Showing posts sorted by relevance for query joe labi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query joe labi. Sort by date Show all posts

Wednesday, August 03, 2005

Mencari Cinta Episod #4.

Okay. Kita tamatkan jelah rancangan Mencari Cinta. Biar Danny dinobatkan jadi pemenang. (oh Danny, you dawg. Flowers and cookbook? Very smooth). Cute pulak Danny ni kan, mungkin sebab dia tidak bercermin mata kali ini.

Tak pun kita buat macam Akademi Fantasi. Let there be 4 finalists, the rest can go home.

Atau kita ubah tajuk rancangan ini kepada ‘Who Wants to Marry Elly’s Family'. Rasa-rasa, in real life, mungkinkah my family akan bersidang macam keluarga Elly? Mungkin. Itupun kalau aku nak kahwin dengan anak Sultan Kelantan la kan.

Anyway, aku tak jangka yang Azahari boleh terkeluar. Walaupun sepanjang satu jam semalam, dah dua kali perkataan ‘desperate’ terkeluar dari mulut aku bila nampak dia. But come on, he’s great with the kids! Dan dia nyanyi lagu ‘Sway’ tu! I tell you, if I see another Malay guy singing lagu ni, I’ll, I’ll, hmmm tak tahulah. Sekurang-kurangnya si Legal Officer nyanyi lagu Broery Marantika (heeee family aku mesti approve).

Tiba-tiba aku rasa macam dah malas tengok MC ni. Karaoke contest langsung tak relevan. Tapi bila difikir-fikirkan balik, takkan nak buat sesi berendam dalam sauna pulak? Masa sesi fitness test, aku rasa macam nak cucuk mata dengan garfu. Get this, JL (Joe Labi-lah) sebut muscle – "MA-ZEL".

Bwahaha. Joe Labi oh Joe Labi. Bertuah siapa dapat kahwin dengan JL nanti, sure lambat tua sebab selalu gelakkan dia. Haha.

Sessi shopping jugak lebih kurang menggelikan hati jugak lah. Why on earth are they trying on bathrobes!?! Dan, dan, maksud kamu ada lagi manusia kat Malaysia ni pakai suspenders?!? (I’m referring to Khairul, this man needs to lose his Datuk-ness style and his Mafia-look FAST). Masa ada satu contestant di temuramah di tepi pool, aku ternampak dua lelaki sedang berendam. Uih handsomenya! Hehe.

Okdahlah, malas dah nak bicara tentang rancangan ini. Sebenarnya, jaw aku dah sakit ni, sebab tahan gelak guling-guling di ofis sambil menaip entry ini (ye, saya menggunakan waktu pejabat untuk melakukan riadah saya. Jangan cemburu).

Persoalan terakhir, kenapa lelaki2 itu sedih sangat bila Azahari terkeluar? Mungkinkah kerana they still have to march on untuk memenangi hati keluarga Elly? Hmmm.

Wednesday, October 17, 2007

Hola, Cik Nate dah balik. I survived Kota Bharu!

I wrote so many things in my Moleskine and if I have time, I'll publish it here (oh you know you want to read my anecdotes tentang Kota Bharu).

Cuma sebelum itu, Cik Nate tersentak baca Harian Metro ini hari:
"PESERTA PROGRAM REALITI TV MAUT"

Joe Labi dari rancangan realiti TV Mencari Cinta sudah meninggal. Kemalangan jalanraya. Joe Labi si comic relief itu.. dah takde. I wrote few things about him here ketika Mencari Cinta tengah hangat ketika itu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wednesday, August 10, 2005

Di antara persahabatan yang telah lama terjalin (ke lama telah terjalin?) dan sebuah rancangan realiti yang tak berapa realistik, of course lah aku pilih untuk bersama seorang sahabat. Lagipun memang susah to say no to Jalan Telawi (jerebu atau tidak, Bangsar tetap bersinar). Anyway, dia menghadiahkan aku gelang tangan (sorry saya tak tahu penjodoh bilangannya) bling-bling yang dibelinya di Zurich (I love it!) dan satu chocolate muffin sebesar alam yang dibelinya di Treats, Westin Hotel. Isk, terharu dibuatnya.

Berborak punyalah lama, sedar2 jam sudah menunjukkan pukul 10. Aku texted beberapa kawan dan colleagues "Who got kicked out?".

Joe Labi. Joe Labi si comic relief rancangan ini. Pagi yang berjerebu ini, awal-awal lagi Abang Asri dah singgah bilik aku. "Immy mesti sedih hari ni kan?" Isk, rasa-rasanya will it be hard for me untuk pancitkan tayar kereta dia tak? Hehe.

Isnin lalu aku sudah berdebat dengan Abang sebab dia tak habis2 suruh aku masuk Mencari Cinta 2. Aku cakap sama dia - ada Mufti cakap jika seorang wanita itu memang seorang yang berbudi pekerti baik, memang dikenali kerana sihat keimanannya dan peribadinya yang mulia, rancangan Mencari Cinta ni tak salah. Kalau ada lebih 50 orang lelaki hendak cuba memenangi hatinya pun takpe. Masa ni I was trying to make a point tentang why I think MC is just a complete waste of time and money. Terdiam sekejap Abang. Mesti die percaya bulat-bulat hujah aku kan? Hehe. Dia tak tahu sebenarnya aku terbaca sekilas pandang je pendapat Mufti tu. Dalam majalah tabloid. Masa tu aku tengah tunggu nasi beriyani yang paling sedap di KL. Di Sri Gombak. ;)

Macam rugi tak tengok episod semalam. Dengar my colleagues bercerita tak sama dengan menonton MC dengan mata sendiri. Lepas ni aku tak tahu nak pick on siapa dah. Aku rasa JL memang seorang yang berhati baik, tapi kalau paras rupa menjadi kayu pengukur, entah sampai bila dia akan tercari-cari cinta.

Nasihat aku untuk JL? "Menyerahlah untuk menang". Jodoh ada di mana-mana, come on lah engkau lelaki okay! Kalau Mawi yang muka macam mat rempit yang cakap ntah apa-apa tu boleh bertunang, apatah lagi JL yang ber-career dan bersembahyang (pandai masak pulak tu!). He’ll be terribly missed lah.

==

Semalam aku jumpa team bola sepak Selangor. Isk, nakal-nakal mereka ni ya. ;p

Wednesday, August 17, 2005

Mencari Cinta Episod #5.

Awak ingat saya takde kerja lain ke ha. Awak ingat saya ada masa ke nak tengok and then review Mencari Cinta ha, I’m a very busy woman you know!
Ok fine, I had nothing to do last night. Lagipun pukul 10 baru ‘House’ bermula (I’m a sucker for medic series) so TERPAKSALAH nonton MC terlebih dahulu, walaupun di TV2 Faisal Hussein kelihatan seperti akan dirogol oleh seorang wanita pakai bath robe kaler putih. Woah. Only in Yusof Haslam’s production people!

[mari kita bercakap ala skrip TV – a tribute to Impian Ilyana]

Tasya rasa kan (oh gelinye tekak Tasya), peserta-peserta MC sudah mula lupa. Jangan la sebut "mengambil hati ibu bapa Elly dan abang-abangnya". Hello! Abang-abang IPAR ok! And don’t try too hard either, nanti akan menerima padah seperti Khaidir.

Actually half-way through MC, Tasya dah agak Khaidir akan terkeluar. Ame, kawan baik Tasya pun setuju dengan Tasya. Lagipun iklan Kosmo! tu kacau betul. Ada ka pi advertise "tindakan peserta makan diri sendiri, dapatkan Kosmo! esok". Oh come on, kalau ye pun nak jual suratkhabar, jangan la pi advertise spoiler rancangan ini SEBELUM rancangan tersebut habis. Tasya tak suka lah!

Dari awal lagi Tasya dah cakap kan, Tasya tak berkenan sangat dengan Khaidir ni. Muka dia tak pernah jernih, nampak macam asyik nak marah sahaja. Tapi tak bolehlah nak disalahkan dia bila dia ambil tindakan sendiri untuk memenangi hati Elly (kasi teddy bear je? Khaidir, Khaidir. Ini bukan cinta monyet. Engkau bukan Form 5 tau). Tapi yang Tasya tak faham, bila takde effort kena singkir, bila effort lebih pun boleh tersingkir. Susah juga jadi contestant MC ni.

The first 15 minutes tengok MC, Tasya dah gelak sampai keluar air mata. Geli hati tengok lelaki-lelaki itu menari. Kalau Tasya jumpa mereka di clubs, mesti Tasya duduk jauh-jauh dari mereka. Tapi buah hati Tasya si Danial tu memang Tasya sukaaaaaaaaa sangaaaaaaaaaaat. Boleh tahan juga dia menari ya.

Tasya imagine, kalau Tasya masuk rancangan ini, Tasya tak nak test samada mereka pandai menari atau tidak. Tasya akan beri each one of them buku Shakespeare, and then Tasya nak each one of them pilih satu babak dari Shakespeare’s plays atau sonnets dan buat impromptu performance. Tak pun Tasya ajak mereka ‘joint’ yoga (re: JOINT <-- ini istilah artis2 Malaysia ok!). Biar padan muka semua orang hee hee!

Berbalik kepada Danial, rupa-rupanya dia pun suka warna biru. Eh samalah kita! Best line dari Danial "spotlight itu telah dilarikan dari saya". Bwahaha menggelabah betul mamat ni kan. Tapi that’s ok. Tasya boleh maafkan dia.

Ok entry ni nampak semakin panjang. Tasya kan sibuk so Tasya nak rumuskan beberapa benda yang Tasya observe:
- Sometimes I wonder why is Khairul (the Mafia Melayu) still there. Ada you all nampak effort dia? Tengok tak cara dia basuh pinggan? Kalau nenda Tasya tengok cara Khairul basuh pinggan mesti dia akan basuh balik pinggan2 itu.
- Danny did it again. Bagus lah lelaki ini. Semua benda dia buat nampak ikhlas.
- Sejak bila MC jadi macam Survivor? Did I miss something last week? Immunity; last speech to Elly hmmm ... What next? Cat fight between contestants? Harap2 pihak penerbit tidak cepat melatah lagi bila kita tuduh rancangan realiti tv tempatan terpengaruh dengan budaya Barat. What was that term again? Zon memabukkan?
- Cameo appearance by Joe Labi! (and the other two yang Tasya sudah lupa namanya). Betul kata Danial, kalau JL ada, mesti dia akan banyak membantu etc.
- My final word to Khaidir? Repeat after me: TERPAKSA. Bukan ‘TERPAKSTHE’ ok. (I didn’t notice his lisp until Ame pointed it out to me haha)
Ok itu sahaja buat minggu ini!

Tasya sibuk ni, maaf ya kalau review Tasya minggu ini tak best sangat!

Akhir kata, "All the best dan teruskan mencari cinta" ok!

Thursday, August 04, 2005

Post MC#4. <-- ya aku mahu bicara tentang rancangan ini lagi. Seperti biasa hari Rabu adalah hari membincangkan kepincangan rancangan Mencari Cinta di ofis. More like hari gelakkan MC sebenarnya. Di sini, semua bangsa tengok MC, out of curiosity. The guys hate it, mungkin sebab mereka rasa kejantanan mereka tercalar dengan program sebegini. The girls, well, mereka lebih sporting. Aku tumpang dengar jelah tapi dalam hati berkata "isk kalau dia orang tahu aku buat weekly review Mencari Cinta, habislah!".

Tapi aku perhatikan, semua orang suka (ketawakan) Joe Labi. Haha. Tak baik tau.

Yang buat aku tak gemar dengan Rabu is that aku selalu jadi mangsa mereka. Mereka kata aku candidate terbaik Mencari Cinta musim kedua. Kalau mood aku baik, aku gelak bersama. Kalau mood aku gundah-gelana, aku lari pergi toilet nangis sorang-sorang.

Hari Rabu jugalah Abang Asri akan berkata:
"Tapi Immy kan, Abang rasa…"

Saat ini aku mula tak senang duduk.
Saat inilah aku rasa macam di-vacuum masuk ke dalam drama Spektra with a bad script.

"Tapi Immy kan, Abang rasa kalau Immy masuk Mencari Cinta, mesti rancangan tu tak sampai ke episod 2. Sebab Immy terus cekup mana yang Immy paling suka dan kahwin terus".
Satu department ketawakan aku.

Ha. Ha. Ha. Ha.

My clever retort?
"Abang, saya ada dua perkataan je untuk Abang. CUKA. GETAH*." Heh.

Bukan senang jadi seorang ‘single girl’ di Malaysia. Kalau aku saman setiap lelaki mulut c*ba* di ofis aku ni, mungkin aku dah jadi millionaire sekarang.

Tapi itulah lumrah kehidupan bukan? Er, sekian terima kasih!

* For those not in the know (mereka2 yang di oversea tu) few days back a woman splashed acid on her husband after he told her that he’s planning to tambah bini satu lagi. Tatkala the woman is in jail awaiting bail/trial/whatever, the man recovering at the hospital, muncullah artikel-artikel dan surat2 pembaca lelaki macam cendawan beracun defending polygamy, the poor man, the art of telling the first wife without upsetting her, how the man needs nafkah batin (he’s only 30, the wife is 50 with few kids from previous marriage) and the whole nine yards.

Aku taknak komen apa-apa tentang hal ini.

Wednesday, July 27, 2005

Mencari Cinta Episod #3.

*hela nafas panjang*

Tiga soalanz:
1) Apakah hidden agenda di sebalik task yang diberikan kepada para losers, woops maaf, para peserta kali ini?
2) Adakah pertandingan menghias teddy bear akan menunjukkan mereka ada tokoh jadi ayah? “Kalau ayah engkau gay tu lain cerita lah nok,” kata Bobby, yang jelas sekali syok dekat si Overgrown Skater tu (the one with the long hair, codename Jauharil). “Atau ada tokoh jadi some pervert yang ada teddy bear fetish,” kata aku. Hehe.
3) Apa relevannya menghias teddy bear dengan usaha memikat seorang setiausaha yang manis itu?!

Tapi Azary ternyata bijak. Ketika si kecil sedang pening kepala untuk yang pilih mana satu teddy bear hodoh dan badly dressed yang dia mahu, si Azary gerak-gerakkan kaki teddy bear, memanggil-manggil si kenit itu. Ingat aku tak nampak ke. Hmm, agaknya macam ni lah gaya seorang felon nak mengumpan mangsanya (isk jangan saman aku, ini buah fikiran aku sahaja). Dalam banyak-banyak teddy bear, si Danial (iye si legal officer kesayangan aku tu) paling tak pandai menghias. Teddy bearnya tak ubah macam drag queen–meet–can-can dancer. Hancur!

Sesi bertemu keluarga pula begitu menggelikan hati. Si Khairul tak ubah macam businessman yang selalu kelihatan di coffeehouses, jenis-jenis yang bersuara kuat, berlagak macam dialah lelaki terkaya di Malaya. Colleague aku cakap muka dia macam Jamal Jamaluddin. Betul jugak, adalah iras. Hmm, terfikir pulak aku, kenapa tak ajak Abang Jamal je masuk program ni (oh mungkin sebab dia dah ada awek). Aku taknak komen lebih-lebih pasal JJ, nanti dia baca ni kang, merajuk pulak. Kalau dia merajuk taknak datang open house aku tahun depan, siapa nak layan tetamu nanti!

Tentang lelaki lain, aku malas nak komen. Overgrown skater si Jauharil tu needs to speak up a bit. Si Zulfakar ‘The Boring Jawa’ did ok. Si Khaidir ni macam aura dia tak bagus lah. Kenapa mukanya sering mencerminkan angst dan amarah sahaja? Si Joe Labi (isk boleh tak aku panggil dia JL jek) janganlah berpakaian begitu. Simpan dulu Baju Melayu tu Bang! Si Danny, tak menonjol. Si Azary, padan muka kena belasah dengan abang2 ipar Elly haha. Si Hasrul, shut up shut up shut up.

Si Legal Officer, nampak sungguh segak berbaju batik. Aku dah berangan kalau aku kahwin dia, tahun depan kita pergi bersama-sama ke Persidangan UMNO, berpakaian sedondon kaler merah jambu. Tak tahulah apsal aku suka sangat kat dia. Mungkin sebab aku tak pernah date lelaki clueless macam dia. Bonus point untuk Danial sebab dia pandai pegang baby! Berdering-dering biological clock aku berbunyi. *sigh*

Minggu lepas aku dah imagine, kalau aku Elly, Hasrul is the first to go. Dia tersilap langkah, masa perjumpaan pertama dia buat-buat tak kenal Elly. Tak gentleman-lah macam ni. Aku taknak speculate siapa yang patut keluar next week, kita tunggu dan lihat jelah. Tapi macam ni lah, kalau si lelaki tu tak pandai menyanyi, tapi nak menyanyi jugak, dia memang patut disingkirkan!

Sekian sahaja isu picisan yang dipertengahkan untuk hari ini, terima kasih.