Semalam, ketika memandu pada jam 3pagi (hujan ketika itu – funny how hujan memainkan peranan penting bila mood sedang goyah) aku ternampak sepasang kekasih di tepi lebuhraya. Si lelaki sedang memeluk tiang letrik sambil si gadis memeluknya dan menangis. *roll eyes*
Hai, si gadis, jangan termakan dengan drama si lelaki itu. Air mata hanya sementara, suatu hari nanti si lelaki akan berubah angin dan tidak akan mencintai/memujuk rayu agar menerimamu kembali.
Hai, si lelaki, peluk lah tiang letrik yang basah itu kuat-kuat. Bagaimanakah agaknya tajuk utama di dada akhbar jika kau terkena kejutan elektrik nanti.
Untuk pihak lebuhraya, sila pantau adengan-adengan drama spektra ini. Mengganggu konsentrasi pengguna-pengguna lebuhraya sahaja (ini semua pengaruh drama Sembilu Kasih* ni – tak sah kalau tak bergaduh dalam hujan).
* Mengikut rating terbaru yang diterima oleh pihak MediaPrima, Sembilu Kasih menduduki tempat teratas bagi rancangan yang paling ramai penonton.
No comments:
Post a Comment