Wednesday, October 18, 2006

Siri bercakap dengan diri sendiri:

Okay okay tahun ini kita buat macam tahun lepas. Kita masuk zon minda atmosfera yang lain. Kita balik kampung one day before Raya (dengan alasan tiket habis), kita pergi sembahyang Raya dengan Sultanah Kelantan, kita ziarah kubur, then Raya ke-3 kita cabut balik KL. Apa susah? Tak susah! Kalau orang tanya bila nak kahwin, kita kata tahun depan (like we always do). Kalau orang kata kita dah kurus, kita kata “eh ya ka?” walaupun dalam hati kita malu kena puji. Biarlah kakak kita yang pandai mengipas sedara-mara tu do all the talking. Asalkan kita tahu kita tak hipokrit dan kita harus bersyukur, sekurang-kurangnya kita masih dapat balik kampung* makan banyak-banyak, menayang bodi langsing, mengenyit mata kat anak sultan kelantan, membeli tudung bawal, memotong rambut dengan harga jauh lebih murah dari stylist di KLCC, menatap langit yang kurang berjerebu, lepak dengan kengkawan KL yang turut di/ter-paksa beraya di KB dan lain-lain lagi.

This is probably my last update before Raya lah ok. Semoga you all berbahagia. Adeh, tak syoknya Raya.

* Ariff, semoga tabah beraya di hospital. Fight it!

Saturday, October 07, 2006

Semalam, ketika memandu pada jam 3pagi (hujan ketika itu – funny how hujan memainkan peranan penting bila mood sedang goyah) aku ternampak sepasang kekasih di tepi lebuhraya. Si lelaki sedang memeluk tiang letrik sambil si gadis memeluknya dan menangis. *roll eyes*

Hai, si gadis, jangan termakan dengan drama si lelaki itu. Air mata hanya sementara, suatu hari nanti si lelaki akan berubah angin dan tidak akan mencintai/memujuk rayu agar menerimamu kembali.

Hai, si lelaki, peluk lah tiang letrik yang basah itu kuat-kuat. Bagaimanakah agaknya tajuk utama di dada akhbar jika kau terkena kejutan elektrik nanti.

Untuk pihak lebuhraya, sila pantau adengan-adengan drama spektra ini. Mengganggu konsentrasi pengguna-pengguna lebuhraya sahaja (ini semua pengaruh drama Sembilu Kasih* ni – tak sah kalau tak bergaduh dalam hujan).

* Mengikut rating terbaru yang diterima oleh pihak MediaPrima, Sembilu Kasih menduduki tempat teratas bagi rancangan yang paling ramai penonton.

Thursday, October 05, 2006

Ini hari I have one more speech dalam bahasa Melayu to finish. Ustaz Z janji nak kasi some hadith to selit dalam the speech (ye lah, bulan puasa ni kita kasi Islamik sikit la) and after that i can work on my article to be sent to the Halal Journal. Yeah! I can do it!

I finally get to taste the murtabak roti jala yang diwar-warkan itu. hmmm, biasa je rasa dia? A clever innovation tapi I think i'll stick to murtabak biasa je lah.

Some things that i want to eat yang belum dapat:
- Nasi padang (esok! Rizal hang jangan lupa temu janji kita! eh ke aku ada temu janji lain? Hmm)
- Kek batik (hari tu ada beli di pasar Ramadhan Bandar Tasik Selatan. Tapi lupa letak kat mana. Kemungkinan besar sudah dibuang)
- Karipap sardin (juga sudah dibeli tetapi tertinggal di rumah seseorang dan seseorang itu telah makan kesemuanya tanpa memberitahu saya!)
- Meatballs IKEA
- Murtabak Greenwood (yang ni takpe sebab gerainya sentiasa ada)
- Kebab Melawati
- Makaroni bakar (ini specialty kakak sulung saya)

Heh itujelah. Pagi-pagi dah pikir nak makan apa.

Monday, October 02, 2006

Masih ingat lagi budak customer service yang suka jerit nama aku tu? Dia baru saja melangsungkan perkahwinannya, well a couple of months back actually.
Kita memang berkawan baik lah, he's one of those friends yang wajib ada di setiap pejabat bagi mengisi kekosongan hidup apabila bekerja.
Hari ni since ada some transaction that needs to be done, aku pergi la mengadap dia. Well, dia selalu datang office aku sebenarnya, to chit chat.

Tahu tak dia cakap apa?!?

"Saya nak awak tahu walau apa pun saya tetap cintakan awak" <-- Please note that dia cakap begini ketika counter sedang sibuk. Gila ke apa budak ni?!?

Wahlau!

Oh, ada lagi dia tambah:
"Tu lah awak, lambat."

Aik? Habis saya yang bersalah? Bukan ke masa aku start kerja di bangunan itu dia dah ada awek ke?
Malu lah dia cakap macam tu. Tahu la dia main2 tapi eerrrgh, orang sebelah masa tu dah senyum2 kambing kat kami. Aergh malu!

on another note, over dinner with Aid last weekend, dia tanya pasal Teman Lelaki.
She said "you know i told Angie that you guys text each other in Malay and she doesnt believe it at all!"
Hee hee. Believe it baby.