Friday, March 23, 2007

Tadi saja je call dia tanya dia di mana. Dia di kedai Brothers. Suara dia macam tergagap-gagap sikit.

No, he's not cheating on me.

I think I'm getting a car accessory for my birthday (tolonglah jangan, aku belum bersedia untuk jadi gadis litar dia).

Monday, March 19, 2007



Saya sudah pulang. It's good to be back you know? Maybe we'll never compete with the Singaporeans tapi entahlah, rindu sangat pada hospitality rakyat2 Malaysia - isk serius ke aku yang berkata begini? Lagipun tak pernah berenggang dengan si boyfriend yang berumur 23 tahun itu hehe.

Will upload some photos later. Nak makan nasi lemak dulu ni.

p/s: Many thanks to F for the accomodation! Jangan lupa baca karangan bahasa Melayu yang saya telah letakkan di atas meja untuk anda baca. :D

Wednesday, March 14, 2007

Rasa macam terdesak sangat nak update di sini tapi tidak tahu nak cerita tentang apa. oooh kejap, nak browse website2 yang menghambakan diri mereka untuk AF5. Kelas Bahasa Inggeris tu berapa kali seminggu? It's very amusing. Rasa macam mahu muntah darah gigit bibir sampai berdarah when there are grammar mistakes. But i have faith that with a lot of practice mereka akan dapat menguasai BI at a satisfactory level (tipu! To perfect your English you need a lot of reading and practice ok!). If you ask me who's my favorite student this season, mestilah Dafi. Isn't he the cutest thing? Hehe.

On a serious note, i turn 30 on the 25th. Saja je nak ingatkan diri sendiri (iye, dan orang-orang lain juga). Belum decide untuk buat apa lagi. Mula2 ingat mahu adakan parti 'nafsu berserakah' (awesome phrase! aku belajar dari filem 300) but OF COURSE I'M JUST KIDDING YOU GUYS. Isk. No plans yet. Tapi cuti 3 hari for my birthday (aku mmg ambik cuti on my birthday every single year) takkan nak melepak/melepek di rumah sahaja ye dak?

OKlah need to do some work. Semalam pergi pasar malam near my old university. Masa tengah tunggu si apek goreng apakenama carrot cake kegemaranku masa uni dulu, tiba2 ada pak Arab ni sorang datang approach aku. "Are you Malay?" So aku jawab "Hell yeah I'm Malay, man. What's up?". "Is this halal?" "Er, yes, Halal. Halal." Rasanya halal lah. InsyaAllah halal. Makan tanpa was-was. Pleaselah, benda tu mesti halal kan. Orang Melayu memang suka makan, apa.. Dah bertahun dah uncle tu ada kat pasar malam. Sure halal punya lah!

Oh shit.

Thursday, March 08, 2007

Wayang Kata III, No Black Tie, 7 Mac 2007.


Psst...
Bisik pada dia ya?
Bahawa aku berterima kasih untuk segalanya
Sudah penat digelar pendera si anjing, si hati batu, si wanita sihir
Tapi dia sebagai seorang sahabat
Masih menerima aku seadanya.

Tuesday, February 27, 2007

went for my medical check up today. the doctor completely refused to speak English to me so you can imagine la macamana our conversation is like. kalau bm dia berhabuk ok la.

ada satu soalan yang dia tanya:

doc: mngndong?
me : huh?
doc: mngndong?
me : what?
doc: mngndong? PREGNANT?
me : [ala bini Norbit] Heyll no doc, i'm not pregant nobody's trying to knock me up nuh-uh, heyyy~.

So now i'm nervous waiting for my urine test result pulak. my boyfriend, the posterboy for Belia Benci Dadah has nombor telefon PENGASIH on his speed dial - "just in case you tak lepas your urine test". Ha ha. So not funny. *sigh*

he turned 23 yesterday
. cita2 dia nak kahwin umur 30. so that makes me 37 at that time. nice.

Happy (belated) birthday too to Nadia Circusitch, Zuhri best-ex-boss-in the-world and Sara Cantik. You are loved!

Thursday, February 15, 2007

kueh


kueh
Originally uploaded by natinski.
I know, dah lama tak update di sini bukan? The speech that i was struggling to finish akhirnya siap juga. But! Ada satu lagi speech menanti! Adeh. Padan muka Cik Nate.

I've gotten myself a part-time job to make ends meet. Bukannya sesak sangat pun (duit orang pinjam dari aku walaupun dibayar tidak mencukupi aku sudah halalkan) but next month diharapkan dapat menyambut hari lahir dengan meriah sekali.

So many things in my head right now. Macam mana nak juggle everything at the same time eh?

Ok back to my speech. Da.

Wednesday, February 07, 2007



Kepala tengah pening kerana sekali lagi diberikan tugasan berat untuk menulis pulitzer prize winning teks ucapan untuk si Presiden yang bahasa Melayunya masih di dalam longkang (fakta ini penting dalam menjelaskan bahawa my written Malay is far far better than him). Over the phone bersama seorang teman beberapa hari lalu tiba2 saya ter-emo dan menjerit "i dont want to speak Malay anymore!" dan pada saat dramatik itulah juga si Presiden yang masih menantikan teks ucapannya yang tak siap2 ini lalu di samping dan mula mengerutkan dahinya itu. Oops.

Tuesday, February 06, 2007

I refuse to use the word 'endosmen' in official letters. Buruk sangat bunyinya kan?

Friday, February 02, 2007

cik nate, cik nate, bekukanlah hatimu itu lagi
sooner or later everybody is going to give up on you

one just did.

Wednesday, January 31, 2007

arrival card


arrival card
Originally uploaded by natinski.
yeargh tersalah tulis dalam arrival card. sejak bila bapa saya bernama 'malay'? kih kih.

Tuesday, January 30, 2007

Photobucket - Video and Image Hosting


Sila jangan betulkan blog ini. Yes, that is the infamous Ina Naim a.k.a. jilted tunang of Mawi. Kami satu flight dengan dia, pergi dan balik. Apparently ada lawatan ke Bali bersama Ina. HA HA!

At least on the way to surga Denpasar ada Daphne Iking dalam flight. Dia kahwin di Bali woh*. Tapi on the way back to hell KL terpaksa la tengok muka Ina tu. No i have nothing against her. You think I want to waste my precious time mengutuk artis2 Malaya yang tiada bakat and make money out of their misery ke? Please lah.

So anyway, you knowlah kalau lambat masuk dalam flight AirAsia pastinya kena duduk berasingan. That’s because kami nyaris tertinggal flight because I decided to do a version of Ada Apa Dengan Cinta: Aku lari keluar airport last minute to see Angga, my new friend from Bali. But will talk about that later. *wink wink*
[teringat kat Angga]

Hey, berhenti mengelamun!

Oh so ya, saya TERPAKSA duduk di antara 2 MAKCIK2 yang menyertai rombongan tersebut. Beberapa fakta:

1. Ina Naim ada bodyguard who happens to be her cousin.
2. Makcik2 itu ikut rombongan kerana memberi sokongan kepada Ina yang “baru meningkat naik”
3. 60 orang telah menyertai rombongan ini
4. tiada ahli rombongan yang muda kelihatan. Semuanya makcik2!
5. ina naim mekap sendiri.

But i must say i had fun with the makciks. Terpaksa lah tutup aurat sebab rasa bersalah haha. Makcik di sebelah kanan kasi aku makan waffle yang dia curi dari Hotel Ramada (hey we stayed here last time!) dan Makcik di sebelah kiri kasi aku minyak cap kapak sebab aku bersin tidak henti (selepas menangis ketika flight took off).


Makcik Kanan sedang meneliti gambar kenang-kenangan bersama rombongan Cik Ina Naim ke Bali!

Ina Naim, Ina Naim. *geleng kepala* Would be more fun if i had met Mawi instead eh?

Note: Thanks to Girl kerana menjadi paparazo dalam flight. Girl kata dia terdengar ina tanya bodyguard dia: “kalau naik flight selalu telinga pekak macam ni ke?” BWAHAHA.


* Untuk berkahwin di Bali, pasangan perlu menganut agama yang sama. *pelamin angan musnah*

Monday, January 29, 2007

mercure


mercure
Originally uploaded by natinski.
Taknak balik Mesia! No wait, I'm already back in KL. *sakit hati*

Wednesday, January 24, 2007

Sunday, January 21, 2007

Shopping ke kak?
Hmm.
Berdua je?
Berlima tadi.
Banyak akak shopping. Akak ni Melayu ke?
Uhuh.
Ingatkan mat salleh tadi, tapi saya dengar akak cakap Melayu.
Saya Melayu.
Saya kerja kat sini kak. *tunjuk kad rumah kebajikan* Tolong2 sikit. Buat kebajikan. Akak pun boleh menderma. Kesian kat mereka ni.
*** Takpelah dik, akak kerja kat MERCY. Ni pun baru balik dari Johor. Tolong orang kena banjir. Buat kebajikan.
Oh ye ke kak?! Akak gi mana? Batu Pahat ke Kota Tinggi? Saya orang Kota Tinggi.
*gulp* Er, dua-dua.
Banjir lagi ke Batu Pahat? Kota Tinggi dah surut kan.
Masih banjir dik. Lagipun dia orang buka empangan tu sebab dah penuh. Mungkin Batu Pahat lambat sikit surut. *goes off ranting about Tengku Mahkota Johor sudah murka and ecological effect towards tourism and shite*
Ohh.
Oklah dik, akak nak sambung shopping ni. Assalamualaikum.
Waalaikumsalam.

*** Tipu sunattttt! So sorry!

Wednesday, January 17, 2007

“Cinta pertama indahnya bagai bulan nan purnama, tapi kegagalan cinta adalah bagaikan dimakan gerhana.”

Pergh. From Pengantar Berpacaran: Psycologie Muda-mudi by Abdullah Masrur M.H.
Definitely must look for this book once i land in boemi Indonesia nanti. One week to go!

Tuesday, January 16, 2007

I have the best friends in the world – because they put up with my infantile self:

“Riz said to tell you anjang aki is his relative”
Itu Girl punya SMS.

And then there’s an email from Neri:

Did you catch last night’s dunia baru when muhamad adif st-st-st-stuttered when he conversed with the junior-girl SO CUTE I wished it’d happened to me I’d pretend-die and go to *heaven*

And also Ari sent me an MMS – a screenshot of
muhamad adif masa dia tengah tergagap-gagap itu.

Kih kih so cute kan? Especially bila dia berkata “shophan shanthunnnn”. Hee. Keren banget!

So that should keep me happy for the rest of the day today. Btw, jangan call saya ajak minum-minum ini hari – I lost my voice. Adeh.

Wednesday, January 10, 2007

"ia plankton yang jahat"
~ kata sahabat SpongeBob SquarePants dalam bahasa Melayu di TV9.

giggle giggle, giggle giggle.

Tuesday, January 09, 2007

Sunday, January 07, 2007

Tiap kali pergi konsert, mesti hujan. Semalam di konsert Samsons, berghhhh menggigil kesejukan. It was ok, I mean, you can't really complain when an Indonesian band play yeah?

Semalam sakit hati with some ugly Malaysians. Nak je aku langgar mamat dalam kereta Kancil tu. Dia ingat ini jalan bapak dia. Urgh long story. I could make a movie out of queueing for 15 minutes just to pay parking at KL Sentral tu.

Dah la balik rumah lift rosak! And i live on the 7th floor ok!

OK enough whining. Mari kita jadi wanita yang independent yeah!