Tuesday, July 24, 2007



ya ampun, anak sapa nih!!?? (ni anak my sister audra - dia suka nanyi lagu umbrella dan bila masuk azan maghrib mesti dia nak pakai tudung)



yang ni pulak anak sapa nih?!! (er, yang ni gw pun tak tahu but i saw her at dataran merdeka last sunday monday. comel sangat)

looking at their photos i think when i have a daughter i nak dia pakai tudung jugak lah.
cuma
i dont think i'm ready to give up my cleavage yet mwakaka.

Thursday, July 12, 2007

Ralat:

My parents didn't lie to me. I missed out on a crucial information. The King Kong movie does exist, the 1976 version one starring Jeff Bridges - King Kong: The Legend Reborn.

Thanks Nalan for ze info. (I'm sorry again Mama!)

Tuesday, July 10, 2007

I've been wanting to write about this story lama dah. well, since the article came out.
you see, my parents, particularly my mother always tell me that my middle name Natasya comes from a movie about a particular female Russian soldier
yang bernama Natasha. Growing up, i just accept the story as it is, i mean come on, surely cerita ini direka oleh my parents. i am so sheltered as an anak perempuan bongsu, you have no idea. they like to romanticize things - including how masa my mom mengandungkan saya they went to see King Kong and they kept saying thank God i came out non-hairy with a beautiful nose (a perfect symmetrical lie : King Kong came out in 1933, not 1977).
i've searched high-and-lo for the movie about Natasha but never found it.
until this article came out about a guy
nama Amy Natasha:


an excerpt:
"Menyingkap sejarah di sebalik namanya, ibu Amy, Azizah Mohd Ibrahim, 55, berkata nama Natasha dipilih selepas beliau dan arwah suami, Norhuda, menonton filem perang Russia sekitar 1978 yang memaparkan ketangkasan watak pegawai tentera wanita, dikenali sebagai Leftenan Natasha".

So the movie does exist! And my parents weren't lying after all! Weird coincidence kan. I was in Pulau Ketam masa tu and my sister texted me asking me to read the story. Rasa macam nak balik waktu itu juga and hug my mom and tell her i'm sorry! For the past 30 years I thought you were lying about my name!

:)

I cant wait to see my mother today. She said she missed me while i was away in SG and that was the best thing a daughter could hear from her mother.

trivia: my parents also said my grandmother suggested naming me nanie natasya. can you imagine nama gua NANIE NATASYA !!?! *giggles*

Monday, July 09, 2007






Alang-alang dah update the english diary, I might as well update here as well. Feel untuk kerja belum datang. Baru pulang dari Temasek semalam. Tak jumpa Taufik Batisah pun. I’m listening to Mati Aku Mati, berbaju kurung hijau pucuk pisang (euw), tidak memakai celak dan menggayakan jam tangan baru yang dibeli di Bugis Street semalam dengan harga S$5.

I think from this trip kali ini, peristiwa ditahan di Kastam Singapura (kerana pink SKL!) takkan ku lupa hingga ke bila-bila. Walaupun hampir menangis disoal-siasat (buat apa di Singapura? Rokok ni untuk siapa? Tak takut kena denda 200 dolar?) I was treated nicely. Thank God.
Did a bit of shopping
(tipu, I did a LOT of shopping) and sight-seeing. Seronok kali ini because I didn’t have to report to anybody (i.e. a boyfriend) and there was no need to please anybody.

Ok mood kerja sudah datang! Have a great week ahead ok.

Thursday, July 05, 2007

Tuesday, July 03, 2007

Tadi kan, like, Ustaz Z, singgah ke office ku (di mana saya kelam-kabut tutup aurat kerana minggu lepas sudah kena sound sama ustaz) dengan anak bongsunya. Hensem macam ayahnya. Pemalu, tidak macam ayahnya. Ustaz Z berkata kepada anaknya sambil menarik tangan anaknya kepada aku - "Salam dengan auntie cun, Anas". Huhu. Berbunga sekejap hati Cik Nate.

(yes i have a massive crush on my ustaz. i have no shame! All these akidah classes are not helping my moral standings thanks)

Monday, July 02, 2007

Thursday, June 28, 2007



Alamak Hujan is playing at The Laundry tonight!!
(eh betul ke myspace dia orang ni)
(tapi aku ada date malam ni dengan si dia dari Djakarta)



p/s: Aku suka lagu 'Pagi yang Gelap'. The clouds nampak macam popcorns pagi ini. Semalam pun macam tu juga. Weird.

Monday, June 25, 2007

Fete de la Musique @ Alliance Francaise, 24th June 2007.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Semua orang malas nak kerja ini hari. Increment sudah masuk, ada orang muka masam mencuka (including my boss huhu). I think my increment is ok. Alhamdulillah.

p/s: We saw Sharifah Amani @ AF. She is hawt with the bald head. Note to self: Lain kali nak mengurat Reza Salleh, jangan biarkan dia terkontang-kanting. Sorry Reza, I got distracted. Will take your photo next time around!

Friday, June 22, 2007


Jaja, if you ask me apa yang kita telah pelajari di tazkirah jumaat hari ini (pandainya ustazah buat ceramah supaya kami tak berlari ke warehouse sale loreal/maybelline waktu lunch time) hanya satu sahajalah yang sempat disalin:
"Jangan jadi sahabat seperti bulan gerhana yang muncul hanya sekali-sekala".
I don't know what ustazah was going on about for the rest of the ceramah. The usual anecdotes-lah tentang menjadi wanita muslimah etc.
*yawnYAWNyawn*

Tuesday, June 19, 2007



malas nak updet. balik ke kl, kerja tetap menimbun. as if everybody is waiting for me to come back. but that's not a big deal. i dont like ppl doing my work anyway. sejak balik dari kuching ni rasa macam blur sikit lah. maybe because i'm not feeling well. hopefully things will go back to normal when i get my bearings back in a couple of days. i miss my friends. let's hang out and waste money on minuman keras! just kiddin' lah.

staring at the picture, i wish my life boleh diundur. tak perlu banyak, sedikit cukuplah.

Thursday, June 14, 2007

Greetings from Kuching!

Ex-bf masa kolej nak datang melawat (dia nak bagi ikan terubuk masin).
Aku kata - "Jangan jadi Tanggang".

Will be back Sunday.

Monday, June 11, 2007



suatu hari di pulau ketam:

"so natasya, ayah awak selalu fishing kat mana?"
"di US..."

so you can imagine lah why i was a bit reluctant to answer that question. nanti orang kata apa pula. but my dad was an avid angler back then. i remember sometimes we would head out in the freezing winter to go fishing. walaupun air sungai DeKalb semakin membeku, tapi dapat juga ikan! i'm just not sure why he stopped fishing altogether bila sudah pulang ke tanahair.

fishing trip to pulau ketam was fun. banyak juga ikan-ikan (kecil huhu) yang berjaya ditangkap. i slept most of the time sebab kena bangun 430 pagi. dan lelaki-lelaki pengail semua taknak pegang ikan so i was the tukang-cabut-mata-kail-dari-ikan. kih kih. but i'd definitely go there again.

ayat tipikal: will upload the photos later. it's been a busy month for me.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, June 07, 2007

Pencinta Wanita versi Kelantan

Ho la terimo kasih banyok sebhak youtube ni lah opismate2 ambo dok gelok kak ambo sebhak ambo orghe kelate!

Sunday, June 03, 2007

Tangan sudah mula seram sejuk. Sesejuk seperti going on a 1st date with the guy you like. No wait, i’m never nervous on a first date. Sejuk seperti menunggu nama dipanggil untuk ditemuduga. Or something like that. My point is, tangan ini sudah mula membeku kerana on the 5th of June my CEO yang tidak berbahasa Melayu itu mahu lihat 2 (dua / dos / yee / two) teks ucapannya yang ditulis oleh si penulis korporat ini yang juga masih terkial-kial menulis teks ucapan berbahasa Melayu. Ya ampun, dah hampir 2 tahun aku menjadi penulis teks ucapannya. Dah tak tahu nak goreng apa dah. Cut-and-paste, potong-dan-tampal teks2 ucapan sendiri sambil menceduk teks-teks orang lain (oops sori), masukkan peribahasa Melayu (untuk buat CEO / Chairman nampak seperti mereka menghargai budaya Melayu), masukkan ayat2 suci al-Quran (untuk buat CEO / Chairman nampak seperti mereka alim) semuanya telah kulakukan. Mati akal dah ni!

Kalau esok kedengaran lagu-lagu hardcore hip-hop from Cik Nate’s cubicle, faham2lah eh. Kepala tengah berserabut. Unless if i’m playing lagu-lagu jiwang Tompi then that’s a different story... ;)

Thursday, May 31, 2007

mimpi. mencuri fonsel Zed Zaidi dan tertangkap lantas dikejar sekumpulan Oompa Loompa yang berparang. akhirnya dibuang daerah dan terkapai-kapai mencari bantuan, seseorang atau sesiapa yang sudi menyelamatkan diri ini.

realitas. dua minggu lalu. memandu di MRR2 lantas memotong sebuah perdana hitam. "Maaaaa!", jerit aku pada ibu. "Zed Zaidi!!!" Si ibu yang mata coklatnya masih belum sembuh dari pembedahan bertanya "betul ke? hensem tak". Dia hensem. Sehensem wajahnya ketika menjatuhkan talak terhadap Zeti. Namun, jelas dia tergolong di dalam coccoon yang terlalu teruja apabila dipandang. aku memotong keretanya sekali lagi. jeling sajalah. cukup.

sembilu kasih semakin intense. walaupun kadang kala tertidur (to my mother's dismay - because this is the only quality time i have for her these days - maaf ma! but you know-lah my weekends are crazy these days). Jumaat lalu aku dicubit Mama, "Bangun, dia orang dah bercerai. zety had a miscarriage". Haaaa!?! How can la be like that! Habis tu! Perempuan gediks yang putus tunang itu bersorak kegembiraan lah! Maka makin cerah lah peluangnya untuk meng-SHITWHATISTHEWORD fendi/zed zaidi!!

sometimes i say to myself, i watch too much tv. i could be right.

Monday, May 28, 2007



di endau

ungkapan laut di langit hitam
bintang dilihat dalam lautan
sangkutnya jala berukir hati
bagaikan cinta ku harap disisi
jaringan bibir bagaikan sesikat
nyiur dihanyut seimbas ombak
pohon ibu dilepas bayu
bagaikan hati menggisir batu
disinilah cinta menyerang aku
disinilah aku diserang kamu

Wednesday, May 23, 2007

Jalan Sesama (Indonesian version of Sesame Street) is so kiyoot! So when are we gonna get our own version eh?

Anyway, as expected, sudah ada orang membalas surat yang dilayang oleh wanita di Wellington itu semalam. 3 replies! Belum baca sepenuhnya lagi. Tengah asyik baca tentang kenaikan pencen. Sebentar lagi nak call my mother and tease her about the pay increase hee hee.

Gunkz - Cantik vidclip

I knowww, I'm 30 but I'm still a big fan of hip-hop. This is cool, sounds like Iwa K though.

Tuesday, May 22, 2007

Oh my God, you're kiddin right? Somebody actually sent a letter to Utusan Malaysia (sila rujuk pada suratkhabar tersebut ini hari) bertajuk:

Lelaki Melayu bermasalah?

*cringe*

Pada pendapat saya topik sebegini sesuai untuk suapan pembaca blogs sahaja tapi to actually send the letter to a local daily is is is ... so BITTER. Damn pei la weh!

Some excerpts: (i had to type this myself ok sbb cant find the online version and demi tidak menghampakan pembaca2 di sini (oh please) dan juga Cik Nate terpaksa menutup tajuk surat itu sbb nanti opismate buat spekulasi macam2 ttg my racial preference ho ho)

"Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali."

"Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu."

"Mereka perlu diajar menghormati wanita."

"Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka."

"Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada."

Ho ho Ho. Sungguh lantang wanita ini.

I have nothing to say. I'm looking forward to read the feedbacks/brickbats from disgruntled men or women yang bakal mengangkat wanita ini sebagai suara glokal mereka. *giggles sambil memandang sinis pada ofismate lelaki Melayu yang muka semakin merah apabila membaca warkah tersebut*