Mencari Cinta Episod #4.
Okay. Kita tamatkan jelah rancangan Mencari Cinta. Biar Danny dinobatkan jadi pemenang. (oh Danny, you dawg. Flowers and cookbook? Very smooth). Cute pulak Danny ni kan, mungkin sebab dia tidak bercermin mata kali ini.
Tak pun kita buat macam Akademi Fantasi. Let there be 4 finalists, the rest can go home.
Atau kita ubah tajuk rancangan ini kepada ‘Who Wants to Marry Elly’s Family'. Rasa-rasa, in real life, mungkinkah my family akan bersidang macam keluarga Elly? Mungkin. Itupun kalau aku nak kahwin dengan anak Sultan Kelantan la kan.
Anyway, aku tak jangka yang Azahari boleh terkeluar. Walaupun sepanjang satu jam semalam, dah dua kali perkataan ‘desperate’ terkeluar dari mulut aku bila nampak dia. But come on, he’s great with the kids! Dan dia nyanyi lagu ‘Sway’ tu! I tell you, if I see another Malay guy singing lagu ni, I’ll, I’ll, hmmm tak tahulah. Sekurang-kurangnya si Legal Officer nyanyi lagu Broery Marantika (heeee family aku mesti approve).
Tiba-tiba aku rasa macam dah malas tengok MC ni. Karaoke contest langsung tak relevan. Tapi bila difikir-fikirkan balik, takkan nak buat sesi berendam dalam sauna pulak? Masa sesi fitness test, aku rasa macam nak cucuk mata dengan garfu. Get this, JL (Joe Labi-lah) sebut muscle – "MA-ZEL".
Bwahaha. Joe Labi oh Joe Labi. Bertuah siapa dapat kahwin dengan JL nanti, sure lambat tua sebab selalu gelakkan dia. Haha.
Sessi shopping jugak lebih kurang menggelikan hati jugak lah. Why on earth are they trying on bathrobes!?! Dan, dan, maksud kamu ada lagi manusia kat Malaysia ni pakai suspenders?!? (I’m referring to Khairul, this man needs to lose his Datuk-ness style and his Mafia-look FAST). Masa ada satu contestant di temuramah di tepi pool, aku ternampak dua lelaki sedang berendam. Uih handsomenya! Hehe.
Okdahlah, malas dah nak bicara tentang rancangan ini. Sebenarnya, jaw aku dah sakit ni, sebab tahan gelak guling-guling di ofis sambil menaip entry ini (ye, saya menggunakan waktu pejabat untuk melakukan riadah saya. Jangan cemburu).
Persoalan terakhir, kenapa lelaki2 itu sedih sangat bila Azahari terkeluar? Mungkinkah kerana they still have to march on untuk memenangi hati keluarga Elly? Hmmm.
No comments:
Post a Comment