Monday, August 13, 2007

Semalam di GSC midvalley ketika menonton Harry Potter (untuk kali ke-tiga huhu) tiba-tiba kawan aku si Sara Cantik yang duduk di sebelah menjerit "Get a Room!". Er, mula-mula ingatkan itu reaksi spontan-nya setelah menyaksikan tekanan seksual (sexual tension) antara Ron Weasley & Hermione Granger. Bukan. Rupa-rupanya couple yang disebelahnya (ya ya aku tahu kamu mahu tahu mereka bangsa apa? what do you think?) tengah asyik beromen for the past 2 hours. Hmm ingatkan budaya beromen dalam panggung sudah lama pupus. Rupanya ada lagi! Sara Cantik terus memberontak terhadap limpahan nafsu serakah pasangan tersebut dengan menghentak kotak popcorn-nya sambil membebel. Terus aku tak jadi nak menangis tatkala Harry Potter sedang berperang emosi dengan Lord Voldermort itu. hee hee.

Honestly aku tabik spring lah pada Sara. I don't know what I'd do if a couple is making out next to me. I'd probably:
1. Tukar tempat
2. Buat2 tertumpah air atau TERcubit orang sebelah yang tengah asyik dibuai nafsu
3. Panggil budak suruhan sinema dan buat aduan

But that's one thing lah about MidValley ye (Cik Nate goes all righteous and alim-istic) - This is a shopping mall mmg penuh dengan pasangan Melayu bernafsu. Belakang tiang, di food court, dalam cinema - just name it. It's like the haven for skodeng man! Ada satu ketika masa aku tengah shopping di Dorothy Perkins, tiba2 aku dengar si penjaga butik manis memanggil temannya "weh, skodeng". True enough, di hadapan mata kami, si lelaki sedang seluk tangan dia dalam baju awek dia. GET A FUCKING ROOM! But then again, bila fikir balik, getting a room would cost money and having premarital sex di rumah mungkin akan kena tangkap khalwat so haaaa, seluk jangan tak seluk. Euw. Mana datang pasangan-pasangan yang berfikiran jalanan/murahan ini. PDA (Public Display of Affection) is sweet but when it involves groping in public, it just becomes downright cheap.

and then and then (ye aku tak habis lagi ni) - di MNG pula, ada seorang gadis bertudung tapi dadanya luas terbuka - hampir nampak cleavage dia. dalam hati aku menjerit "WHAT IS THE WHOLE FUCKING POINT!?!". Ikhhh, buat sakit mata aku sahaja.

Hmm. Pagi-pagi aku dah bashing bangsa aku sendiri. Nice. You guys wanna call yourself Islamophobes, go ahead. I think I'm secretly a Melayuphobe (if there's such a thing haha - take it light ppl).

Ketika tengah makan di food court pula, tiba2 my former fling (re: si Shah body best muka macam anak Yusof Haslam) lalu di sebelah. Thank God he didn't see me. Sara tanya "Why are you avoiding him?". Honestly I can't remember why but at that moment of time, aku cukup tak suka terjumpa orang di saat aku tengah selebet. Tapi Shah memang handsome. Kalau aku digandingkan dengan dia, pasti kami akan menjadi star couple kih kih. Dalam utopia aku sendiri: mahu je aku berlari-lari anak kepadanya dan memeluknya kuat-kuat (re: sila refer balik kepada definisi 'memeluk tiang yang dibaluti bantal empuk') . Tapi aku adalah seorang wanita hedonistik yang tidak pernah tunduk pada lelaki yang handsome (kerana lelaki-lelaki handsome semuanya keji - tapi eh wait, lelaki tak hensem juga keji!). Instead, aku paksa Sara makan cepat-cepat and quietly left the foodcourt.

On my way home, i texted shah:
"Shah stop looking so hot and fuckable all the time"

[jangan betulkan monitor anda, i send lewd SMS all the time]
He immediately texted me back and called a couple of times. I didn't answer. Malas nak layan.


I woke up this morning and immediately remembered why I've been avoiding him.
Dia tak mahu commitment. Masa 1st time jumpa itulah perkara pertama yang dia utarakan - no commitments* - kerana dia mahu concentrate on work and become a millionaire by the time he's 30 (he's now 28). Apa lagi, Cik Nate angkat kaki lah. I don't have time to fool around (well sometimes I do, when absinthe is involved). Using that 'no commitments' card can take you anywhere and I'm not in a position where i want to get my feelings hurt and my heart broken anymore. Faham?

Movie update: I've seen the Thai movie 'Me, Myself' itu. Nangis. Fairul kata cerita itu ada premis yang bagus walaupun agak slow. Aku buat-buat faham maksud dia sebab i only know how to use the word 'premis' dalam context 'premis perniagaan'. *giggles* Anyway, I want a boyfriend yang jambu macam Ananda Everingham! ;)

* "No commitments": Statement buaya daratz.

No comments: