Ibn, Ibn. *geleng kepala*
I haven’t seen him for 2 whole weeks. To recap (eh macam siri TV pulak. Alah, the story of my life kan?) selepas entry tentang Ibn dan renungan berani matinya itu, aku telah mengambil keputusan eksekutif (executive decision haha) to completely ignore him.
Sabtu lalu dia kelihatan terkejut nampak aku. Mungkin dia ingat aku sudah drop-out agaknya. Aku cuma senyum tawar kat dia dan berborak-borak dengan teman-teman lain sementara menunggu Prof sampai. Masuk je seminar room, terus dia duduk sebelah aku seperti biasa.
Kejap-kejap dia pandang aku. Ish, apa setan ni nak? Aku pulak tunduk sahaja, sambil berbalas-balas SMS dengan seorang sahabat yang masih recuperating from her tyroid operation. Control, kontrol. Mesti dia ingat aku sombong kan. Geli hati lah, the way i’m avoiding his glare macam aku avoid pandangan Medusa. Kalau terpandang, harus aku terus jadi batu.
Memandangkan aku ni jenis gelojoh, buku nota yang ada di atas meja ku terjatuh.
Sekali lagi aku divaccuum masuk ke dalam sebuah acuan drama spektra.
Ibn dan aku sama-sama tunduk untuk mengambil buku itu di lantai.
Dalam drama spektra, si lelaki dan si perempuan akan look up, mata bertentang mata, buku masih dipegang bersama, senyuman menguntum seperti bunga.
Dalam dunia aku, Ibn angkat buku itu dan memberikannya kepada aku. Aku cakap terima kasih tanpa memandang dia pun. Sepanjang lecture, adalah sekali-sekala aku jeling kat dia. But of course after i make sure yang dia tidak akan perasan (ish mana ada aku syok kat dia! Toloooonglah). Habis lecture aku terus bangun, senyum kat dia (jenis senyum tak ikhlas) dan terus baliks.
Episod ‘Hari Sabtu Bersama Ibn’ akan terus jadi begini sehingga ada perkembangan baru nanti.
Addendum: Janji Joni memang best. Slightly Run Lola Run-esque, tapi begitu menghiburkan. Aku mahu teman lelaki seperti Nicolas Saputra, yay! Kalaulah KL dipenuhi dengan mat rempit yang muka macam dia...
No comments:
Post a Comment