Ok hyper-rangkai yang terdapat di sini sudah dikemaskini. Jika ia berbeza dari senarai yang terpapar beberapa hari lalu, itu adalah kerana hyper-rangkai yang ada sebelum ini (isk kenapa ayat ini berpusing-pusing ha) adalah milik si jantan decadence itu. Maklumlah, dia yang godam laman web ini. Bab-bab html memang aku tak berapa pandai. Tak kuasa nak belajar. Banyak lagi masalah dunia aku kena fikirkan (seperti kenapa sejak akhir-akhir ni aku kempunan nak makan nasi padang di Kelana Jaya).
Sebenarnya aku tak tahu hyper rangkai siapa aku nak letak. Laman web Melayu tak banyak yang aku lawati (tapi kalau ada cadangan, holler back ok). Jadi buat sementara waktu ini, aku letak dulu laman-laman web kawan-kawan: Suf si Jantan Dekaden (Suf, aku bukan marionette kamu!), Ruhayat X (yang tiada perasaan), Nizam Zakaria (*draws big heart around him*) dan Mat Jan (aku tak pernah jumpa MJ, tapi we go long way back). Link Dewan Bahasa dan Pustaka juga ada di sini. Selalu juga aku datang ke sini (secara virtual lah) kerana aku tak percaya dengan terjemahan ASTRO. Sejak bila perkataan ‘race’ ditafsir jadi ‘ras’? Hurricane jadi hurikan?
Dan last sekali, hyper-rangkai kumpulan Dewa-lah. Aku tak percaya yang Dewa boleh menyesatkan. Pejuang Yahudi jauh sekali. Mereka bukan Zionis. Mereka ini ‘baik-baik saja’. Walaupun mereka berkiblatkan cinta, aku percaya ajaran Ahmad Dhani tidak melewakan atau memesongkan, dan membuatkan kita lupa dengan agama adalah tidak benar sekali. Sudah, jangan hantar aku e-mel propaganda tentang Dewa lagi. Aku tak mahu dengar atau baca.
Lepas ni kita gosip tentang Mencari Cinta ok? And no, I’m not gonna put Hasrul’s link here. Please-lah.
No comments:
Post a Comment