Friday, March 23, 2007

Tadi saja je call dia tanya dia di mana. Dia di kedai Brothers. Suara dia macam tergagap-gagap sikit.

No, he's not cheating on me.

I think I'm getting a car accessory for my birthday (tolonglah jangan, aku belum bersedia untuk jadi gadis litar dia).

Monday, March 19, 2007



Saya sudah pulang. It's good to be back you know? Maybe we'll never compete with the Singaporeans tapi entahlah, rindu sangat pada hospitality rakyat2 Malaysia - isk serius ke aku yang berkata begini? Lagipun tak pernah berenggang dengan si boyfriend yang berumur 23 tahun itu hehe.

Will upload some photos later. Nak makan nasi lemak dulu ni.

p/s: Many thanks to F for the accomodation! Jangan lupa baca karangan bahasa Melayu yang saya telah letakkan di atas meja untuk anda baca. :D

Wednesday, March 14, 2007

Rasa macam terdesak sangat nak update di sini tapi tidak tahu nak cerita tentang apa. oooh kejap, nak browse website2 yang menghambakan diri mereka untuk AF5. Kelas Bahasa Inggeris tu berapa kali seminggu? It's very amusing. Rasa macam mahu muntah darah gigit bibir sampai berdarah when there are grammar mistakes. But i have faith that with a lot of practice mereka akan dapat menguasai BI at a satisfactory level (tipu! To perfect your English you need a lot of reading and practice ok!). If you ask me who's my favorite student this season, mestilah Dafi. Isn't he the cutest thing? Hehe.

On a serious note, i turn 30 on the 25th. Saja je nak ingatkan diri sendiri (iye, dan orang-orang lain juga). Belum decide untuk buat apa lagi. Mula2 ingat mahu adakan parti 'nafsu berserakah' (awesome phrase! aku belajar dari filem 300) but OF COURSE I'M JUST KIDDING YOU GUYS. Isk. No plans yet. Tapi cuti 3 hari for my birthday (aku mmg ambik cuti on my birthday every single year) takkan nak melepak/melepek di rumah sahaja ye dak?

OKlah need to do some work. Semalam pergi pasar malam near my old university. Masa tengah tunggu si apek goreng apakenama carrot cake kegemaranku masa uni dulu, tiba2 ada pak Arab ni sorang datang approach aku. "Are you Malay?" So aku jawab "Hell yeah I'm Malay, man. What's up?". "Is this halal?" "Er, yes, Halal. Halal." Rasanya halal lah. InsyaAllah halal. Makan tanpa was-was. Pleaselah, benda tu mesti halal kan. Orang Melayu memang suka makan, apa.. Dah bertahun dah uncle tu ada kat pasar malam. Sure halal punya lah!

Oh shit.

Thursday, March 08, 2007

Wayang Kata III, No Black Tie, 7 Mac 2007.


Psst...
Bisik pada dia ya?
Bahawa aku berterima kasih untuk segalanya
Sudah penat digelar pendera si anjing, si hati batu, si wanita sihir
Tapi dia sebagai seorang sahabat
Masih menerima aku seadanya.