Monday, April 30, 2007

Tiap kali jumpa Girl, kita discuss pasal banyak benda. the pattern is the same but never dull. kita discuss pasal our families,then kita discuss about my bad (ex & wannabe) boyfriends; our next holiday and then kita discuss pasal AHMAD DHANI. kita discuss pasal ahmad dhani macam dia tu sedara kita sendirilah. paling recent is "kalau Dewa berpecah, kita nak ikut sapa?" Ahmad Dhani and his trails of domestic problems or Andra Ramadhan and his awesome new band? hehe.

Hatta is leaving for Bali on wednesday. for 10 bloody days. woi! mana aci! Habis siapa nak teman aku tengok TV malam2? Anyway, i think i want to ask him to seludup Angga masuk so that he can be my slave kat rumah.

Dah bosan sangat la ni. 75% of the staff (i think so, my maths is bad) is on leave. so technically, my kerja pun tak jalan. But i managed to finish a speech within an hour. speech bahasa melayu! damn i'm getting at this. either that or my cut-and-paste skills are getting better. and i forgot to eat breakfast too! excellent progress (because nasi lemak is evil and pihak kerajaan harus memantau gelaja makan nasi lemak for breakfast ini). semalam cuba crash diet tapi by the time nak masuk petang, kepala aku sudah mula pening2. lagipun i only managed to get 2 hours of sleep the night before. so had to call Girl dan seperti biasalah, lepak di Suzy's Corner. Entah apsal kami suka sangat lepak di sini. But the lamb chop and roti john istimewa there mmg sedap. termasuk mashed potato layered with melting cheese. oh yum! there goes my diet.
i'm semi-miserable today. it will all end soon.

Been listening to Imran Ajmain. Best-best.

Sayang, yang sudah tu sudah,
Nangis tidak berlagu, lagi...
Sayang, yang sudah tu sudah,
Bunga tiada bermadu, lagi..

Sunday, April 29, 2007

i let myself fall...


i let myself fall...
Originally uploaded by natinski.
Cik Nate single lagi (sbb tu tak datang poetry reading semalam - tengah sibuk retail theraphy aaand jumpa Shah lagi). Oh well. Kepala tengah pening sikit ini hari. I did the stupidest thing last night. Aish, tak serik-serik! Takpelah, nanti Cik Nate tanggung sendiri.

Friday, April 27, 2007

"Sekebun cinta yang berbunga!!!"

Yes. Kat rumah ni. Baru habis nonton Sembilu Kasih [because wtf there is nothing to watch on a friday and i miss my mom]. I keep asking ppl the same question: "ada ke pasangan kekasih atau suami-isteri yang membahasakan diri mereka kau-aku in their relationship?"
Most likely not. Tapi kalau i ada jumpa pasangan macam ni i'm gonna say to them : "WOW you allz cakap macam Sembilu Kasih!!!"

Semalam aku nampak ex-bf aku on tv (the one yang berjaya buat hati aku remuk dan bergantung pada valium untuk beberapa bulan). Jantung aku terhenti seketika. I cried the entire night. I couldnt help myself. Aku tahu aku dah move on but i just couldnt help myself. I’m sorry.

Shah has been calling me often (huarggh kiyoot-nya dia). Lebih kerap dari si bf yang begitu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk aku. I hate HATE feeling neglected like this. I should keep myself occupied. Not with Shah, no. I’m not even sure if i like him pun. Aergh, lelaki mmg buat kepala aku berserabut!

Eh, DJ Cza on tv. Oh kiyoot nya dia.

Wednesday, April 25, 2007



rasa ralat / off tangent sedikit pada hari ini:

  1. ceo mood baik. dia pakai tali leher azimat dia. hari ini kan hari rabu. dia kata air suam yang aku sediakan untuk dia rasa seperti dibeli di hotel hilton. dia emang sarkastik begitu tetapi hari ini dia senyum. mood baik mood baik.
  2. untuk perkataan 'fee', kami tidak lagi menggunakan terjemahan 'caj' sebaliknya 'fi'. Fi !!! Jangan buat aku benci pada bahasa sendiri.
  3. 2 more colleagues of mine dah tender. kebosanan bekerja bakal dirasai.
  4. the death of ivan ilyich by leo tolstoy is a really good book. buat aku terfikir tentang mati. well, hari2 pun fikir tentang ini especially apabila manusia-manusia yang pakai kereta bikin mula memotong / mencucuk kereta aku dan cara pemanduan aku yang berhemah ini. hee hee.
  5. esok cuti. nak buat apa eh?

Tuesday, April 24, 2007

In my email today:

Assalamualaikum & Hi

TV9 is 1 year old! You are invited to “Kenduri Setahun TV9”. The details are as follows:

Date : 3rd May 2007

Time : 4:30 – 6:30pm

Venue : Saloma Bistro, KL

Dress Code : Traditional / Formal

Hmm menarik ni. Rasa-rasa Mohd Pierre Andre datang tak?

Sunday, April 22, 2007

Semalam me and the girls went to see our friends from Jakarta play at a local club. Tempat yang dipenuhi dengan manusia pelbagai bangsa dan saiz perut itu sudah hampir 2 tahun tidak dikunjungi. I was feeling a bit tired but sbb dah lama x jumpa Michael we headed to the club anyway. Michael dan band-nya masih seperti dulu, great showmanship, excellent tunes dan dalam masa 4 jam aku berjaya menepis lelaki-lelaki keji yang memandang wanita seperti sekeping steak Victoria Station yang lazat. I’m just there to enjoy the music. Besides, a no means no la kan. Jangan la nak merayap tangan tu.

Tapi...

Before the night ends, i met someone new. Dia kiyooot sangat. Shah namanya. English pun bagus (badabing!). Senyuman sejuta miliyar. Lepas tu dia minta aku teka umur dia. Disebabkan Cik Nate selalu sangat berkenalan dengan anak-anak ikan yang bawah umur, i said “23”.

“I look THAT young? I’m 28”.

Saat tu, tiba2 kepala Cik Nate berdengung dengan “HALLELUJAH!” dan rasa seperti ada sinar bercahaya di hujung terowong yang gelap. Masih ada single men yang umur sudah cukup baik untuk berumahtangga!

He took my number and promised to keep in touch. Seperti biasa aku tak ambik number dia (hantuk kepala) kerana i dont believe in hooking up with guys that i meet in clubs. Maaf, mereka terlalu keji buat aku (walaupun i’ve heard happy ending stories about people meeting their soulmate di disko – including my boss!). Fine, pernah lah aku buat sekali. Tapi itu Sheridan. He was a pilot and lives in Perth anyway so a little fling wouldnt hurt. Anyway, kenapa mereka keji? Because if they can hook up with me, surely setiap kali mereka pergi club they can hook up with other girls too. Ini insecurity aku berkata-kata. I want a real relationship, and this is just not the place to be looking for my perfect man. Besides, let me tell you a secret la, lelaki2 hensem ni? Most of them mmg nampak kiyoot di bawah lampu disko, ha cubalah meet up with them during the day. Takde la hensem sangat pun... La la la.

On our way home, my friend Nanie tanya aku, “Immy, macamana you mengurat orang eh? Cute la mamat tu”
“hoh?” Aku tak pandai jawab soalan ini. Tapi modus operandi aku simple. Bila aku dah nampak orang yang aku suka, just pandang dia la. Senyum. Body language is important, tapi jgn nampak slutty. If you can dance, itu your bonus point. Then just let it be. Kalau ada letupan kimia antara you dengan dia, then the rest is history. Kalau takde, just enjoy the night. Tak mati lah kalau tak dapat lelaki yang you nak. ;)

Keesokan harinya,

Aku dah tak ingat muka Shah.

HaHA that is SO me. Aku tahu dia kiyoot. Macam anak Yusof Haslam. No wait, i think Shah lagi kiyoot lah. Memeluk Shah umpama memeluk sebatang tiang yang dibaluti bantal empuk yang wangi. Dalam erti kata lain, dia tinggi, body best dan smells nice. WAKAKA.

Sekian cerita saya untuk hujung minggu ini yang tiada unsur2 moralistik langsung. Rasa bebas bila tidak berada di club yang sama dengan boyfriend aku yg berumur 23 tahun itu. Soalan biasa dia bila we are apart: Ada minum / hisap weed / mengorat jantan lain? Di mana jawapan aku will be the eternal firm NO. He must not know. Aku tak sanggup kantoi lagi. Kalau tak pasti ada tong sampah yang tak bersalah akan melayang lagi...

p/s: Shah did call. Dia nak jumpa aku lagi. Ohh temptation! I said no, not today, maybe we’ll meet at the same club next weekend. Pleaselah, aku belum bersedia untuk main kayu tiga. Tolonglah percaya! ;)

Friday, April 20, 2007



Well, you know, just in case. ;)

p/s: Aku rindu kat anak buah aku.

Thursday, April 19, 2007

Fair Play please!


Fair Play please!
Originally uploaded by natinski.
I think sometimes the weather gets to me. I miss things / person that i can no longer have. Sejak dua menjak ni merindui Kota Bharu. Fine, the weather is as bad as Dante's Inferno but I miss KB. Food is always on top of my list but would it be crazy to admit that i still miss my dad terribly. I miss him macam he's still alive, as if i can just call him to tell him that i'm coming home so that we can go to PCB just to sit by the beach, atau entah pergi ke mana entah for fishing. Or sometimes just drive around the towns in Kelantan without a purpose.

Rasanya entri ini terlalu personal pulak. But i miss him dammit.

Friday, April 13, 2007

"Apsal muka ketat je ni"

Favorite sentence at the moment. Whatever that means. But i get that everyday this week.

Wednesday, April 11, 2007

"Masih pending la Cik Natasya", kata si wanita HR yang mungkin sudah muak mendengar suaraku.

Saat-saat begini rasa seperti mahu berhenti kerja serta-merta dan tinggal di rumah sahaja.

Tuesday, April 03, 2007

You know, bulan lepas my face keluar majalah. keluaran bulan Mac. majalah fesyen. didnt tell anybody about it except my close friends and siblings and my ex boss. in fact my ex boss lah orang pertama who bought the magazine! ingatkan dia dah lupa. isk malu.

few weeks back, masa nak masuk the usual club that i normally frequent on saturdays, si liz penjaga club tegur aku. we dont normally talk because she just know me as the 'awek si DJ'. anyway,

liz to everyone: ok masuk masuk // you're on the list // tengok IC bla bla bla
liz to me : awak Immy Natasya nanti kejap! takleh masuk
me : uik? (sejak bila dia tahu nama penuh aku niiiiiii)
liz : awak keluar majalah ehhhhhhhhh. cantik.
me : itu bukan sayaaaaaaaaaaa! *lari masuk*

Malu. Tak suka sangat bila ppl found out.

Plus, ada akak sorang kat opis pun terperasan jugak. Dia hantar emel:

"hari ahad tu kita gi saloon rambut...kita baca majalah [insert nama majalah] bulan ni..kita nampak wajah awak la..."
alamaaaaaaaaaaaak!!!
"ehehe...kita x kisah pun...sekali tgk x perasaan ...belek lagi skali tgk mcm kenal je pompuan ni...bila baca nama dah sah ni bdk **** [nama syarikat] jngan Haji *** ******* [nama big boss alim] baca sudah la...tapi kita rasa tuan haji x baca majalah cam tu...kata dia x berkat nnti company...

adehhh pedas jugak emel akak ni. tak berkat nanti company? ntah apa2 ntah. gambar tu bukan seksi pun!?!

Actually this post is supposed to be longer tapi kepala rasa berat sangat ni. Makan ubat flu. Doktor cakap ubat ni tak mengantuk. Doktor tipu!

Friday, March 23, 2007

Tadi saja je call dia tanya dia di mana. Dia di kedai Brothers. Suara dia macam tergagap-gagap sikit.

No, he's not cheating on me.

I think I'm getting a car accessory for my birthday (tolonglah jangan, aku belum bersedia untuk jadi gadis litar dia).

Monday, March 19, 2007



Saya sudah pulang. It's good to be back you know? Maybe we'll never compete with the Singaporeans tapi entahlah, rindu sangat pada hospitality rakyat2 Malaysia - isk serius ke aku yang berkata begini? Lagipun tak pernah berenggang dengan si boyfriend yang berumur 23 tahun itu hehe.

Will upload some photos later. Nak makan nasi lemak dulu ni.

p/s: Many thanks to F for the accomodation! Jangan lupa baca karangan bahasa Melayu yang saya telah letakkan di atas meja untuk anda baca. :D

Wednesday, March 14, 2007

Rasa macam terdesak sangat nak update di sini tapi tidak tahu nak cerita tentang apa. oooh kejap, nak browse website2 yang menghambakan diri mereka untuk AF5. Kelas Bahasa Inggeris tu berapa kali seminggu? It's very amusing. Rasa macam mahu muntah darah gigit bibir sampai berdarah when there are grammar mistakes. But i have faith that with a lot of practice mereka akan dapat menguasai BI at a satisfactory level (tipu! To perfect your English you need a lot of reading and practice ok!). If you ask me who's my favorite student this season, mestilah Dafi. Isn't he the cutest thing? Hehe.

On a serious note, i turn 30 on the 25th. Saja je nak ingatkan diri sendiri (iye, dan orang-orang lain juga). Belum decide untuk buat apa lagi. Mula2 ingat mahu adakan parti 'nafsu berserakah' (awesome phrase! aku belajar dari filem 300) but OF COURSE I'M JUST KIDDING YOU GUYS. Isk. No plans yet. Tapi cuti 3 hari for my birthday (aku mmg ambik cuti on my birthday every single year) takkan nak melepak/melepek di rumah sahaja ye dak?

OKlah need to do some work. Semalam pergi pasar malam near my old university. Masa tengah tunggu si apek goreng apakenama carrot cake kegemaranku masa uni dulu, tiba2 ada pak Arab ni sorang datang approach aku. "Are you Malay?" So aku jawab "Hell yeah I'm Malay, man. What's up?". "Is this halal?" "Er, yes, Halal. Halal." Rasanya halal lah. InsyaAllah halal. Makan tanpa was-was. Pleaselah, benda tu mesti halal kan. Orang Melayu memang suka makan, apa.. Dah bertahun dah uncle tu ada kat pasar malam. Sure halal punya lah!

Oh shit.

Thursday, March 08, 2007

Wayang Kata III, No Black Tie, 7 Mac 2007.


Psst...
Bisik pada dia ya?
Bahawa aku berterima kasih untuk segalanya
Sudah penat digelar pendera si anjing, si hati batu, si wanita sihir
Tapi dia sebagai seorang sahabat
Masih menerima aku seadanya.

Tuesday, February 27, 2007

went for my medical check up today. the doctor completely refused to speak English to me so you can imagine la macamana our conversation is like. kalau bm dia berhabuk ok la.

ada satu soalan yang dia tanya:

doc: mngndong?
me : huh?
doc: mngndong?
me : what?
doc: mngndong? PREGNANT?
me : [ala bini Norbit] Heyll no doc, i'm not pregant nobody's trying to knock me up nuh-uh, heyyy~.

So now i'm nervous waiting for my urine test result pulak. my boyfriend, the posterboy for Belia Benci Dadah has nombor telefon PENGASIH on his speed dial - "just in case you tak lepas your urine test". Ha ha. So not funny. *sigh*

he turned 23 yesterday
. cita2 dia nak kahwin umur 30. so that makes me 37 at that time. nice.

Happy (belated) birthday too to Nadia Circusitch, Zuhri best-ex-boss-in the-world and Sara Cantik. You are loved!

Thursday, February 15, 2007

kueh


kueh
Originally uploaded by natinski.
I know, dah lama tak update di sini bukan? The speech that i was struggling to finish akhirnya siap juga. But! Ada satu lagi speech menanti! Adeh. Padan muka Cik Nate.

I've gotten myself a part-time job to make ends meet. Bukannya sesak sangat pun (duit orang pinjam dari aku walaupun dibayar tidak mencukupi aku sudah halalkan) but next month diharapkan dapat menyambut hari lahir dengan meriah sekali.

So many things in my head right now. Macam mana nak juggle everything at the same time eh?

Ok back to my speech. Da.

Wednesday, February 07, 2007



Kepala tengah pening kerana sekali lagi diberikan tugasan berat untuk menulis pulitzer prize winning teks ucapan untuk si Presiden yang bahasa Melayunya masih di dalam longkang (fakta ini penting dalam menjelaskan bahawa my written Malay is far far better than him). Over the phone bersama seorang teman beberapa hari lalu tiba2 saya ter-emo dan menjerit "i dont want to speak Malay anymore!" dan pada saat dramatik itulah juga si Presiden yang masih menantikan teks ucapannya yang tak siap2 ini lalu di samping dan mula mengerutkan dahinya itu. Oops.

Tuesday, February 06, 2007

I refuse to use the word 'endosmen' in official letters. Buruk sangat bunyinya kan?