Di antara persahabatan yang telah lama terjalin (ke lama telah terjalin?) dan sebuah rancangan realiti yang tak berapa realistik, of course lah aku pilih untuk bersama seorang sahabat. Lagipun memang susah to say no to Jalan Telawi (jerebu atau tidak, Bangsar tetap bersinar). Anyway, dia menghadiahkan aku gelang tangan (sorry saya tak tahu penjodoh bilangannya) bling-bling yang dibelinya di Zurich (I love it!) dan satu chocolate muffin sebesar alam yang dibelinya di Treats, Westin Hotel. Isk, terharu dibuatnya.
Berborak punyalah lama, sedar2 jam sudah menunjukkan pukul 10. Aku texted beberapa kawan dan colleagues "Who got kicked out?".
Joe Labi. Joe Labi si comic relief rancangan ini. Pagi yang berjerebu ini, awal-awal lagi Abang Asri dah singgah bilik aku. "Immy mesti sedih hari ni kan?" Isk, rasa-rasanya will it be hard for me untuk pancitkan tayar kereta dia tak? Hehe.
Isnin lalu aku sudah berdebat dengan Abang sebab dia tak habis2 suruh aku masuk Mencari Cinta 2. Aku cakap sama dia - ada Mufti cakap jika seorang wanita itu memang seorang yang berbudi pekerti baik, memang dikenali kerana sihat keimanannya dan peribadinya yang mulia, rancangan Mencari Cinta ni tak salah. Kalau ada lebih 50 orang lelaki hendak cuba memenangi hatinya pun takpe. Masa ni I was trying to make a point tentang why I think MC is just a complete waste of time and money. Terdiam sekejap Abang. Mesti die percaya bulat-bulat hujah aku kan? Hehe. Dia tak tahu sebenarnya aku terbaca sekilas pandang je pendapat Mufti tu. Dalam majalah tabloid. Masa tu aku tengah tunggu nasi beriyani yang paling sedap di KL. Di Sri Gombak. ;)
Macam rugi tak tengok episod semalam. Dengar my colleagues bercerita tak sama dengan menonton MC dengan mata sendiri. Lepas ni aku tak tahu nak pick on siapa dah. Aku rasa JL memang seorang yang berhati baik, tapi kalau paras rupa menjadi kayu pengukur, entah sampai bila dia akan tercari-cari cinta.
Nasihat aku untuk JL? "Menyerahlah untuk menang". Jodoh ada di mana-mana, come on lah engkau lelaki okay! Kalau Mawi yang muka macam mat rempit yang cakap ntah apa-apa tu boleh bertunang, apatah lagi JL yang ber-career dan bersembahyang (pandai masak pulak tu!). He’ll be terribly missed lah.
==
Semalam aku jumpa team bola sepak Selangor. Isk, nakal-nakal mereka ni ya. ;p
No comments:
Post a Comment