Thursday, August 17, 2006

So kita dah ada catch phrase baru lah. “I sound like stupid if I speak in Malay”

Semalam di kelab malam (wakaka), si Encik Transformers bawak sekali minah rempit mana ntah yang dia pikap di bar yang sama the week before (ini satu fenomena yang harus diteliti). Bukan kami tak nak bercakap dengan minah itu, tetapi dia sangat unreceptive. Kot ye pun, cubalah beramah mesra sikit dengan kami-kami ini. Cik Freckles pun tak suka dia sebab bila tanya sepatah, dia jawab sepatah. Tambahan pula, Cik Freckles bengang dengan Minah Rempit itu kerana ada ka Minah Rempit itu sangkakan Cik Freckles is a secretary. Hello! Dia engineer ok!

Lepas tu, Cik Freckles bisik kat aku. ”She doesn’t speak English ok”.
Aku pulak dengan semputnya menjawab dengan kuat “It’s not like I don’t want to talk to her? But I sound like stupid if I speak in Malay”. Hehe.
Badabing!

Thanks a lot Sharifah Amani. I still don’t agree with your smart mouth but thanks for the excellent phrase anyway.

p/s: Iye, iye, jangan tanya lagi. Yes, saya sakit. Yes, I am losing weight. No, I cant do anything about the bags under my eyes. Jangan ingat saya suka berkeadaan begini.

No comments: