Hari tu aku marahkan my mom. Dah tak ingat dah tentang apa. Tapi mesti benda sekecil kuman yang memang tak patut digaduhkan. Mungkin masa tu aku tak tahan cuaca panas. Or I was hungry. My mom pendiam dan penyabar orangnya, jarang aku tengok dia marah. I think bab pendiam ni I got it from her la kot. Anyway, masa aku tinggikan suara pada Mama, aku tengah bancuh coffee, dengan air yang baru dimasak. Halfway through scolding my mom, air kopi yang panas menggelegak itu umpama keluar sendiri dari cawan dan terus jatuh ke kaki aku. Kaki kiri yang masih sengal tu.
Mama masih diam. Aku pulak, tanpa mengelap air tumpah itu lari ke bilik dan diam di situ. Malu sebenarnya.
Malu terhadap diri sendiri yang dengan senang menempah tiket untuk menjadi anak derhaka.
I don’t ever want to be rude to her. She’s all I got, kan. Kadang-kadang aku lupa bukan aku seorang sahaja yang derita semenjak pemergian Baba. She turns 60 this November. Aku tak sedar sejak bila Mama age so fast, especially since he died. Bagi aku, Mama tetap the beauty queen dengan rambut matterhorn dan berkebaya sendat seperti di dalam gambar usang yang terdapat di dalam beg duit my eldest sister.
Ah, dah melancholy balik dah ni. I miss her terribly. I think I’ll give her a call tonight. :)
No comments:
Post a Comment