Pergelangan tangan aku dah tak sakit. Bowling tourney punya pasal la ni. 4 malam tangan aku berbalut (balut sendiri pulak tu, messy job, oh kalaulah si Cina rempit* tu ada di sisi!). Mula-mula sapu minyak gamat, tak menjadi. Nak menaip pun susah. Nak chatting dengan serigala-serigala siber lagi susah. Malam ketiga, aku sapu Menzza Cream. Sayang betul Dr. G kat aku. Semua jenis ubat dia kasi. Cuma Valium je susah nak pujuk dia kasi kat aku. "You need to deal with your problems" "But I AM dealing with my problems!!! I just need to sleep peacefully, that’s all I ask, Doc".
Hari tu aku tengok program ‘Mencari Cinta". Mungkin ala-ala Joe Millionaire versi Melayu. Aku simpati dengan jantan-jantan itu. Dalam dunia ni aku simpati kat 2 jenis lelaki:
Lelaki-lelaki yang sudah berkahwin
Dah kahwin satu, nak lagi satu. Dah ada bini, nak ada girlfriend. Bila girlfriend ajak kahwin, terkantat-kantat bagi alasan. Mengaku alim, ikut sunnah nabi, sembahyang tak tinggal, tapi takut bini rupanya. Bila keluar dengan anak-anak, mata tu melilau sahaja tengok awek-awek yang masih bergetah – time ni memang aku suka kenyit mata kat jantan-jantan macam ni, sebab lepas tu kita akan nampak ereksi si jantan (oh celupar sungguh mulut aku bila berbahasa Melayu!).
Lelaki-lelaki ‘Mencari Cinta’
Laaa, dia orang ni tak malu ke, sampai kena masuk TV untuk mencari jodoh? Dah pupus ke budaya "biar orang tua je lah yang pilihkan/carikan?". Aku scan sekor-sekor. Hmm mommy’s boy; pemalu; masih trauma putus cinta; tak bernasib baik … Isk, biar benar dia orang ni?
Kalau macam ni, lebih baik aku tengok ‘Sembilu’. Sekurang-kurangnya Zek Zaidi tetap mantap. Aku bukan anti program [‘Mencari Cinta’] macam ni. Cuma aku kesian kat dia orang, nampak pathetic betul. KL ni kecik, tapi aku tak pernah pun jumpa mereka. Pastinya mereka tak suka lepak di Kinokuniya, Borders, Heritage Row, Changkat Bukit Bintang, Jalan Telawi, Plaza Damas macam aku. (note to self: maybe i should go bowling more often)
Tapi takpe, kalau si legal officer tu gagal dalam program ni, dia tak perlu risau. Aku cuma perlu tahu dia kerja kat legal firm mana. Haha.
* Cina rempit = Usia 29; bakal pilot (teruknya aku ni, aku tak tahu pilot dalam bahasa Melayu tu apa – pemandu dalam cockpit? Ah yes, juruterbang!!!!); kacak macam Craig Fong.
No comments:
Post a Comment