Friday, August 24, 2007

the red dress


the red dress
Originally uploaded by natinski
Ok selamat tinggal. I'm off to KCH for a wedding. Diharapkan baju yang menayangkan lurah klivaj* ini tidak akan menghampakan aku. Lepas ini aku taknak pakai seksi dah (yeahhh right and Chomsky can fly out of my butt thank you).

* ini terminologi Chee. ;p

Sunday, August 19, 2007

Sometimes our friend Nikmat (Nikmat Dunia as I call him) say the funniest things:
"Jom kita makan donut cinta nak?"
This is in reference to Big Apple Donuts di the Curve yang membuat semua orang tidak tidur malam. Aku lihat Nikmat makan 3 donut bersalut cokelat dan kacang tanpa berkata apa-apa. "Inilah cinta hati saya", katanya lagi. Geli hati aku dibuatnya.
Sebentar tadi dia hantar teks mesej kepada kami:
"Lu berdua meriakan petang gua. Terima kasih."
Right back at cha, Nikmat. Hati gua juga berbunga riang ini hari.

Wednesday, August 15, 2007

i look like a friggin' darth vader today.
semalam, sebelum bergegas pulang untuk menyalin baju dan keluar kembali untuk bergegas ke keramat kerana ingin mencuba lidah lembu (uih jauhnya digression aku nieh tapi lidah lembu itu sedap), my boss pesan pada aku - "esok datang awal ya, i nak you mengadap tuan haji over this proposal bla bla bla" and then she just had to add that tiny tiny cherry on top la kan:
boss: aaaaand jangan lupa...
me: i know what you're gonna say already: JAGA AURAT kan?

so end up, hari ini aku pakai jubah. tapi jangan bimbang, pakai jubah macam ini pun, masih ada kata-kata sumbang dari orang2 yang deprived kat sini yang akan kata aku seksi. *sigh* such is life. nak jadikan cerita pula, tuan haji takde di office today!! nggh.

tak kisahlah.



tonight will be the final drinking session for Nasrullah and I. sedih! he's going back to Jakarta for good (eventhough i think we're gonna meet up in Kuching next weekend yay tuak!). From the last session, dia tanya aku:
"Hey, do you want to marry an Indonesian cop nggak? i have a friend..."
Me?! Marry a cop? Indonesian pulak tu!
aku bilang sama Nasrullah - if he has a hot body like christian sugiono, sensitiviti seperti nicholas saputra, suara seperti ello, angst seperti fauzi baadila then count me in man! when is the next flight to Jakarta?!i think my perception about abang-abang polis is pretty much ruined by watching Gerak Khas. I guess i need not elaborate on that haha.

Monday, August 13, 2007

Semalam di GSC midvalley ketika menonton Harry Potter (untuk kali ke-tiga huhu) tiba-tiba kawan aku si Sara Cantik yang duduk di sebelah menjerit "Get a Room!". Er, mula-mula ingatkan itu reaksi spontan-nya setelah menyaksikan tekanan seksual (sexual tension) antara Ron Weasley & Hermione Granger. Bukan. Rupa-rupanya couple yang disebelahnya (ya ya aku tahu kamu mahu tahu mereka bangsa apa? what do you think?) tengah asyik beromen for the past 2 hours. Hmm ingatkan budaya beromen dalam panggung sudah lama pupus. Rupanya ada lagi! Sara Cantik terus memberontak terhadap limpahan nafsu serakah pasangan tersebut dengan menghentak kotak popcorn-nya sambil membebel. Terus aku tak jadi nak menangis tatkala Harry Potter sedang berperang emosi dengan Lord Voldermort itu. hee hee.

Honestly aku tabik spring lah pada Sara. I don't know what I'd do if a couple is making out next to me. I'd probably:
1. Tukar tempat
2. Buat2 tertumpah air atau TERcubit orang sebelah yang tengah asyik dibuai nafsu
3. Panggil budak suruhan sinema dan buat aduan

But that's one thing lah about MidValley ye (Cik Nate goes all righteous and alim-istic) - This is a shopping mall mmg penuh dengan pasangan Melayu bernafsu. Belakang tiang, di food court, dalam cinema - just name it. It's like the haven for skodeng man! Ada satu ketika masa aku tengah shopping di Dorothy Perkins, tiba2 aku dengar si penjaga butik manis memanggil temannya "weh, skodeng". True enough, di hadapan mata kami, si lelaki sedang seluk tangan dia dalam baju awek dia. GET A FUCKING ROOM! But then again, bila fikir balik, getting a room would cost money and having premarital sex di rumah mungkin akan kena tangkap khalwat so haaaa, seluk jangan tak seluk. Euw. Mana datang pasangan-pasangan yang berfikiran jalanan/murahan ini. PDA (Public Display of Affection) is sweet but when it involves groping in public, it just becomes downright cheap.

and then and then (ye aku tak habis lagi ni) - di MNG pula, ada seorang gadis bertudung tapi dadanya luas terbuka - hampir nampak cleavage dia. dalam hati aku menjerit "WHAT IS THE WHOLE FUCKING POINT!?!". Ikhhh, buat sakit mata aku sahaja.

Hmm. Pagi-pagi aku dah bashing bangsa aku sendiri. Nice. You guys wanna call yourself Islamophobes, go ahead. I think I'm secretly a Melayuphobe (if there's such a thing haha - take it light ppl).

Ketika tengah makan di food court pula, tiba2 my former fling (re: si Shah body best muka macam anak Yusof Haslam) lalu di sebelah. Thank God he didn't see me. Sara tanya "Why are you avoiding him?". Honestly I can't remember why but at that moment of time, aku cukup tak suka terjumpa orang di saat aku tengah selebet. Tapi Shah memang handsome. Kalau aku digandingkan dengan dia, pasti kami akan menjadi star couple kih kih. Dalam utopia aku sendiri: mahu je aku berlari-lari anak kepadanya dan memeluknya kuat-kuat (re: sila refer balik kepada definisi 'memeluk tiang yang dibaluti bantal empuk') . Tapi aku adalah seorang wanita hedonistik yang tidak pernah tunduk pada lelaki yang handsome (kerana lelaki-lelaki handsome semuanya keji - tapi eh wait, lelaki tak hensem juga keji!). Instead, aku paksa Sara makan cepat-cepat and quietly left the foodcourt.

On my way home, i texted shah:
"Shah stop looking so hot and fuckable all the time"

[jangan betulkan monitor anda, i send lewd SMS all the time]
He immediately texted me back and called a couple of times. I didn't answer. Malas nak layan.


I woke up this morning and immediately remembered why I've been avoiding him.
Dia tak mahu commitment. Masa 1st time jumpa itulah perkara pertama yang dia utarakan - no commitments* - kerana dia mahu concentrate on work and become a millionaire by the time he's 30 (he's now 28). Apa lagi, Cik Nate angkat kaki lah. I don't have time to fool around (well sometimes I do, when absinthe is involved). Using that 'no commitments' card can take you anywhere and I'm not in a position where i want to get my feelings hurt and my heart broken anymore. Faham?

Movie update: I've seen the Thai movie 'Me, Myself' itu. Nangis. Fairul kata cerita itu ada premis yang bagus walaupun agak slow. Aku buat-buat faham maksud dia sebab i only know how to use the word 'premis' dalam context 'premis perniagaan'. *giggles* Anyway, I want a boyfriend yang jambu macam Ananda Everingham! ;)

* "No commitments": Statement buaya daratz.

Tuesday, August 07, 2007

tak pasal2 aku sudah bergaduh dengan budak despatch yang datang hantar some stuff to my office. benda-benda tu berat and dia taknak tolong aku angkat and there's no one else to help me. why? because jantan-jantan kat office aku semua tak boleh di harap. bila diminta angkat barang muka mereka berubah macam aku nak potong [sila insert nama anu mereka di sini]. erghhh marah nieh!!! bastat sungguh lah. fuckin' cretins. *tarik nafas panjang-panjang*

Thursday, August 02, 2007



Suatu hari Kak Zazou, sekretari Tn Hj minta aku ke pejabatnya dengan segera.
"Dik, Tn Hj nak guna perkataan komplasen dalam speech yang adik tulis tu"
"Complacent? takde hal lah kak. Translasinya adalah terlalu cepat berpuas hati dengan sesuatu bla bla bla..."
"Taaak, dia nak guna perkataan komplasen. KOM.PLA.SENNN. Boleh pakai ke? Adik boleh check dengan DBP tak"

Dalam hati aku sudah menyumpah-nyumpah DBP. Dasar komunis bahasa. Pemalas. Complacent!

Lebih menyirap apabila URTV menggunakan perkataan ANIVERSARI (ketika saya sedang browsing majalah kamera digital - hey mana ada i baca majalah2 hiburan & TV tu!). Menyirap darah aku. This love-hate relationship with the so called translasi Bahasa Inggeris is not gettting me anywhere. Aku rasa rebellious, mahu memberontak, mahu jadi nihilist. Atau berdiri di depan DBP dengan memakai baby tee Semusim di Neraka (fuuuh siap promo) dan jerit, hey penghuni-penghuni DBP. Turun sini! Let me teach you guys a thing or two about translation!!!

Sekadar angan-angan sahaja. Seperti angan-angan lain yang dititip di dalam buku nota moleskine hitam kesayanganku (intipatinya rahsia hee hee).

Bos aku sudah bising. I'm supposed to enrol in a kelas bahasa melayu (bagi industri kewangan dan perbankan) anjuran BNM & DBP. Cik Nate belum register lagi. tak nak register!!! *memberontak* Lagipun rasanya dah buang ke dalam tong sampah borang registrasi itu. ;)

p/s: Woi malam ini Nitrus will be performing @ The Laundry. Jemput datang. :)