Friday, January 27, 2006

“Cantik betul songket awak hari ni.”

5 months of tergagap-gagap bercakap dengan aku, baru hari ini Junior dapat bersuara without looking like he’s about to be swallowed by me.

Lembab betul episod Cinta Pantry aku ni.

Thursday, January 12, 2006

Contrary to popular belief, Hari Raya Haji di Kota Bharu disambut sederhana. Or maybe it’s just my grandmother’s family. Entah. Aku pun tak pernah tahu part mana yang mereka kata meriah. Misha Omar kata meriah. Colleague aku yang dipaksa kahwin dengan jejaka Pasir Mas kata meriah. Eh ye ke? Tapi I guess one of the perks of mengaku menjadi anak Kelantan (God is great!) is that bila aku minta cuti panjang, tiada siapa mahu tanya mengapa? Sebab mereka ingat aku nak balik kampong korban lembu buat kuih tukar langsir salam-salam mohon keampunan tayang gelang-gelang emas.

Tidak sama sekali. Aku ada di KL. Savoring my days off dari kerja yang begitu membebankan. From the comfort of my apartment, aku tengok lembu disembelih. Wow. The whole day my mom and I tengok TV. And did yoga. Tak kira lah Hari Raya Puasa ke, Hari Raya Haji ke, tengok drama Raya memang agenda utama aku. Especially drama tangkap leleh tentang anak derhaka. “Jahat sungguh anak-anak Melayu kan, Mom?” Mak aku angguk sahaja tanpa berkata apa-apa. Aku pun pernah derhaka pada dia tapi isk. tidaklah sampai ke tahap macam drama-drama Hari Raya ni.

Aku ingat aku mahu balik KB hujung bulan ini. Skil tawar-menawar harus dimantapkan lagi dan aduh, craving nasi dagang dah tak ingat dah ni.

p/s: Nak saya komen tentang ‘perpisahan’ Elly dan Danial ke? Saya taknak komen apa-apa. I wasn’t the only one who saw the lack of chemistry between them. ;)

Tuesday, January 03, 2006

Hello, Selamat Tahun Baru.

Rebiu konser Peterpan in 6 sentences:

Sexual presence Ariel begitu mengasyikkan sekali.

To put it mildly, walaupun basah lencun, dihimpit anak-anak frinjan Indon*, kelaparan, dihimpit Indon, berlantaikan lumpur, dihimpit indon, terpaksa beratur macam nak masuk Nazi death camp, dihimpit indon, berbumbungkan langit kelam tanpa bintang-bintang bersidai menghiasi malam, dihimpit indon, sakit kaki, dihimpit indon, kesejukan, dihimpit indon, disiul lelaki-lelaki yang tidak biasa melihat wanita-wanita yang basah, dihimpit indon, tidak menghafal lirik kecuali lagu Mimpi yang Sempurna, dihimpit indon..

It was all worth it. I mean, check out those biceps on Ariel man. Er, maksud aku, the concert was great, sound system bagus, nyanyian ariel bagus, opening acts bagus. Buat aku terasa seperti I’m cheating on Ahmad Dhani, tapi Ahmad Dhani tiada di sini bukan?

Masa berasak-asak untuk masuk ke stadium, aku terserempak dengan Hakim (ex-boyfriend circa zaman matrik). Bayangkan, banyak-banyak tempat dalam dunia, aku boleh terserempak dengan dia, betul2 di hadapan pintu masuk. Tanpa dia mungkin aku sudah ranap diganyang mereka-mereka yang tidak erti dengan budaya Melayu yang bersopan-santun. Aku cuma mengukirkan senyuman kepadanya, tiada masa untuk bermelankolia atau menghidupkan api cinta yang sudah lama padam. Yang penting, aku dapat masuk stadium dengan selamat (dan keluar dengan selamat haha syukur ya tuhan!!!).

* Note to my Indonesian friends: we don’t hate you, we’re just terrified of you.