Mencari Cinta Episod #5.
Awak ingat saya takde kerja lain ke ha. Awak ingat saya ada masa ke nak tengok and then review Mencari Cinta ha, I’m a very busy woman you know!
Ok fine, I had nothing to do last night. Lagipun pukul 10 baru ‘House’ bermula (I’m a sucker for medic series) so TERPAKSALAH nonton MC terlebih dahulu, walaupun di TV2 Faisal Hussein kelihatan seperti akan dirogol oleh seorang wanita pakai bath robe kaler putih. Woah. Only in Yusof Haslam’s production people!
[mari kita bercakap ala skrip TV – a tribute to Impian Ilyana]
Tasya rasa kan (oh gelinye tekak Tasya), peserta-peserta MC sudah mula lupa. Jangan la sebut "mengambil hati ibu bapa Elly dan abang-abangnya". Hello! Abang-abang IPAR ok! And don’t try too hard either, nanti akan menerima padah seperti Khaidir.
Actually half-way through MC, Tasya dah agak Khaidir akan terkeluar. Ame, kawan baik Tasya pun setuju dengan Tasya. Lagipun iklan Kosmo! tu kacau betul. Ada ka pi advertise "tindakan peserta makan diri sendiri, dapatkan Kosmo! esok". Oh come on, kalau ye pun nak jual suratkhabar, jangan la pi advertise spoiler rancangan ini SEBELUM rancangan tersebut habis. Tasya tak suka lah!
Dari awal lagi Tasya dah cakap kan, Tasya tak berkenan sangat dengan Khaidir ni. Muka dia tak pernah jernih, nampak macam asyik nak marah sahaja. Tapi tak bolehlah nak disalahkan dia bila dia ambil tindakan sendiri untuk memenangi hati Elly (kasi teddy bear je? Khaidir, Khaidir. Ini bukan cinta monyet. Engkau bukan Form 5 tau). Tapi yang Tasya tak faham, bila takde effort kena singkir, bila effort lebih pun boleh tersingkir. Susah juga jadi contestant MC ni.
The first 15 minutes tengok MC, Tasya dah gelak sampai keluar air mata. Geli hati tengok lelaki-lelaki itu menari. Kalau Tasya jumpa mereka di clubs, mesti Tasya duduk jauh-jauh dari mereka. Tapi buah hati Tasya si Danial tu memang Tasya sukaaaaaaaaa sangaaaaaaaaaaat. Boleh tahan juga dia menari ya.
Tasya imagine, kalau Tasya masuk rancangan ini, Tasya tak nak test samada mereka pandai menari atau tidak. Tasya akan beri each one of them buku Shakespeare, and then Tasya nak each one of them pilih satu babak dari Shakespeare’s plays atau sonnets dan buat impromptu performance. Tak pun Tasya ajak mereka ‘joint’ yoga (re: JOINT <-- ini istilah artis2 Malaysia ok!). Biar padan muka semua orang hee hee!
Berbalik kepada Danial, rupa-rupanya dia pun suka warna biru. Eh samalah kita! Best line dari Danial "spotlight itu telah dilarikan dari saya". Bwahaha menggelabah betul mamat ni kan. Tapi that’s ok. Tasya boleh maafkan dia.
Ok entry ni nampak semakin panjang. Tasya kan sibuk so Tasya nak rumuskan beberapa benda yang Tasya observe:
- Sometimes I wonder why is Khairul (the Mafia Melayu) still there. Ada you all nampak effort dia? Tengok tak cara dia basuh pinggan? Kalau nenda Tasya tengok cara Khairul basuh pinggan mesti dia akan basuh balik pinggan2 itu.
- Danny did it again. Bagus lah lelaki ini. Semua benda dia buat nampak ikhlas.
- Sejak bila MC jadi macam Survivor? Did I miss something last week? Immunity; last speech to Elly hmmm ... What next? Cat fight between contestants? Harap2 pihak penerbit tidak cepat melatah lagi bila kita tuduh rancangan realiti tv tempatan terpengaruh dengan budaya Barat. What was that term again? Zon memabukkan?
- Cameo appearance by Joe Labi! (and the other two yang Tasya sudah lupa namanya). Betul kata Danial, kalau JL ada, mesti dia akan banyak membantu etc.
- My final word to Khaidir? Repeat after me: TERPAKSA. Bukan ‘TERPAKSTHE’ ok. (I didn’t notice his lisp until Ame pointed it out to me haha)
Ok itu sahaja buat minggu ini!
Tasya sibuk ni, maaf ya kalau review Tasya minggu ini tak best sangat!
Akhir kata, "All the best dan teruskan mencari cinta" ok!
No comments:
Post a Comment