Wednesday, October 19, 2005

Maksud firman Allah:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula (kamu) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali Imran:139)


Ada suatu ketika dahulu ada seorang sahabat telah meminta kami (rakan-rakannya since college) untuk mendoakan kebahagiaannya, semoga percintaannya menemui happy ending. Dia pernah berkata, jika lebih ramai orang membantunya dengan berdoa, lebih cerah peluang untuk harapannya termakbul. Mungkin doa kami menjadi, kerana si sahabat kini sudah selamat mendirikan rumahtangga dan bakal menimang cahaya matanya yang pertama.

Can i do the same thing? Doa aku hanya satu (lagipun jodoh boleh di put on hold, rezeki boleh dicari) buat masa sekarang. Sambil anda semua berdoa untuk kesejahteraan hidup, world peace, jauhkan bala, kekalkan cinta, boleh aku tumpang secebis doa untuk my mother? Please pray for her, semoga dia cepat sembuh, semoga dia tidak cepat mengaku kalah, dengan harapan dia tahu yang kami anak-anaknya masih memerlukan kasih sayangnya di dunia ini. Aku faham, ini semua dugaan bulan Ramadhan, but I don’t want Allah to take her away from me just yet.

Sunday, October 16, 2005

Aku geram betul dengan Ibn.

Selalunya kalau dalam hal mempertahankan agama, kami biarkan Ibn je yang bercakap. Lagipun we assumed that he would know better, judging from his hujah-hujah tentang ‘my country, my freaking country’. Besides, it’s always refreshing to learn about other people’s culture and such.

So dalam debat hangat tentang Islam fundamentalists, Ibn tiba-tiba TERcakap:
...bla bla bla I don’t pray, I don’t fast bla bla bla...

Tersirap darah aku. Rupa-rupanya all these while dia dok preach tentang religion tentang cultural studies, he’s actually a non-practicing Muslim. Kak Wati with pleading eyes said “Immy, please say something”. What is there to say? Pengetahuan aku terlalu cetek untuk berkata apa-apa. If I choose to bergaduh dengan Ibn during lecture, tak ke orang lain akan rasa pelik. Especially the non-Muslims. Penat-penat the others dok explain the mechanism and beauty of Islam, Ibn had to screw everything by declaring that he doesn’t pray or fast. Apa ni.

Masa tu aku tengok Kak Wati dah nak naik angin. Dia Tanya Ibn “How can you say you’re a Muslim when you do not practice the pillars of Islam?”. Ibn pulak macam terkedu sekejap, trying to avoid the question he just said, it’s not part of my belief or some shit. Nampak sangat dia tahu yang he’s in super duper hot soup.

Kalau my glare sehebat Medusa, dah lama Ibn jadi batu. Too bad, kelas dah hampir tamat di saat aku baru nak belasah dia dalam kelas. In the end, aku tulis dalam buku Kak Wati:

Ibn is SO gonna burn in hell.

Maybe next week Ibn will explain what does being a Muslim means to him. No, on second thought, dia takpayah explain. We don’t care about him. He can go to hell yay!

Tuesday, October 11, 2005

Huwaaa, mana boleh Astro/DBP translate 'cologne' as kolong. Or minyak kelonyor for that matter. Yuck yuck yuck.

Monday, October 10, 2005

It's ikan terubuk masin. I can be SO ignorant haha.

Pasar Ramadhan Bangsar is so disappointing. Food tak banyak choice macam dulu tapi nasib baik ada stall nasi campur (dekat dengan masjid) yang sedap-sedap lauknya. And the murtabak pun tak menghampakan. Kalau dulu waktu berbuka mesti kena ada ayam percik tapi sekarang aegh, craving murtabak memang tahap kronik. Harap2 pasar Ramadhan TTDI is not as bad. Hari Sabtu lalu sangkut dalam jam and it was raining heavily on the way to TTDI so last2 singgah shopping mall beli chicken rice. Tak syok betul.

Hari ni pula aku nak menjelajah ke pasar Ramadhan Melawati pula. Azmir nak masak hari ni. Dah nak 10 tahun berkawan baik, baru aku tahu dia pandai masak. Dia siap tanya "Nate, ko nak makan bistik and ginger beef tak?". Wah ini sudah melampau. tercabar aku dibuatnya. Last week my tea lady ada buat remark yang begitu menyakitkan hati. Adalah one day aku ter-declare yang aku tak pandai masak. Harus dengan pantas makcik tu mencelah "Habis macam mana nak jadi menantu".

Wahhhh orang macam ini masih wujud rupanya!!!

Maybe i should never use the word 'pandai'. I should just stick to 'malas' memasak. But then again, it'll still look bad on me kan. In my family, my sisters hanya start memasak bila dah kahwin. And now they're excellent cooks. So aku tunggu masa jelah ok. I can cook actually, but seriously i cant be bothered to cook for now. Besides, i'm still tercari-cari teman lelaki yang pandai memasak. Hee hee! So shallow. Tapi aku tak kira! Makcik tea lady tu lagi shallow! Aku sumpah dia jadi binjai!

Friday, October 07, 2005

Geli hati pulak aku apabila bekas kekasih* yang tinggal di Kuching menghantar e-mel yang berbunyi:

F baru ja balik dari KL. F ada nak bagi Ikan dgn Amy. sebab tu F tertunggu je amy balas emil

Aku memang dah few days tak baca external e-mail. Walaupun sekali-sekala dia hantar e-mail, aku lupa nak kasi kat dia phone number baru.

Jadinya, si F ni turun KL, seperti biasa akan teringat kat aku (walaupun aku selalu mengelak untuk jumpa dengan dia).

Cuma kali ini entah mimpi apa dia nak jumpa aku kasi ikan. Ikan terubuk. Untuk dimakan waktu iftar. Buang tebiat ke jantan ni. Aku cuba ingat balik, pernah ke aku berbuka puasa dengan dia makan ikan terubuk masa bercinta dulu? Tapi arwah my dad suka makan ikan terubuk.

Tapi takpelah it’s thought that counts. Walaupun dia sudah berkeluarga, kami tetap berkawan baik. Lagipun aku terhutang budi kat dia. Ada satu insiden buruk pernah berlaku ketika aku di Matrik dulu. Kalau tak kerana dia yang menyelamatkan aku, God knows I’ll probably won’t be here now.

Oh well the past is the past. Aku nak pi beli ikan terubuk for buka jap lagi. Leah mesti geleng kepala tengok aku makan ikan. Buang tebiat sungguh.


*ex tahun 1995 – dia ajak bertunang pada tahun ini – I wonder bagaimana hidup aku sekarang kalau aku kahwin dengan dia – mungkin kena tinggal di Kuching dan berchildrenkan anak2 bermata cokelat macam dia.

Wednesday, October 05, 2005

PEMBERITAHUAN
Capaian ke laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka mengalami gangguan kerana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilaksanakan sehingga diberitahu kelak. Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.


Ha?!? %#@$*)^$% Habis macamana aku nak translate ‘value for life’ ni!?!

[Selamat Menyambut Bulan Ramadhan]

Monday, October 03, 2005

Maaf, sorry for the outburst in the previous entry. Saja meluahkan perasaan (this is what you get bila menulis dengan perut lapar). Bukan selalu kan. Anyway, siapa tengok Mencari Cinta episode terakhir semalam? Siapa kecewa dengan pilihan Elly? Sememangnya aku sangat kecewa. Ok fine, memanglah dulu aku suka sangat dengan Danial tapi lama-lama perangai dia menjelikkan. Obviously you can see that dia semakin desperate untuk memenangi hati Elly. Tengok Zul tu. Cool je. Tapi agaknya sebab dia cool sangatlah Elly tak pilih dia kot?

But apa-apa hal pilihan telah dibuat. They really look happy and semoga suatu hari nanti dapat kahwin percuma haha. Harap-harap lepas ni dah takde rancangan sebegini. Buang masa sungguh. Terlalu banyak risiko at stake. Habis kisah lama dikorek dan gossip hangat dicipta. Malaysia bukan kecil. Kau buat salah sedikit, sampai mati orang akan ungkit balik.

Am I gonna miss reviewing Mencari Cinta? Hell not.
Kadang-kadang aku mudah lupa niat yang baik boleh disalahertikan. Tangan yang dicium bukan bermakna aku mencintai kamu. Tangan yang dicium bermakna aku hormat kepada kamu, sebagai seorang yang lebih tua, lebih matang, lebih bersikap father figure. Ia bukan satu indication that there is something going on between us, because there isn’t. It’s as simple as that. Whatever happens to the simple concept of ‘menghormati orang tua’? Jadi sekarang, di usia 28 tahun ini, aku harus berhati-hati, si tua bukan akan menganggap kamu seperti seorang anak (atau calon isteri kepada anak-anak lelakinya) tetapi sebagai potential kekasih, calon isteri nombor yang ke berapa entah. Tuhan aku minta tolong Kamu lindungilah aku. Aku tak sanggup sesat lagi.

Doa untuk suami / bakal suami / kekasih

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti

Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku
Di dunia dan akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahu pun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin..amin..Ya rabbal ´aalamin