Ibn.
Has it ever happened to you? That moment di mana kamu rasa seperti diperhatikan. Tapi this is not to be confused with being ‘perasan’. ‘Perasan’ menjadi context lain especially bila si pemerhati kantoi beberapa kali ketika dia sedang memerhatikan kamu.
Inilah yang aku lalui setiap sabtu pagi sejak akhir-akhir ini. Si Ibn* ni asal dari Syria dan tiap kali dia berbicara tentang politik, tentang agama, tentang perang, tentang literature aku buat bodoh je lah. Lagipun, aku tak suka berbincang tentang benda2 yang tiada kesudahan ini (except for literature). Hujah dia memang banyak, I can’t say I agree with him on everything especially bila dia condemn Hermann Hesse kegemaran aku tu.
Masalahnya dia memang suka tenung aku.
Dengan orang lain memang dia banyak bercakap tapi dengan aku dia kurang sikit. Mungkin sebab memang aku jenis tak bercakap. Ada sekali tu dia ajak aku duduk sebelah dia, jadi aku duduk. Pastu sama-sama terdiam. Aerghhhh macam cipan ah!
Nak katakan aku suka kat dia, hmmm, aku rasa sekarang ni aku dah tak berperasaan. Don’t get me wrong, I still want to fall in love again, build that mahligai chenta, buat anak and whatnot, tapi nak start over rasa macam malas sikit. Masih trauma. Hati ni masih rasa pedih, entah sampai bila nak sakit macam ini. Nak kata serik, tidak sekali, I guess I just need time to recover. Buat masa sekarang, biarlah aku cuci mata sahaja (atau belanja lelaki minum eh?).
OK, berbalik pada Ibn. Jadi, sabtu lepas sebelum discussion bermula, aku tidur la kejap di atas couch outside lecture hall. Peduli apa aku, janji aku dapat melelapkan mata sikit (lagipun the night before aku tak boleh tidur, kepala berserabut lagi tapi aku dah tak sanggup telan ubat tidur tu). Bila aku tersedar, rupa-rupanya Ibn has been watching me sleeping. Aku tenung kat dia balik. Aku senyum.
Dan untuk beberapa milisaat, aku rasa aku dah jatuh hati kat Ibn.
Manis betul senyuman Ibn. Matanya juga cantik, dan kehadirannya memang disenangi ramai. Ibn yang baik hati, Ibn yang intelektual. Ibn yang stylish, Ibn yang sentiasa pandang kat aku macam dia hendak katakan sesuatu. Ibn yang buat dunia sedih ini terhenti seketika dengan renungannya. Ibn yang menjadi eye candy hari sabtu.
Mustahil aku boleh jatuh cinta lagi. No way jose. Tapi sekurang-kurangnya, these days I look forward to Saturday mornings.
Kena tenung dengan Ibn punya pasal, hari tu aku balik rumah dan tidur dengan nyenyaknya dari tengahari sampai senja. Hai, kalau ini berterusan, nampaknya selepas ni aku boleh buang pil-pil tidur tu!
I told Miss Rafthah about Ibn. Rasa-rasanya apa agaknya si Raf the motormouth tu punya comment?
"Jangan dia tu suicide bomber sudah".
Haha. Harap-harap tak lah kan.
* bukan nama sebenar
No comments:
Post a Comment