Wednesday, June 07, 2006
Interbiu bersama Natasya di Awangan, suatu petang di Zura's Akademik.
KUALA LUMPUR 4 Jun – Natasya di Awangan, yang sejak akhir-akhir sukar ditemui telah dilihat menghadiri satu kursus kahwin di sebuah akademi yang begitu dikenali dikalangan artis popular dan personaliti TV. Walaupun telah membatalkan segala aktiviti sosialnya pada hujung minggu lalu, namun gerakannya tetap dapat dihidu oleh para peminat dan sahabat yang tertanya-tanya akan ‘kehilangannya’ pada hujung minggu tersebut. Berikut adalah sedikit wawancara yang sempat dilaksanakan di sebuah restoran daun pisang yang terkemuka di Bangsar.
Q: Natasya di Awangan! Apa anda buat di sini?
A: Kursus kahwin lah apa lagi.
Q: Wah, ini satu perkembangan yang baik! Nampaknya persepsi anda tentang perkahwinan sudah berubah ya?
A: Hmmm mungkin tidak sepenuhnya. Tapi i did learn a few things about marriage especially procedure nak kahwin itu. MasyaAllah banyaknya red tape! Tetapi memandangkan saya orang Kay Ell, kurang pening kepala sikit. Kalau tak, kena isi Borang Permastautin lah, Borang HIV lah...
Q: Jadi, bilakan anda dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan?
A: Siapa kata saya nak kahwin? Boyfriend pun tarak. Saya datang teman kawan saya, lah. Miss Tinkerbell dan Encik Aquarian nak kahwin hujung tahun ini. Lagipun, kalau ada geng lagi kurang kebosanan dan kemengantukkan. At least i can get this over this now, like getting a driving license. Hanya sekali dalam hidup (er, lainlah kalau sijil hilang hehe).
Q: Siapa yang berada di dalam ingatan anda ketika kursus tersebut?
A: Siapa? Ingatan apa ni? Tak ingat kat sapa-sapa. Pelamin anganku sudah lama musnah bwahaha. Sepanjang kursus 2 hari tersebut, saya cuma ingat mahu pulang ke rumah dan tidur.
Q: Oh my God, anda baca chick lit ketika kursus? Tidakkah tindakan ini akan mendapat penghinaan oleh teman-teman literary circle anda?
A: Ala, bukan selalu. Takkan saya nak baca sesuatu yang memeningkan seperti Ulysses ketika kursus? Besides, i thought “The Devils Wear Prada” was rather entertaining. Hikhik.
Q: Secara keseluruhannya, apa pendapat anda tentang kursus ini?
A: Begitu menghiburkan. Mungkin kerana modul yang tidak membosankan, termasuk speaker-speaker yang mulut tiada insurans itu. Ustaz2 dan ustazah2 dengan sexual innuendos mereka yang menggamatkan lagi suasana kursus. Mereka semua kelakar! Cuma ada terdapat segelintir lelaki2 typical Melayu yang suka menyampuk ketika ceramah-ceramah tersebut. Macam bagus sahaja. Itu belum kahwin tu. Saya merasa simpati terhadap bakal-bakal isteri mereka.
Q: Ada artis tak di kursus ini?
A: Ada.. Seorang tu datang dengan teman lelakinya. Memandangkan dia begitu low-profile, cukup lah saya kata yang dia ni bekas Dewi Remaja (nota: Suf, anda jangan menggelupur, dia bukan Annahita kesayanganmu itu). Another artis adalah pelakon lelaki yang berlakon cerita Natasha dan bakal berkahwin dengan artis Sabah.
Q: Apakah highlight kursus tersebut?
A: Sketsa di penghujung kursus iaitu sketsa merisik, bertunang dan bernikah. Sporting betul artis lelaki tersebut berlakon jadi bapak pengantin lelaki. Begitu menggelikan hati. Tapi, kenapa tiada sketsa tentang penceraian ha? Sebab dalam modul ada ceramah tentang talak and cerai. Hmmm.
Q: Apa reaksi teman-teman dan ahli keluarga apabila mendapat tahu anda telah menghadiri kursus ini?
A: Terkejut gilerz! Kenapa begitu berahsia? Tapi ada juga yang berkata baguslah, get it over with.
Q: Bagaimana perasaan anda sekarang?
A: Biasa saja. Takkan saya nak menjerit kegembiraan kot? Tapi to ceduk kata-kata Encik Transformers (yang sepatutnya ikut serta kurus kahwin itu tapi tak jadi sebab dia ingat sijil kahwin ada expiry date ha! Ha!) saya kini boleh digelar ‘CERTIFIED SINGLE’. ;)
Q: Apa nasihat anda kepada mereka-mereka yang belum bersijil?
A: Pergilah ambil. It's fun. Jangan lupa bawak iPod. Serta buku untuk dibaca. Just in case. Dan, oh, jangan nak kenyit mata kat boyfren-boyfren orang lain! ;)
Q: Kata-kata terakhir?
A: Aku sedang ingin bercinta! Heh.
Q: Terima kasih CIK Natasya.
A: Sama-sama. Salamz!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment