Ini ada satu cerita.
Hari tu sebelum Raya aku ada attend this charity program yang melibatkan ibu-ibu tunggal. Bukan event company aku pun, but sajalah aku attend to lend moral support. I sat between my boss and akak ni yang kematian suaminya 5 bulan lalu kerana kanser. Anak dia empat. Yang sulung tengah tunggu result UPSR. Dia tak pernah bekerja.
Masa akak tu duduk sebelah aku, dia tanya aku:
“Adik pun ibu tunggal ke?”
Sebelah kanan aku, my boss berbisik a.k.a. mencelah:
“Mi, you ni takde rupa ibu tunggal langsung, janda berhias adalah”
(kenapa aku rasa sangat-sangat terhiris dengan lawak boss aku yang tidak kelakar itu).
But anyway. Aku ni sejak dapat sijil kursus Social Etiquette tahun lepas memang aku rajin ber-small talk dengan orang yang tidak dikenali. Dalam teksi, dalam lif, dalam toilet, dalam kapal terbang, you name it. Sometimes it’s much easier to open up to strangers, because you’ll never know when you’re gonna see them again. Sesiapa saja aku boleh layan borak, especially dengan budak-budak. Dengan penarik2 beca di Kota Bharu best jugak. Ada pakcik ni sorang dah berumur 81 tapi masih gagah mengayuh beca tuanya. Aku tak sempat tanya apa rahsia dia sihat sejahtera macam tu tapi aku tengok pakcik tu memang murah dengan senyuman and sentiasa bersyukur.
Anyway, dengan ibu tunggal memang aku kalah.
Setiap soalan yang aku tanya akak tu (anak akak berapa ramai, akak kerja mana, Raya ni raya kat mana, masak apa untuk berbuka nanti, banyak ke buat kuih dll.) membuatkan dia sebak. Habis aku nak tanya dia apa lagi. Takkan aku nak bincang dengan dia pasal Islamic bonds? Cultural studies? Mohd Pierre Andre?
In the end, aku berhenti tanya dia apa-apa. Instead, I just held her hand throughout the ceremony. Aku rasa she’s grateful that I decided to shut up. Dia buat aku sedar yang walaupun seberat mana masalah dan beban yang harus aku tanggung, mungkin ada orang lain yang lebih merana dan terseksa daripada aku. Maybe my problems are nothing compared to others kan? Hmm.
No comments:
Post a Comment