Sunday, September 25, 2005

Aq tk kenal u, aq tkth spa u namun trs dkt. Jk u pria/wanita aq ingin jd tmn u

What the hell? Semalam pukul 1++ pagi aku dapat sms ni. Siapa ntah. Took me a while to figure out apa yang ditulis tu. Has someone been giving out my black book number? Aku tak reply pun, Buat tak tahu jek. Tak kuasa nak reply.

Thursday, September 22, 2005

Hai, Mencari Cinta dah nak habis, baru nak didebatkan di Parlimen? Ok fine, mungkin sudah lama dibahaskan. Malam ini baru nak tengok Berita Utama.

(aku masuk tv tadi. seronoknya melihat muka aku terselit di celah2 lelaki-lelaki korporat)

Wednesday, September 21, 2005

Sori, saya dah tak review Mencari Cinta. Saya juga jarang online bermula minggu ini. Mungkin entries akan bertambah sporadik buat sementara waktu.

Oh lihat, sudah jam 930 malam dan saya sudah mengantuk. Teruk kan?

Saturday, September 17, 2005

Ada sedikit pengakuan.

I watched KL menJERIT 1 and I actually enjoyed it.

Thursday, September 15, 2005


Mari kita ignore the fact that Estel (kereta biruku yang dinamakan sempena nama panggilan Aragorn Telcontar) kemek lagi. Bukan salah aku. Bukan salah aku. Mari kita think positive. Mari kita tarik nafas panjang-panjang.

Think happy thoughts now!

Esok gue ada bikin karaoke party (haha Melayu sungguh). Tak pasti lagi nak nyanyi lagu apa. Lagu Whitney Houston & Dewa memang lagu wajib. Lagu Melayu, hmm, mungkin satu dua lagu rock kapak. Sampai Hati maybe? Atau Fantasia Bulan Madu? Oooh! Lagu yang goes something like: “Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kirimu. Akuu tak tahu mana yang akan kau berikan padaku!”. Hehe.

So far few ppl dah confirm. Han, ZI, sham, P, pendi, abang, nuar, carmine, Linda sudah confirm (nama2 Melayu yang tertera tu sudah pasti akan menyanyi lagu rock kapak!). Mungkin akan heret Jeremy and yap sekali. Few more belum confirm (oi tak faham maksud RSVP ke haaa). Hmm aku rasa by this evening ada nak kena sewa dewan ni! Macam terlebih jemput pulak.

Semalam mimpi pergi Milan. Tapi orang2 di dalam mimpi aku tu semua Indonesians yang handsome dan lawa dan kaya-raya. Hoh?

Tuesday, September 13, 2005

Kalau minggu lepas bet dengan kawan-kawan bagus jugak because i already said that the Boring Jawa akan masuk balik. Ho-hum di mana keseronokan menonton Mencari Cinta sekarang? Apa khabar dengan Zek Zaidi-ku di TV2 yang masih bermelankolia dengan Hetty Sarlene yang tak habis2 dengan konflik dalamannya itu? Bagaimana agaknya persiapan Awal yang Indah Awal Ashaari untuk menghadiri Anugerah Era tidak lama lagi?

Aku dah tak suka dengan Danial. There’s something about him that annoys me terribly. Dia taklah condescending macam Mafia Melayu tu tapi you notice kan bila dia rasa tercabar, mamat ni macam menggelabah sikit. Dan c-o-r-n-y. Dia imagine diri dia Cupid dalam acara memanah. Imagine memanah hati Elly konon. Bwahaha.

Bosan nye (which explains why i’m updating this right after the show). Diselang-selikan dengan SMS kengkawan yang setia exchanging banters tentang rancangan ini, aku tengok MC kali ini dengan cara acuh tak acuh sahaja.

Ah, peluang untuk mengundurkan diri. Tarik diri la Bang Long! Surely Bang Long can do better than this. You need a trophy wife, someone smart dan business minded. Tarik diri la Danial! Banyak lagi female lawyers out there yang belum kahwin! Zul tak payah tarik diri. Dah. Kahwinkan mereka. Maka tamatlah rancangan Mencari Cinta ini! Hah, wishful thinking. Bila nak habis rancangan ni wei!!!

Ok masa untuk nonton House sekarang.

Monday, September 12, 2005

Ibn, Ibn. *geleng kepala*

I haven’t seen him for 2 whole weeks. To recap (eh macam siri TV pulak. Alah, the story of my life kan?) selepas entry tentang Ibn dan renungan berani matinya itu, aku telah mengambil keputusan eksekutif (executive decision haha) to completely ignore him.

Sabtu lalu dia kelihatan terkejut nampak aku. Mungkin dia ingat aku sudah drop-out agaknya. Aku cuma senyum tawar kat dia dan berborak-borak dengan teman-teman lain sementara menunggu Prof sampai. Masuk je seminar room, terus dia duduk sebelah aku seperti biasa.

Kejap-kejap dia pandang aku. Ish, apa setan ni nak? Aku pulak tunduk sahaja, sambil berbalas-balas SMS dengan seorang sahabat yang masih recuperating from her tyroid operation. Control, kontrol. Mesti dia ingat aku sombong kan. Geli hati lah, the way i’m avoiding his glare macam aku avoid pandangan Medusa. Kalau terpandang, harus aku terus jadi batu.

Memandangkan aku ni jenis gelojoh, buku nota yang ada di atas meja ku terjatuh.

Sekali lagi aku divaccuum masuk ke dalam sebuah acuan drama spektra.

Ibn dan aku sama-sama tunduk untuk mengambil buku itu di lantai.

Dalam drama spektra, si lelaki dan si perempuan akan look up, mata bertentang mata, buku masih dipegang bersama, senyuman menguntum seperti bunga.

Dalam dunia aku, Ibn angkat buku itu dan memberikannya kepada aku. Aku cakap terima kasih tanpa memandang dia pun. Sepanjang lecture, adalah sekali-sekala aku jeling kat dia. But of course after i make sure yang dia tidak akan perasan (ish mana ada aku syok kat dia! Toloooonglah). Habis lecture aku terus bangun, senyum kat dia (jenis senyum tak ikhlas) dan terus baliks.

Episod ‘Hari Sabtu Bersama Ibn’ akan terus jadi begini sehingga ada perkembangan baru nanti.

Addendum: Janji Joni memang best. Slightly Run Lola Run-esque, tapi begitu menghiburkan. Aku mahu teman lelaki seperti Nicolas Saputra, yay! Kalaulah KL dipenuhi dengan mat rempit yang muka macam dia...

Wednesday, September 07, 2005

Obviously I knew who was gonna get booted out of Mencari Cinta kali ini. Sekali lagi, iklan Kosmo! berjaya menjadi anti-klimaks untuk kali ke-2. Dalam masa 15 minit dah keluar ‘Khairul dan Danial menerima kejutan’. Dan of course kita tak perlu jadi psychic untuk meneka apa kejutan tersebut sebelum rancangan itu berakhir semalam. Dalam Mencari Cinta pun ada AFUNDI MASUK rupa-rupanya. Cheh.

Aku benci rancangan sebegini.

Tapi aku tak jamin lah minggu depan aku tak tengok rancangan ini haha.

p/s: Ingatkan kejutan MC kali ini ialah Khairul nak announce yang dia pernah berkahwin. Cheh 2x!

Monday, September 05, 2005

Hari tu aku marahkan my mom. Dah tak ingat dah tentang apa. Tapi mesti benda sekecil kuman yang memang tak patut digaduhkan. Mungkin masa tu aku tak tahan cuaca panas. Or I was hungry. My mom pendiam dan penyabar orangnya, jarang aku tengok dia marah. I think bab pendiam ni I got it from her la kot. Anyway, masa aku tinggikan suara pada Mama, aku tengah bancuh coffee, dengan air yang baru dimasak. Halfway through scolding my mom, air kopi yang panas menggelegak itu umpama keluar sendiri dari cawan dan terus jatuh ke kaki aku. Kaki kiri yang masih sengal tu.

Mama masih diam. Aku pulak, tanpa mengelap air tumpah itu lari ke bilik dan diam di situ. Malu sebenarnya.

Malu terhadap diri sendiri yang dengan senang menempah tiket untuk menjadi anak derhaka.

I don’t ever want to be rude to her. She’s all I got, kan. Kadang-kadang aku lupa bukan aku seorang sahaja yang derita semenjak pemergian Baba. She turns 60 this November. Aku tak sedar sejak bila Mama age so fast, especially since he died. Bagi aku, Mama tetap the beauty queen dengan rambut matterhorn dan berkebaya sendat seperti di dalam gambar usang yang terdapat di dalam beg duit my eldest sister.

Ah, dah melancholy balik dah ni. I miss her terribly. I think I’ll give her a call tonight. :)