Geli hati pulak aku apabila bekas kekasih* yang tinggal di Kuching menghantar e-mel yang berbunyi:
F baru ja balik dari KL. F ada nak bagi Ikan dgn Amy. sebab tu F tertunggu je amy balas emil
Aku memang dah few days tak baca external e-mail. Walaupun sekali-sekala dia hantar e-mail, aku lupa nak kasi kat dia phone number baru.
Jadinya, si F ni turun KL, seperti biasa akan teringat kat aku (walaupun aku selalu mengelak untuk jumpa dengan dia).
Cuma kali ini entah mimpi apa dia nak jumpa aku kasi ikan. Ikan terubuk. Untuk dimakan waktu iftar. Buang tebiat ke jantan ni. Aku cuba ingat balik, pernah ke aku berbuka puasa dengan dia makan ikan terubuk masa bercinta dulu? Tapi arwah my dad suka makan ikan terubuk.
Tapi takpelah it’s thought that counts. Walaupun dia sudah berkeluarga, kami tetap berkawan baik. Lagipun aku terhutang budi kat dia. Ada satu insiden buruk pernah berlaku ketika aku di Matrik dulu. Kalau tak kerana dia yang menyelamatkan aku, God knows I’ll probably won’t be here now.
Oh well the past is the past. Aku nak pi beli ikan terubuk for buka jap lagi. Leah mesti geleng kepala tengok aku makan ikan. Buang tebiat sungguh.
*ex tahun 1995 – dia ajak bertunang pada tahun ini – I wonder bagaimana hidup aku sekarang kalau aku kahwin dengan dia – mungkin kena tinggal di Kuching dan berchildrenkan anak2 bermata cokelat macam dia.
No comments:
Post a Comment