Tuesday, May 23, 2006

xman storyy


xman storyy
Originally uploaded by natinski.
Kita dah berbaik. I think. Tapi after all that's been said and done, tekak ini masih merasa kelat, payau. Like i've swallowed a bitter pill. Maybe i did.

Monday, May 22, 2006

"So now that you call me a typical lelaki Melayu, I'm supposed to listen to lagu Melayu and all that lah?!?"

I think I just fucked up a 12 years worth of friendship. I'm sorry I made you my punching bag, Azman.

Friday, May 19, 2006

"iLoveYou irmynatasya!", jerit dia tanpa mempedulikan clients yang resah menunggu nombor mereka dipanggil.

Lepas ni aku taknak turun ke customer service counter tu dah. Aku malu!

Thursday, May 18, 2006

Saya sudah cuba untuk updet. Tetapi jari-jemari beku, tidak dapat berbahasa Melayu.

(psst, Salina 2 rawks!)

Saturday, May 13, 2006

Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu

Apakah disana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmuuuuuuuuu.....

* Tolonglah get me out of this funk cepat.....

Friday, May 05, 2006

dhani


dhani
Originally uploaded by natinski.
Arghhhh! Kenapa DIA harus berpakaian sedodon dengan aku di hari Jumaat yang mulia ini!!!

Oh hello. Saya sudah baliks. Lama dah. Di flickr saya ada few shots of you-know-who so y’all enjoys la ok. I have nothing to say at the moment. I think I need a new hair color. Internet di rumah sudah mati jadi hari-hari picisan telah diisi dengan mengemas rumah (lain kali jangan tinggalkan rumah lama-lama).

Semalam mimpi Mama pecahkan my iPod. Tulah, jangan jadi anak derhaka. Rajin-rajinlah telefon dia tanya khabar. OK i should shut up now. Back to work.

Monday, April 17, 2006

I'll be back in May

Natasya di Awangan – Muzik untuk Muhasabah

Chrisye feat. Ahmad Dhani – Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada
Dealova – Once
Rossa – Aku Bukan Untukmu
Jikustik – Tak Ada Yang Abadi
Dewa 19 – Larut
Dia Fadilla – Aku Masih Setia
Ahmad Dhani & Andra Ramadhan - Kuldesak
Black Dog Bone – Hatiku Luka Lagi
Dewa 19 - Kangen
Nitrus – Kamu
Peterpan – Di belakangku
Garasi - Hilang
[trak bonus] Marcell – Semusim
Ahmad Dhani, pemuzik genius atau pemuzik serius?

Man, what was I thinking. Berdiri di hadapan pentas mungkin satu kesilapan besar, satu harakiri yang mungkin will not be repeated EVER. Pada mulanya, aku berdiri 4th row from the stage. Bila showcase bermula, sedar2 aku dah sampai di bucu keyboard Ahmad Dhani! Ya ampun!

Masuk 4th song, Girl left the stage area sebab dia sudah hampir pitam. Aku pulak tersangkut depan stage. I think halfway through (masa lagu Cukup Siti Nurbaya) baru aku dapat loloskan diri ke tepi bar. Itupun, i didnt know where i was, the place was sardine packed!

Masa aku tengah sms si Girl : “I am stuck at the bar...”, si mamat sebelah kanan aku menyampuk:
“I am stuck... HAHAhaha... Saya pun stuck jugak ni, awak pun hilang kawan eh?”
Ye ye I’m stuck.
Sebenarnya aku suka kat mamat sebelah kiri aku tu, dia cute, tersenyum-senyum, nak tegur aku ke tak nak wehhh, lembab sungguh tindakan refleks dia so aku borak ngan mamat sebelah kanan aku je la. Lagipun dia tolong selamatkan aku dari mamat Indon dok tengah head banging belakang aku tu.

Oh back to Ahmad Dhani. Ish, garang betul dia kan? Tak senyum langsung. Dia muncungkan mulutnya bila the crowd was pushing too far ahead. Dia tak berkata apa-apa tapi ish, aku tahu dia marah. Performance wise, i have no complaints. Once memang ternyata hebat and Tyo looks a lot hotter in real life.

The good news is, I managed to get great shots of Dhani, Once and Tyo. I’ll probably upload them later-later, sekarang ni tengah sibuk – ai, sibuk sangat nieh!

I woke up this morning, and i realized that dahi aku lebam. Tak tahu mana datang. Mungkin kena semalam sebab penyebabnya banyak: kena siku, kena pijak kaki, kena tolak, kena himpit, kena hantuk dengan kamera, pilih sahaja!

Before the showcase, kita terserempak dengan Han, my good friend over at the ol’ office. Dengan bangganya dia menayangkan cellphone-nya, waaaa ada gambar Ahmad Dhani! Dia jumpa band tersebut di meet-the-fans session at Tower Records. Waaa mana aci! Please note that Han sanggup tinggal baby kat rumah sebab minat Dewa19 punya pasal. Siapa lagi lebih fanatik sekarang ni? Heehee.

OK my fangirling ends here. Kalau aku tak namakan my firstborn Siti Nurbaya atau Andra Ramadhan atau Ahmad Dhani, hish, tak tahulah. ;)

Please doakan I’ll ace my interview tomorrow. Thanks!

dewa


dewa
Originally uploaded by natinski.
Fanatik? Mana ada....

Sunday, April 16, 2006

It's 1:50 a.m. Baru pulang. I can't sleep. Rasa macam kena anxiety balik.

I knew waiting for 6 hours just to see my favorite band play would be worth the wait. To see Dewa19 play is an emotional thing for me, kerana muzik mereka have always been the soundtrack of my life. Bila lagu ke-2 was Dua Sedjholi, aku sudah mula rasa sebak.

Tapi to see Ari Lasso perform kembali dengan Dewa19 is something yang aku tak jangka aku akan dapat lihat, ever. Time tu air mata aku sudah mula bercucuran. Aduh. Tambahan pula the 23 songs that were performed semuanya ada bercampur track2 lama dari Terbaik Terbaik (1995) hingga ke Republik Cinta (2006).

I think I need not explain why this band means a lot to me. There's so many things in my head / on my shoulders right now. Maybe esok I'll write more about the Malam Pesta Indonesia and the Dewa19 showcase. We'll see how it goes.

Rasa-rasanya Valium ada expiry date tak?

Thursday, April 13, 2006

Huwa kecik hati dengan Ustaz Z. Last week, after 2nd session with Ustazah Cakar Harimau, dia tanya how was the session. So I told him honestly, “bosan lah ustaz, dia cerita hal orang kahwin sahaja”. Lepas tu dia tak pasal2 snap kat aku “Habis, apa lagi? Kahwinlah cepat!”.

Wah, tingginya suara dia (ke aku yang emo terlebih?). kenapa dia nak marah-marah nie? Please lah, being single is not a disease, nor a curse. Stop over-analyzing kami-kami yang kurang bernasib baik dalam mencari cinta boleh tak?

Bila ustaz Z tengok macam aku nak menangis, he just had to make things worse by asking:

“Immy do you need counselling?”

“ABSOLUTELY NOT!”

Seriously, do i look like i need counselling? NO. I think i’m doing fine thank you, just PMS-ing. Just because sekarang aku selalu ponteng kelas tajweed that does not signify anything. Bukan apa, ustaz selalu sibuk so selalunya dia assign another ustazah to teach. Ustazah tu tak best. Dia baik sangat. Kalau dengan Ustazah Z, salah baca je mahu kena sergah. Pastu muka dia akan merah sebab dia marah. Pastu dia akan rasa bersalah sebab garang sangat. Hihi. Aku suka (ish, fetish jenis apa pulak ini).

Itu sahaja kisah saya pada kali ini.. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan ironi-nya yang tersendiri. Tapi nanti kita story di lain hari ok.

God is Great!

Wednesday, April 12, 2006

Sudahkah anda membeli tiket konser? Belilah weh, marilah kita bersuka ria sabtu ini. Aku dah beli. Bukan satu, bukan dua, tapi tujuh tiket! Nyeahaha.

Hmm.

Saturday, April 08, 2006

Cuba teka siapa pengirim SMS ke-9 Carta Baik Banget bagi memenangi 2 tiket ke Showcase Dewa 19 di Planet Hollywood pada 16 April nanti?

\o/

Life is good. Yabadabedoooo!!! I won! I won!

Wednesday, March 29, 2006

Just because I’m reading a fantasy book (saja je, tukar angin monsoon) tiba-tiba bila orang berkata “dia adalah darah daging saya” I find it so GORY and bloody kemerahan macam daging yang disiat-siat dengan penuh mahir sekali oleh abang-abang kat pasar tani di Jalan Kuching. Kenapa aku kata mahir? Kerana walaupun di mulut ada sepuntung rokok, tak pernah aku lihat abu rokok itu jatuh ke daging-daging yang disiat oleh mereka.

Rasa macam tengok sarkis. Rasa macam nak tepuk tangan dan jerit ‘encore!’ apabila si butcher is all done with the daging.

Monday, March 27, 2006

Who was gung-ho enough to let Ferhad nyanyi lagu Dealova di Anugerah Planet Muzik baru-baru ini? Boleh bikin saya mengalami pendarahan dalaman! I kinda enjoyed APM this year walaupun ada kolumnis yang memanggil anugerah itu anugerah nyamuk (i.e. kecil, tak seberapa). Tapi nyamuk-nyamuk pun, ia bisa menggigit!

I think Malaysia is in bad need of a Taufik Batisha. Yelah, kita ada Adam (Michael Jackson konfius wannabe itu) but at least Taufik Batisha can sing! Bila Taufik Batisha nak break into Malaysia? Have we had enough of Ahli Fiqir already? Bring on new Singaporean talents already! (and please keep Ferhad off the radar bitchplease)

It’s Monday. Saya malas nak buat kerja. My immediate boss bilang I should read more Malay books. Dia bilang saya punya MD speech yang 6 pages tu keras macam kayu. Takde lenggok bahasa Melayu yang indah langsung. Terlalu un-apologetik. Dia boleh kata apa sahaja. Besides, macam mana nak me-melankoli-kan speech ekonomi? I’m sure my MD tak kisah kerana BM dia lagi teruk dari aku! Hehe. Masa aku discuss pointers for the speech with my MD pun kita bincang dalam English, maka aku translate je lah point by point. ‘humble beginning’ jadi permulaan yang tidak seberapa. ‘quantum leap’ jadi lompatan kuantum (bwahaha). ‘metric return on equity’ jadi ‘metric return on equity’ jugak dan ‘value added services’ jadi ‘value added services’ jugak! nyeahaha. I know, I know, teruk sekali.

Peninglah ini hari. Terlalu banyak makan kek hari jadi over the weekend. Iye, saya sudah 29 tahun. Betul saya tak tipu. Stop saying I’m actually 19 pretending to be a 29 year old woman. ;)

Wednesday, March 22, 2006

Of course I’m gonna write about this.

Semalam dalam mailbox yang sentiasa kosong itu, ada satu sampul surat besar untuk aku. There was no return address, and nama aku hanya diletakkan ‘Natasya’ sahaja serta alamat rumah dengan setem 2 ringgit. Odd.

Setelah dibuka, there were 2 books inside - Kunci Rezeki and Wirid Rasullullah S.A.W. Pagi dan Petang by Dr. Abdullah Yasin.

On one of the books ada post-it note yang tertulis:

Wishing you joy
And peace
Happy Birthday
Your sister in faith


To the anonymous sender, Thank You. I don’t have the energy to mull over this unusual birthday gift but since last year, I know I have changed a lot. Mungkin masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, ditinggalkan, dilupakan, dianuti dll but I’m trying my best. Everyday is a constant battle but iye, iye, saya tahu, patience is the key!

“But life is a slippery slope, regret is the steepest hill”, bukan?

Thanks again.

Tuesday, March 21, 2006

Hey if anyone ada lagu ‘Kamu’ by Nitrus, can you please ‘yousendit’ it to me? I dont know why i like this song very much. Maybe because they sound like a complete rip-off macam Collective Soul cuma berbahasa Melayu! Hmm.

Friday, March 17, 2006

Aku tengah bosan ni. Bila bosan mulalah rasa macam hendak menulis. Bila menulis mula terfikir tentang self-censorship. Bila self-censor mula rasa tak puas hati. Bila tak puas hati, penulisan jadi tergendela so back to work for me! Vicious circle.

Baru-baru ni, atas desakan Ustaz Z, aku ada attend satu ceramah. Ustaz Z ajar aku tajweed as a refresher course for free and in return aku buat translation/copywriting untuk dia. Ustaz-ustaz zaman sekarang tak macam dulu, mereka sudah moden, pakai tali leher, berbahasa Inggeris, ber-thumb drive, ber-laptop.

So suatu hari dia bilang sama aku:
Ustaz : Immy i think you should attend ceramah ni.
Immy : Ceramah apa. I dont do ceramahs.
Ustaz : Pergijelah. Bagus ni. It's by Ustazah Siti Bahiyah.
Immy : Bwahahah. Ustazah Cakar Harimau tu? That is definitely something i dont need. Saya belum kahwin lah Ustaz.
(dalam hati: who needs cakar harimau when you have kamasutra and lap dance?)
Ustaz : Bukan. Ceramah ni about macamana nak jadi Muslimah Ideal. I've registered your name.

Dengan langkah berat macam kaki yang di-shackled, i attended my 1st ceramah agama (setelah keluar universiti). Rasa macam out of place sangat. Tapi tipulah kalau aku kata i didnt learn anything from the ustazah. Tapi kalau ada award pelakon terbaik untuk penceramah-penceramah di Malaysia, dia boleh menang best actress. Pandai dia buat penonton2nya menangis (she was talking about anak derhaka). Satu hall menangis dengar cerita dia. Aku tak nangis lah, bergenang air mata je..

Dia ada lah bagi tips dan doa untuk mencari jodoh. Ho-hum. Malas nak elaborate. I suspect ini sebab utama ustaz suruh aku attend ceramah ni. BENCI.

Takde pulak ustazah tu bagi tips/doa macamana nak jauhkan lelaki-lelaki horny.

Addendum: Semalam at the launch of WHF, i bumped into Miss Tyra. OMG dia sudah hijrah! Memang tak sangka sangat. I know, i know, people change. Yes yes shut up already.

Monday, March 06, 2006

Happy Birthday, Ba. Kami sentiasa merinduimu.

Al-Fatihah.

Tuesday, February 28, 2006

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: ayat 286)

Maka sedihlah perasaan ini apabila pintu taubat telah ku langkah masuk namun aku masih ditemukan dengan lelaki yang berkiblatkan nafsu.