingat aku tak nampak ke. Hmm, agaknya macam ni lah gaya seorang felon nak mengumpan mangsanya (isk jangan saman aku, ini buah fikiran aku sahaja). Dalam banyak-banyak teddy bear, si Danial (iye si legal officer kesayangan aku tu) paling tak pandai menghias. Teddy bearnya tak ubah macam drag queen–meet–can-can dancer. Hancur!

Sesi bertemu keluarga pula begitu menggelikan hati. Si Khairul tak ubah macam businessman yang selalu kelihatan di coffeehouses, jenis-jenis yang bersuara kuat, berlagak macam dialah lelaki terkaya di Malaya. Colleague aku cakap muka dia macam Jamal Jamaluddin. Betul jugak, adalah iras. Hmm, terfikir pulak aku, kenapa tak ajak Abang Jamal je masuk program ni (oh mungkin sebab dia dah ada awek). Aku taknak komen lebih-lebih pasal JJ, nanti dia baca ni kang, merajuk pulak. Kalau dia merajuk taknak datang open house aku tahun depan, siapa nak layan tetamu nanti!

Tentang lelaki lain, aku malas nak komen. Overgrown skater si Jauharil tu needs to speak up a bit. Si Zulfakar ‘The Boring Jawa’ did ok. Si Khaidir ni macam aura dia tak bagus lah. Kenapa mukanya sering mencerminkan angst dan amarah sahaja? Si Joe Labi (isk boleh tak aku panggil dia JL jek) janganlah berpakaian begitu. Simpan dulu Baju Melayu tu Bang! Si Danny, tak menonjol. Si Azary, padan muka kena belasah dengan abang2 ipar Elly haha. Si Hasrul, shut up shut up shut up.

Si Legal Officer, nampak sungguh segak berbaju batik. Aku dah berangan kalau aku kahwin dia, tahun depan kita pergi bersama-sama ke Persidangan UMNO, berpakaian sedondon kaler merah jambu. Tak tahulah apsal aku suka sangat kat dia. Mungkin sebab aku tak pernah date lelaki clueless macam dia. Bonus point untuk Danial sebab dia pandai pegang baby! Berdering-dering biological clock aku berbunyi. *sigh*

Minggu lepas aku dah imagine, kalau aku Elly, Hasrul is the first to go. Dia tersilap langkah, masa perjumpaan pertama dia buat-buat tak kenal Elly. Tak gentleman-lah macam ni. Aku taknak speculate siapa yang patut keluar next week, kita tunggu dan lihat jelah. Tapi macam ni lah, kalau si lelaki tu tak pandai menyanyi, tapi nak menyanyi jugak, dia memang patut disingkirkan!

Sekian sahaja isu picisan yang dipertengahkan untuk hari ini, terima kasih.
Setiap hari, aku kena baca 8 suratkhabar. Media monitoring is part of the jobscope-lah. So hari ini dalam Utusan adalah surat pembaca ni, dia membidas blog-blog yang gemar bercerita tentang isu picisan i.e. Akademi Fantasia especially (nasib baik dia tak sebut Mencari Cinta hehe).

To quote:

"Kebangkitan blog-blog (laman Internet) yang mengupas rancangan ini juga boleh dikirakan sebagai kayu pengukur kepada betapa terkebelakangnya masyarakat Melayu"

Alahai Encik Azhan.

Macam ni lah Encik Azhan (si penulis surat ini), saya bukan nak defend mereka-mereka yang mempunyai blog-blog macam ni, tapi mungkin Encik Azhan tak cari betul-betul blog2 yang bercerita tentang isu ilmiah dan kenegaraan. Dunia web ni besar wahai Encik Azhan, kita tak boleh nak kekang masyarakat dari hobi masing-masing. So what kalau mereka semua bekerja tetap tapi ada banyak masa untuk ber-blog. Encik Azhan kena faham konsep blog terdahulu sebelum membuat assumption (ini kelemahan besar) yang mereka-mereka ini tidak peka dengan isu2 yang lebih penting. Sesetengah orang ber-blog untuk meng-educate pembaca-pembaca, manakala ada juga yang ber-blog hanya untuk tujuan berlibur, menenangkan fikiran (macam saya!) dan sekaligus mendatangkan keceriaan dan senyuman kepada pembaca2.

Bukan kami tak peka dengan isu AP, isu Kerajaan Langit, Melayu Glokal, Bio-Valley, Tengku Mahaleel *hearts*, helikopter terhempas, NEP, Cherie Blair in town!, cincin berlian Rafidah Aziz, isu London, gambar topless Cameron Diaz, jarum & kondom dll. Kami tak se-alpa seperti yang disangkakan. Kami peka, tapi biarlah isu-isu tersebut dibincangkan dengan cara-cara lain – ketika bos tiada di ofis, di surau, di Coffee Bean sambil cuci mata, di dalam LRT, di reunion sekolah, di charity dinner berbaju batik berkebaya Kirana.

Dengan erti kata lain, ‘biarkan Luncai dengan labu-labunya’. Kalau rimas, jangan baca. Buat blog sendiri. Perjuangkan Melayu berilmiah kamu itu, okay Encik Azhan?

Ok dah, kejap lagi aku review ‘Mencari Cinta’ Episod #3.

Tuesday, July 26, 2005

aku antara pembaca blog kamu.
aku cuma mahu wish
semoga kamu mendapat high 5 dari Tuhan.


Terima kasih.

(hmm sebak sebenarnya. kadang-kadang dah tak tahu buat apa dengan hidup ini.)

Terima kasih sekali lagi di atas maklum-balas2 ikhlas yang diterima. Maaflah tak dapat nak aktifkan (ok ini tanda I've been watching ASTRO too much) the comment-thing here. Aku tak nak anxiety aku datang balik.

Oh satu lagi comment aku nak share di sini:

Macam Doraemon!

Haha. Bear with me mungkin di masa hadapan nahu dan tatabahasa di sini akan lebih baik. Ya!

Saturday, July 23, 2005

Aku dah pergi 2nd interview semalam (re: dream job; sila rujuk entry bertarikh 20 Julai). Sekarang ni terpulang lah kepada mereka kalau mereka nak hire aku ke taknak. Maklumlah, 50% of the job requirement dah memang dalam tangan cuma like I said, aku takde experience. Tapi manager yang interview aku tu pun dulu takde experience. Hanya bersandarkan English yang berhabuk. In fact, his previous job was the current job I’m doing right now. So, kalau dia boleh, aku pun boleh.

Aku dah inform kat dia orang yang English ‘GRAMMER’ Test yang dia orang buat tu ada few grammar mistakes. At least itu tanda aku observant, meticulous dan hmm, English berhabuk kan?

Kalau dapat kerja ni, aku bersyukur. Kalau dapat kerja al muslimah al-munawarah tu pun aku akan bersyukur. Tapi at least first job tu aku dah tak payah melawa, aku boleh pakai jeans and the staff there sure drink a lot of 100Plus! Yahoo! Cuma kat sana mungkin 5% je Melayu. Yang lain semua cakap Cina (isk cutenya) dan Swedish. Hmmm tak kisahlah.

Tapi kalau tak dapat dua-dua, aku takkan berhenti mencuba. I’ll make do with what I have right now lagipun financially aku dah dapat manage. I’m sure there’s opportunities elsewhere. - see siapa kata Miss Nate tak pandai nak ber-optimistic.

Dah, dah, tak mahu cakap fasal kerja dah. Mari bercerita tentang lelaki! Wohoo!

Semalam juga aku berjaya mengelak crowd Friday prayer. Bukan apa aku ni lemah semangat sikit tengok lelaki2 yang pergi sembahyang Jumaat especially yang berkain pelikat (yang kacak sahajalah) dan jugak lelaki berpakaian pejabat tapi berselipar dan lengan baju disingsing menuju ke arah masjid. Fuyoh! TERUJA aku dibuatnya! <- a subtle way to say that they make me horny. Geez.

Dan juga masa tengah drive nak kena tempat interview, ada kereta Waja menghimpit rapat belakang kereta aku. Aku buat tak tahu jelah, kena kejar dengan lelaki berkereta dah biasa sangat - mungkin sebab car sticker 18sx azimat aku tu ataupun sebab kereta aku kecik jadi seronoklah jadi mangsa buli jalan raya! So anyway, lama jugak kereta Waja ni ikut aku. Last-last dia potong. Aku jeling (nervous sebenarnya) and fulamak! Ada lelaki berbaju Melayu hensem senyum kat aku!

Menyesal tak sudah. Heh.

Friday, July 22, 2005

"Apa masalah awak ni, Nat? Awak ni prefer mat salleh ye?"

Aku tak ingat nama betul dia apa. Tapi dalam phone aku, aku letak nama dia as ‘stranger’ (aku ada 2 cellphone: yang Samsung tu untuk family, lovers and friends; yang Nokia tu aku buat macam mobile little black book. Jangan bimbang Suf, you’re in my Samsung but Ruhayat X dah didemote to my Nokia. Hah!).

So anyway, si stranger ni adalah di antara lelaki-lelaki yang marah-marah sebab aku condemn ‘Mencari Cinta’. Hmm ni aku belum condemn episod ke-2 di mana si lelaki-lelaki tersebut terkantat-kantat panik sebab ada di antara mereka yang tak suka kucing! Tapi takpe, minggu ni aku malas nak mengulas pasal MC. Next week je lah okay.

Tapi ini ada satu tip untuk lelaki-lelaki di luar sana: Kalau nama-nama timangan anda adalah Jolabi, AyahPin, ManKepong, Hasmawie, Tapah dan sewaktu dengannya, tolonglah tukar. Tapi jangan tukar ke nama Joe, Awie, Eddie, Sham, Boy pulak. Hehe.

Ok berbalik kepada soalan tadi. I must reiterate (sejak akhir-akhir ni memang suka pakai perkataan ni) that aku tak memilih. Aku tak benci lelaki Melayu. Serius.

Oh shit, I have someone waiting outside. Will continue later. Or never. Perkara-perkara subjektif macam ni sampai bila pun tak habis, bukan?

Thursday, July 21, 2005

"Your shoulders sooooo tension." That was Angie, my yoga instructor.

Mana aku tak tension, semalam ada 2 interview sebenarnya. Aku dapat MC satu hari, sebab dah 3 hari diarrhea. Doktor G cakap mungkin ada bacteria and slight e-coli. Wah biar benar. Dia tekan-tekan perut aku sambil geleng kepala. Aku diam jelah. He’s the doctor. Hari ni aku rasa ok sikit tapi bila abdominal pain tu datang (selang 2 jam), sakitnya macam kena tikam.

Ubat dah nak habis. Aku dah naik segan jumpa Doktor G and his wife sebenarnya. Dah selalu sangat. Tapi aku nak buat macamana, dah memang sakit.

So, sakit-sakit pun, aku pergi jugak interview.

Interview #1 memang kerja idaman, lagipun aku dah tak larat buat kerja sekarang. Dah tak larat jadi trophy syarikat. So mula-mula aku kena buat essay and grammar test. Masa interview, interviewer cakap test result aku very good, almost perfect.

Aku bukan nak cakap apa, kalau dah nama test tu English GRAMMER Test aku rasa anak kakak aku yang darjah satu tu pun boleh dapat perfect score. Grammer! Eja pun tak betul! Pastu certain questions dalam test pun grammar berterabur! Isk apa jenis multinasional company nih. Hari Jumaat ni 2nd interview. Walaupun on the language side I’m perfect for this job, tapi secara teknikal, pengalaman aku hampir sifar. I was told that kalau aku dapat kerja ni, there’ll be in-house training for 6 minggu. Tapi kalau fail training, you’re fired. Wahlau!

Interview #2 a.k.a. interview al muslimah al munawarah (coined by my colleague) didn’t go too well. Competency test yang aku kena ambik cukup rumit ditambah pula dengan personality test. Dengan keadaan aku yang tengah kepala hotak berkecamuk ni, the personality test was the last thing I want to take.

Dahla teruk aku kena drill masa interview. Interviewers ada 3 orang, termasuk seorang ustaz dari Biro Agama "to observe my personality". WTF? Memang cukup observant ustaz tu, sampai tak berkelip mata dia tengok aku haha.

Soalan2 yang ditanya cukup payah untuk dijawab. Mereka juga risau takut aku nanti culture shock, maklumlah, dah biasa pakai seksi (ini context sendiri, bukan interviewers), tiba-tiba kena bertudung litup. "Sanggupkah awak ‘berhijrah’?", tanya si interviewer. Wah baik punya soalan. Macam ni lah, kalau diberi peluang ‘dibantu’ untuk mendekatkan diri dengan Allah, aku takkan tolak, in fact itulah yang aku harap-harapkan sekarang. Kalau nak harapkan diri sendiri, memang susah. Nak harapkan seorang kekasih yang alim lagi susah (aku dah kena, nama aje alim, tapi kelemahan tak ubah macam mat rempit jugak). Jadi kalau ditakdirkan aku dapat kerja ni, who knows, I might find the tranquility and equilibrium that I’ve been looking for. (Ni kalau Fengh dengar aku cakap macam ni sure dia akan kata "macam gamps")

Tapi tempat syarikat ni dekat dengan Bangsar. Isk kalau petang2 lepas kerja pekena Very Halle Berry di Telawi Street Bistro atau lepak di La Bodega sedap jugak!

Berita terbaru: Pagi tadi boss dari tempat interview #2 dah call boss aku (because he’s my referee). Boss aku dah tanya samada aku betul-betul interested ke nak tukar kerja. Tak tahu lah boss. Tengok lah berapa dia orang offer nanti. One thing for sure, I’ll definitely need the extra money to buy tudung and baju-baju Muslimah!

p/s: Oh, by the way, Natasya in the Sky is FINALLY updated. One more thing, ada beberapa lelaki Melayu yang kurang gemar bila aku condemn mereka (secara general) di sini. Tapi bila aku tanya "But what I wrote here is all true, yes?" tiada siapa yang dapat menafikannya. So case closed. Terimalah aku seadanya. Sekurang-kurangnya korang boleh belajar untuk menjadi seorang lelaki dan pecinta yang lebih baik. ;)

Monday, July 18, 2005

*telefon berbunyi*

Caller : Hello, boleh saya bercakap dengan Cik **** *******?
Saya : Ya, saya.
Caller : Cik ****, saya Pn F dari *******. Pihak kami nak invite Cik **** datang ke interview. Cik **** boleh datang hari Rabu tengahari minggu ni?
Saya : Oh boleh, tiada masalah.
Caller : OK, jangan lupa bawak sijil2 original, Photostat copies, pay slip terbaru dan gambar passport ye.
Saya : OK!
Caller : Oh satu lagi, er, Cik **** tahu kan dress code kami di sini macamana?
Saya : *tarik nafas* Ya saya tahu. Takde masalah.

Petang tadi aku terus bergegas ke rumah kakak aku. Aku pinjam macam-macam jenis tudung dari dia, semua jenis warna (alamak aku lupa pinjam brooch!), semua jenis fabrik yang harap-harap boleh match dengan sut Dorothy Perkins kesayangan aku.

Kalau ditakdirkan aku dapat kerja ni, mungkin ini exodus terbaik untuk aku.

Mungkin juga satu high-5 dari Tuhan.

Thursday, July 14, 2005

Pergelangan tangan aku dah tak sakit. Bowling tourney punya pasal la ni. 4 malam tangan aku berbalut (balut sendiri pulak tu, messy job, oh kalaulah si Cina rempit* tu ada di sisi!). Mula-mula sapu minyak gamat, tak menjadi. Nak menaip pun susah. Nak chatting dengan serigala-serigala siber lagi susah. Malam ketiga, aku sapu Menzza Cream. Sayang betul Dr. G kat aku. Semua jenis ubat dia kasi. Cuma Valium je susah nak pujuk dia kasi kat aku. "You need to deal with your problems" "But I AM dealing with my problems!!! I just need to sleep peacefully, that’s all I ask, Doc".

Hari tu aku tengok program ‘Mencari Cinta". Mungkin ala-ala Joe Millionaire versi Melayu. Aku simpati dengan jantan-jantan itu. Dalam dunia ni aku simpati kat 2 jenis lelaki:

Lelaki-lelaki yang sudah berkahwin
Dah kahwin satu, nak lagi satu. Dah ada bini, nak ada girlfriend. Bila girlfriend ajak kahwin, terkantat-kantat bagi alasan. Mengaku alim, ikut sunnah nabi, sembahyang tak tinggal, tapi takut bini rupanya. Bila keluar dengan anak-anak, mata tu melilau sahaja tengok awek-awek yang masih bergetah – time ni memang aku suka kenyit mata kat jantan-jantan macam ni, sebab lepas tu kita akan nampak ereksi si jantan (oh celupar sungguh mulut aku bila berbahasa Melayu!).

Lelaki-lelaki ‘Mencari Cinta’
Laaa, dia orang ni tak malu ke, sampai kena masuk TV untuk mencari jodoh? Dah pupus ke budaya "biar orang tua je lah yang pilihkan/carikan?". Aku scan sekor-sekor. Hmm mommy’s boy; pemalu; masih trauma putus cinta; tak bernasib baik … Isk, biar benar dia orang ni?

Kalau macam ni, lebih baik aku tengok ‘Sembilu’. Sekurang-kurangnya Zek Zaidi tetap mantap. Aku bukan anti program [‘Mencari Cinta’] macam ni. Cuma aku kesian kat dia orang, nampak pathetic betul. KL ni kecik, tapi aku tak pernah pun jumpa mereka. Pastinya mereka tak suka lepak di Kinokuniya, Borders, Heritage Row, Changkat Bukit Bintang, Jalan Telawi, Plaza Damas macam aku. (note to self: maybe i should go bowling more often)

Tapi takpe, kalau si legal officer tu gagal dalam program ni, dia tak perlu risau. Aku cuma perlu tahu dia kerja kat legal firm mana. Haha.

* Cina rempit = Usia 29; bakal pilot (teruknya aku ni, aku tak tahu pilot dalam bahasa Melayu tu apa – pemandu dalam cockpit? Ah yes, juruterbang!!!!); kacak macam Craig Fong.

Tuesday, July 12, 2005

Semalam, TV3 ada menyiarkan tribute untuk Allahyarham Mokhtar Dahari atau ‘Supermokh’ seorang footballer yang begitu dikenali di zaman kegemilangannya, circa 80an kalau tak silap aku.

Hati seorang anak tiba-tiba berdetik. Baba mungkin tidak segah Uncle Mokh, Uncle Dali dan Uncle Chin Aun, tetapi dikalangan footballers, siapa tak kenal Baba, si pengadil yang cukup tegas dan digeruni. Malah, suatu ketika dulu, Baba pernah melayangkan kad merah kepada Uncle Chin Aun. Satu Malaysia marah pada Baba ketika itu. Tapi integriti Baba cukup tinggi, walau berapa ribu peminat bola marah kepadanya pun, Baba tetap gagahkan diri mengadili permainan bolasepak. Bukan setakat di arena tanahair, Baba juga pernah mengadili bola sepak di luar negara.

Sambil kamera menyorot gambar football team Uncle Mokh, tiba-tiba aku ternampak.
Baba.
Dengan pakaian seragam hitamnya.

Aku rasa sedih, berbaur bangga. Aku dah lama tak tengok football. Semenjak Baba meninggal, hati ni rasa macam tak sanggup tengok football. Selama ni aku hanya tengok football dengan Baba, dan kadang-kadang bila Baba bosan melayan kerenah binatang-binatang ternakannya, dia ajak kami adik-beradik main bola. Dia ajar betul-betul cara nak sepak bola, cara nak passing, nak tanduk… Walaupun kami tiga beradik perempuan, dia tak kisah. Bila Aiman lahir, aku tahu dialah yang paling gembira. Sekurang-kurangnya, Aiman akan lebih terror main bola dari kakak-kakaknya yang kaki bangku ni!

I miss him terribly. I wish there are better words to describe how much I’m suffering without his presence and his guidance.

Semoga Allah menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman.

Tuesday, July 05, 2005

Semalam aku mimpi Shahizam. Dah lama aku tak mimpi pasal dia semenjak dia pergi. Selalunya kalau aku mimpi benda2 yang menakutkan, sesuatu yang buruk akan berlaku pada dia.

Tapi kali ni aku mimpi dia. Aku mimpi aku pukul dia sambil menangis, meraung-raung. Tak tahulah apa yang aku nangiskan (mungkin aku tahu, tapi tak mahu acknowledge. Dia tidak berkata apa-apa, cuma dia bukak jam mahalnya yang berdiamond studded dan mendanglingnya depan aku sebelum memberikannya kepada aku.

Aku terus menangis.

Aku terjaga jam 3:32 pagi. Muka ku basah.

Sejak bila air mata dalam mimpi boleh menyusup keluar?