Monday, April 17, 2006

I'll be back in May

Natasya di Awangan – Muzik untuk Muhasabah

Chrisye feat. Ahmad Dhani – Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada
Dealova – Once
Rossa – Aku Bukan Untukmu
Jikustik – Tak Ada Yang Abadi
Dewa 19 – Larut
Dia Fadilla – Aku Masih Setia
Ahmad Dhani & Andra Ramadhan - Kuldesak
Black Dog Bone – Hatiku Luka Lagi
Dewa 19 - Kangen
Nitrus – Kamu
Peterpan – Di belakangku
Garasi - Hilang
[trak bonus] Marcell – Semusim
Ahmad Dhani, pemuzik genius atau pemuzik serius?

Man, what was I thinking. Berdiri di hadapan pentas mungkin satu kesilapan besar, satu harakiri yang mungkin will not be repeated EVER. Pada mulanya, aku berdiri 4th row from the stage. Bila showcase bermula, sedar2 aku dah sampai di bucu keyboard Ahmad Dhani! Ya ampun!

Masuk 4th song, Girl left the stage area sebab dia sudah hampir pitam. Aku pulak tersangkut depan stage. I think halfway through (masa lagu Cukup Siti Nurbaya) baru aku dapat loloskan diri ke tepi bar. Itupun, i didnt know where i was, the place was sardine packed!

Masa aku tengah sms si Girl : “I am stuck at the bar...”, si mamat sebelah kanan aku menyampuk:
“I am stuck... HAHAhaha... Saya pun stuck jugak ni, awak pun hilang kawan eh?”
Ye ye I’m stuck.
Sebenarnya aku suka kat mamat sebelah kiri aku tu, dia cute, tersenyum-senyum, nak tegur aku ke tak nak wehhh, lembab sungguh tindakan refleks dia so aku borak ngan mamat sebelah kanan aku je la. Lagipun dia tolong selamatkan aku dari mamat Indon dok tengah head banging belakang aku tu.

Oh back to Ahmad Dhani. Ish, garang betul dia kan? Tak senyum langsung. Dia muncungkan mulutnya bila the crowd was pushing too far ahead. Dia tak berkata apa-apa tapi ish, aku tahu dia marah. Performance wise, i have no complaints. Once memang ternyata hebat and Tyo looks a lot hotter in real life.

The good news is, I managed to get great shots of Dhani, Once and Tyo. I’ll probably upload them later-later, sekarang ni tengah sibuk – ai, sibuk sangat nieh!

I woke up this morning, and i realized that dahi aku lebam. Tak tahu mana datang. Mungkin kena semalam sebab penyebabnya banyak: kena siku, kena pijak kaki, kena tolak, kena himpit, kena hantuk dengan kamera, pilih sahaja!

Before the showcase, kita terserempak dengan Han, my good friend over at the ol’ office. Dengan bangganya dia menayangkan cellphone-nya, waaaa ada gambar Ahmad Dhani! Dia jumpa band tersebut di meet-the-fans session at Tower Records. Waaa mana aci! Please note that Han sanggup tinggal baby kat rumah sebab minat Dewa19 punya pasal. Siapa lagi lebih fanatik sekarang ni? Heehee.

OK my fangirling ends here. Kalau aku tak namakan my firstborn Siti Nurbaya atau Andra Ramadhan atau Ahmad Dhani, hish, tak tahulah. ;)

Please doakan I’ll ace my interview tomorrow. Thanks!

dewa


dewa
Originally uploaded by natinski.
Fanatik? Mana ada....

Sunday, April 16, 2006

It's 1:50 a.m. Baru pulang. I can't sleep. Rasa macam kena anxiety balik.

I knew waiting for 6 hours just to see my favorite band play would be worth the wait. To see Dewa19 play is an emotional thing for me, kerana muzik mereka have always been the soundtrack of my life. Bila lagu ke-2 was Dua Sedjholi, aku sudah mula rasa sebak.

Tapi to see Ari Lasso perform kembali dengan Dewa19 is something yang aku tak jangka aku akan dapat lihat, ever. Time tu air mata aku sudah mula bercucuran. Aduh. Tambahan pula the 23 songs that were performed semuanya ada bercampur track2 lama dari Terbaik Terbaik (1995) hingga ke Republik Cinta (2006).

I think I need not explain why this band means a lot to me. There's so many things in my head / on my shoulders right now. Maybe esok I'll write more about the Malam Pesta Indonesia and the Dewa19 showcase. We'll see how it goes.

Rasa-rasanya Valium ada expiry date tak?

Thursday, April 13, 2006

Huwa kecik hati dengan Ustaz Z. Last week, after 2nd session with Ustazah Cakar Harimau, dia tanya how was the session. So I told him honestly, “bosan lah ustaz, dia cerita hal orang kahwin sahaja”. Lepas tu dia tak pasal2 snap kat aku “Habis, apa lagi? Kahwinlah cepat!”.

Wah, tingginya suara dia (ke aku yang emo terlebih?). kenapa dia nak marah-marah nie? Please lah, being single is not a disease, nor a curse. Stop over-analyzing kami-kami yang kurang bernasib baik dalam mencari cinta boleh tak?

Bila ustaz Z tengok macam aku nak menangis, he just had to make things worse by asking:

“Immy do you need counselling?”

“ABSOLUTELY NOT!”

Seriously, do i look like i need counselling? NO. I think i’m doing fine thank you, just PMS-ing. Just because sekarang aku selalu ponteng kelas tajweed that does not signify anything. Bukan apa, ustaz selalu sibuk so selalunya dia assign another ustazah to teach. Ustazah tu tak best. Dia baik sangat. Kalau dengan Ustazah Z, salah baca je mahu kena sergah. Pastu muka dia akan merah sebab dia marah. Pastu dia akan rasa bersalah sebab garang sangat. Hihi. Aku suka (ish, fetish jenis apa pulak ini).

Itu sahaja kisah saya pada kali ini.. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan ironi-nya yang tersendiri. Tapi nanti kita story di lain hari ok.

God is Great!

Wednesday, April 12, 2006

Sudahkah anda membeli tiket konser? Belilah weh, marilah kita bersuka ria sabtu ini. Aku dah beli. Bukan satu, bukan dua, tapi tujuh tiket! Nyeahaha.

Hmm.

Saturday, April 08, 2006

Cuba teka siapa pengirim SMS ke-9 Carta Baik Banget bagi memenangi 2 tiket ke Showcase Dewa 19 di Planet Hollywood pada 16 April nanti?

\o/

Life is good. Yabadabedoooo!!! I won! I won!