Friday, September 26, 2008

Semalam berakhir sudah rancangan kegemaran aku. Selepas ini tiada lagi Lima dan eye candy, Abang Lawyer Handsome yang membantu NamRon untuk menjejaki semula keluarganya. Bila ada commercial break, sempat menonton Bersamamu. Kenapa dalam dunia ini masih ada warga2 tua yang hidup susah?!? You know, I cry everytime I watch Bersamamu, I know I’m super weak to watch it but noooooo, nak jugak tengok. Padan muka aku. I’m just a sap at heart. Even watching Pink’s latest video makes me want to cry because I think Pink and Corey Hart should stay together forever and ever.

Few more days to go before Raya! But masih di dalam mode ‘kerja-banyak-rasa-macam-nak-resign-24-hours’. Duit Raya sudah ditukar, biskut Raya sudah dibeli, hotel sudah di-book, jadi tinggal apa lagi? Oh, nak pack baju. Tak suka!

Thursday, September 18, 2008

Gourd, how tragic is Lima kan? (The mini series on Astro Ria - Monday to Rabu - 9pm). It's really good though. Memang agak tension sikit apabila menontonnya but man, I'm hooked!

Wednesday, September 17, 2008

I can't be everybody’s moral police. Especially when I’m passing by the emerging stairs (it’s the fastest way to get to the loo) and I can smell food and ciggies, and men talking in low voices. Hai, bang, takkan tak puasa kot? There’s 20+ floors here, it could be anyone. It could be a team of lawyers, analysts or bankers, but I can only confirm that they are sekumpulan Muslim yang tak malu dan semoga dapat pembalasan yang sewajarnya di akhirat kelak. Benci.

Anyway, if you ever go to pasaramadhan at TTDI, if there’s a super friendly guy selling samosa (seringgit satu) – beli! The samosa is very nice.

Friday, September 05, 2008

I always thought J merupakan seorang yang paling bertuah kerana mempunyai seorang datuk yang dihormati ramai, di mana sumbangannya terhadap bidang penulisan dan journalism tiada tandingan. I suppose J inherited most of his traits - her love for books and kebijaksanaanya ketika kami menuntut sastera Inggeris satu ketika dulu mmg membuatkan aku cemburu. It was so easy for her, sedangkan aku terpaksa bertungkus-lumus untuk lulus. Pasti seronok menjadi cucu kepada seorang ilmuwan yang begitu banyak berjasa kepada negara. I don't think I'll ever forget his wide frame glasses (aku sebenarnya takut padanya - rasa kerdil diri ini - siapalah aku!).

Rest in peace, Pak Samad. You're in a better place now.

Al-Fatihah.
Stuck dalam trafik lagi semalam. Wahai muslim dah muslimah yang rushing nak balik rumah atau ke pasaRamadhan tu, harap2 bersabar juga lah ye. Saya pun nak balik juga. Tak perlu jadi pemandu2 super bangsat kerana you tetap akan lambat. Potong sana, cilok sini, tapi tengok, you masih di belakang saya bukan?

Looks like it’s gonna rain sekejap lagi. Not craving anything today. Cuma today harap-harap pasaRamadhan jalan kuching tidak menghampakan (ye walaupun jam sedunia sanggup ku tempuhi jua!).

Wednesday, September 03, 2008

Semalam di pasaRamadhan TTDI, tiada apa yang menarik. Hanya Din Murtabak mendapat stamp of approval di atas kesedapan murtabaknya. Tak sia-sia beratur panjang. I saw Erra Fazira beratur untuk beli popia basah jadi mungkin tempat tu sedap juga. The rest, brrh. You know I can tell if the ayam percik is any good by just looking at the kuah...

Today maybe mahu terjah the pasaRamadhan near my house. Menu wajib for me is murtabak, so hopefully can get a good one as well today. If the traffic is not as crazy as yesterday, that is.

By the way, I just registered my eldest nephew to attend a PMR workshop this weekend. He’s so gonna kill me! I don’t care, aku nak jugak dia attend workshop tu. Jangan ada geng2 shuffle kat sana sudah. ;p
Tahun lepas, suasana Ramadhan di office lama agak menyeronokkan. Aktiviti bulan Ramadhan diisi dengan tadarus, tazkirah dan juga the annual bubur lambuk percuma untuk hari pertama berpuasa dan juga peluang berbuka dengan anak-anak yatim. Tahun ini di office baru, habuk pun tarak. Soal beribadat, sendiri mahu ingatlah. Dahlah hanya boleh pulang jam 5. sigh.