Is Mencari Cinta ending soon? It better because I really would like to watch Beat TV again (and drool over Awal Ashaari) and watch ‘Love Story in Harvard’ without interruption (Koreans speaking in warbly English is SO hot). I want to unhinge myself from these ‘deviating’ reality series and watch something else that are more constructive like er, Samarinda or whatever. Yeah right.
Eh, saya lupa. Harus berbahasa Melayu.
Hmm, di mana saya harus bermula. Okaylah saya nak komen sikit tentang playback di mana ada recaps of contestants yang telah tersingkir. I think that Faiz guy (the one who pulled out) mungkin rasa he made the right decision by quitting this show kan? Sekurang-kurangnya he is saved from the complete humiliation and public scrutiny. Banyak orang puji dia like he’s some fucking martyr sebab sudah jatuh cinta dan mahu menumpukan perhatian kepada hubungannya yang baru berputik itu. Well, “a man gotta do what a man gotta do” lah eh?
Jadi semalam punya episod, mereka dapat free facial courtesy of itu Princess Becky Kejelitaan-Adalah-Milik-Setiap-Insan BML tu. Harap-harap muka mereka tak break-out lah selepas tu – manalah tahu tak serasi dengan kulit mereka ke. Tapi wah, berseri-seri muka mereka (barulah berselera sikit nak tengok) especially Danny. To quote Danial – “tidak tegang seperti dahulu”. Woo. And then buat keberapa kali lagi, mereka kena keluar beriadah bersama Elly dan anak-anak buahnya and thennnnnnn, sesi riadah kegemaran masyarakat Malaysia – apa lagi kalau bukan – KARAOKE!!! Ya ampun! Ada sekali aku pernah pergi first date with this guy, dia ajak pi karaoke. Kalau suara dia macam Josh Groban ke, Azam Malaysia Idol ke, ok jugak. But here’s a tip lah, karaoke is not the way to a girl’s heart (especially jika kamu tak boleh nyanyi).
Jadi semalam, penonton disajikan dengan satu lagi kejutan ala AF. 2 orang terkeluar. Tapi!!! Yang terkeluar adalah pilihan keluarga. Ni yang buat saya tak gemar ni. Honestly, saya rasa abang-abang ipar should be eliminated. Lebih kuah dari sudu lah mereka ni (macam abang ipar saya jugak wahaha).
So, anyway.
Overgrown Skater & Boring Jawa were eliminated. Kesian. Spekulasinya macam ini: [insert sarcasm] eventhough Khairul (the Mafia Melayu) takde effort langsung, tak sempat nak join aktiviti bersama Elly, tak reti basuh pinggan, tak pandai ambil hati family, takde fashion sense – itu semua diampunkan. Family Elly tak pandang semua itu. Maklumlah Khairul kan Pengarah Urusan, Khairul kan ‘lebih matang’, boleh guide Elly. [end sarcasm] Oh please. Kematangan tak boleh diukur melalui usia dan pangkat. PLEASE-LAH jangan buat saya muntah.
Tiba-tiba saya kesian pulak kat Elly. Tapi itu tak penting, yang penting,
Last week saya komen tentang iklan Kosmo! yang buat spoil the suspense. Semalam, subtitle keluar dulu sebelum Abby Fana sempat announce the loser! *tarik rambut* Terus hilang debaran.
Semalam juga saya belajar phrase baru:
“minat tahap dewa”
Wow. Mari saya cuba ayat ini:
“Saya minat kumpulan Dewa tahap dewa”.
Tahap dewa. Mufti tak marah ke kalau guna phrase ni?
OKlah, saya mahu tutup ulasan minggu ini dengan secebis haiku:
(buat ‘kiddo’ yang mahukan saya menulis haiku dalam bahasa Melayu – susah gila la, saya sudah cuba yang terbaik!)
cinta sebenar
jangan cuba dicari
dah lama pupus
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment