Monday, October 01, 2007

semalam aku menangis di sepanjang mrr2 sambil mendengar lagu raya black dog bone. just to let you know that i'm still having a hard time dealing with this whole ramadhan and looming Hari Raya thing. as you grow older, hari raya no longer brings any joy to some of us (maybe i'm an isolated case, but if you are experiencing the same thing arent you glad that i'm writing about this?). raya to me, means satu konsep paksaan. terpaksa balik kampung, sedangkan dalam masa setahun kita boleh mana-mana tarikh untuk bertemu sanak saudara yang semakin out of sight, out of mind. terpaksa beli baju baru, barang kemas baru, or else ppl will think you're not doing so well in life. Terpaksa menepis soalan2 cepu emas, di mana sekarang soalan itu dijawab umpama satu renungan kosong umpama aku tidak memahami bahasa melayu. Terpaksa explain kenapa badan naik, sebab di dalam family tree Idris tiada seorang pun badan berisi. terpaksa makan hati, sebab ahli keluarga berjaya mengelakkan diri daripada pulang berhari raya di kampung (ya, puasa hari ke-19, aku masih bitter dengan keputusan keluarga aku!).

apa kata kalau raya tahun ini aku lari sahaja ke mana-mana pulau? Tak boleh, tiket (mahal) sudah dibeli. Lagipun my only consolation would be comfort food - mana lagi aku nak cari authentic nasitumpangnasidagangnasiberlaukkuihtahiitiklompattikamkuihpianakuihakokayampercik itu? dan takkan aku nak miss sembahyang Raya (di mana selepas solat Cik Nate akan menanti dengan penuh setia anak-anak Sultan keluar masjid - Tengku Faiz kahwinilah aku!). Hehe.

No comments: