Wednesday, September 20, 2006

Semalam Azman called:

Him: Immmmmy, mari kita ke kelas agama malam ini!
Me : Er, sorry la beb. I’ve got dinner plans tonight. But lemme know when is the next class ok!

Didnt have the heart to tell him that i was gonna go out drinking to celebrate my 1 year anniversary working for this shithole.

Tapi yeah, my point is, that’s my life. Kontras antara good and evil begitu besar. Some ppl pernah cakap that i’m rather conflicted, but that’s just me, I just cant decide if I wanna be good or bad. Both are more challenging. But hey, i guess the occasional pros-and-cons; langit dan bumi; baik dan jahat; are not so bad at all.

While i’m at it, i got myself a new boyfriend semalam(who will be referred as Teman Lelaki from now on haha) . Dia Melayu to the bone, kita cakap-cakap dalam bahasa Melayu. Rasa pelik, but i’m getting used to that. Macam ayam dan itik, but he makes me laugh. Kontras kami begitu besar, but you know what they say about opposite attracts. Maybe i should introduce him to you guys one day, then you’d know what i mean.

Aku dah tak di awangan lagi, because my feet is firmly on the ground. :)

Friday, September 15, 2006

pink


pink
Originally uploaded by natinski.
I was at the Estee Lauder Breast Cancer Awareness Program Charity Auction thing semalam. 2 tables away from me was Emran, si bachelor terhebat Malaya (hai, bila agaknya dia nak kahwin). Terfikir juga, kenapa aku asyik terserempak dia? Kenapa kami kerap bertemu? Is this what you call fate? Atau sekadar mainan constellation yang begitu berkecamuk sekarang?

Emran, Emran kalau dunia ini terbalik sudah lama aku remukkan hatimu.

Wednesday, September 06, 2006

Semalam tengok Nitrus perform. Well, kebetulan sebenarnya. I was at OU to have dinner with my ex boss (tempat mengadu utama tentang kerja) and there they were, Nitrus OK, tengah sound check at Good Evening Bangkok. Woo! By the time we finished dinner, I went back to GEB tapi Nitrus sudah perform halfway. So I don’t know whether they performed ‘Kamu’ atau tidak. But their other songs are good as well (and the lead singer is kinda cute hee hee). Siapa kata saya tak support the local music industry hey.

Tuesday, August 29, 2006

I am subjected to a kelas bahasa satu hari satu jam with my boss.
Faham tak tekanan perasaan yang saya alami ketika ini?

Tuesday, August 22, 2006

Kalau nyanyi lagu Negaraku out of tune tu masih boleh diterima lagi. Tapi ada satu line tu dia* nyanyi tune tu memang salah! It's not supposed to sound like that!

Is this as bad as not remembering your Rukunegara?

* Psst, dia Datuk Zulhasnan.

Thursday, August 17, 2006

So kita dah ada catch phrase baru lah. “I sound like stupid if I speak in Malay”

Semalam di kelab malam (wakaka), si Encik Transformers bawak sekali minah rempit mana ntah yang dia pikap di bar yang sama the week before (ini satu fenomena yang harus diteliti). Bukan kami tak nak bercakap dengan minah itu, tetapi dia sangat unreceptive. Kot ye pun, cubalah beramah mesra sikit dengan kami-kami ini. Cik Freckles pun tak suka dia sebab bila tanya sepatah, dia jawab sepatah. Tambahan pula, Cik Freckles bengang dengan Minah Rempit itu kerana ada ka Minah Rempit itu sangkakan Cik Freckles is a secretary. Hello! Dia engineer ok!

Lepas tu, Cik Freckles bisik kat aku. ”She doesn’t speak English ok”.
Aku pulak dengan semputnya menjawab dengan kuat “It’s not like I don’t want to talk to her? But I sound like stupid if I speak in Malay”. Hehe.
Badabing!

Thanks a lot Sharifah Amani. I still don’t agree with your smart mouth but thanks for the excellent phrase anyway.

p/s: Iye, iye, jangan tanya lagi. Yes, saya sakit. Yes, I am losing weight. No, I cant do anything about the bags under my eyes. Jangan ingat saya suka berkeadaan begini.

Thursday, July 27, 2006

Jikalau semalam anda ternampak seorang wanita berjalan-jalan di seri gombak berpakaian baju kurung merah jambu dan berselipar hitam - kaki kiri berselipar dan sebelah kanan selipar dipengangnya - ITU BUKAN SAYA!

so embarassing. selipar kesayanganku putus masa nak beli bubur McD for mum. masa tu aku di depan kedai cetong (pronounced chey-tong - haha lama dah tak pakai perkataan ini) dan alat-alat plastik. "Mana ada jual selipar jepun kat sini, dik. tapi kat hujung sana ada kedai kasut". uergh. daripada menapak ke kedai kasut yang jauh itu, might as well i go back to the car. Entah apa yang telah dipijak. Euw. Me mum dah tergelak when she saw me. Huhu malu.

Sunday, July 23, 2006

Actually tiada apa sangat untuk di-update di sini. i wish I had some stupid drama or reality show to bitch about tapi hmm, sekarang ni tak rasa macam nak jadi mulut celupar atau mulut tiada insurans takaful. Kesabaran di tempat kerja memang begitu challenging, tapi buat masa sekarang lebih dikaburi dengan kesusahan mendapat kerja baru. I need to work on my persuasion skills. Ia begitu teruk sekali.

Yesterday, over lunch with my friends, Nini yang 4 tahun sebilik dengan aku masa di universiti dulu tanya bila nak introduce teman lelaki baru. Did I say anything? Cant remember. Tapi dia menambah “everytime she has a boyfriend, dia cepat boring”.

Salah! Tidak tepat sama sekali! Aku dah berubah! Aku dengan Shahizam lasted 2 years apa?!

But of course, itu cuma jeritan dalam hati sahaja. Take it light. I trust dengan berkat doa dan *ehem* anjakan paradigma (I’m looking for the malay word for ‘effort’) my friends who know me inside and out, the time will come. I just don’t know when.

Esok nak visit Nerissa’s second baby. Esok juga wedding Ome but apologies sebab tak dapat hadir. Congrats bro! Love does exist after all, bukan? Oh, and happy 29th birthday to Musa, wherever you are. The BENdits miss you!

Friday, July 07, 2006

Oh hai.
Dia macam ini tau (it’s like this), kalau saya tidak membawa buku untuk dibaca ke rumah kakak sulung saya si Audra tu, I will end up reading kesemua majalah hiburan melayu yang husband dia memang suka beli.

Bagi saya, tak salah jika ingin membaca majalah-majalah ini (ini ayat pembelaan diri). Dunia hiburan tempatan memang menarik, cant say much about the aesthetic values though. It’s fun reading these magazines: “ooohh artis janda itu ada boyfriend baru yang bujang trang-tang-tang!”; “eh dagu dia terlebih panjang”; “eeeek so kampung lah her baju”; etc.

Sometimes i look forward to getting emails pasal artis-artis negara kita. Especially bila dapat gambar2 artis-artis beromen, yang dikebas dari friendster ke apa ke, simpanan peribadi ke, because i look forward to see what the artists’ reactions will be like. “Saya cium pipi sahaja”. BWAHAHA. Memang la kalo gambar cium pipi bolehlah bail yourself out!

So kan hari tu ada artis AF yang gambarnya bercium and pegang beer tersebar melalui email? So okay, standard jawapan artis: “saya cium pipi sahaja”. FINE! FINE! Tapi kalau kantoi gambar atas katil sedang berbogel, i wonder what the alasan will be like kan?

And alasan dia sebab bergambar pegang beer:
*paraphrasing*“Jurugambar itu cina. Masa dia nak ambik gambar, dia sedang pegang bir. Jadi dia mintak saya untuk pegangkan bir itu untuk dia”

Come on, who are you trying to fool lah wehhh. Banyak cantik lah dia punya alasan. Like hello, tak boleh letak beer tu atas lantai ke, meja ke, teguk sampai habis ke....

My point is: Stupid is as stupid does. Ada aja alasan bila kantoi. But i guess i’ll never understand the entertainment industry.

The weekend is here. Yes! Tapi ada Citrawarna Malaysia kan? Jalan mesti jam lah ye? *sigh*

Friday, June 23, 2006

Ayahnya jugak bernama Baba. For the lack of better comforting words, diharapkan NZ stay strong, dan ingat ketentuanNya.

Semoga roh ayahandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

al-Fatihah.

Tuesday, June 20, 2006

Gah, makcik tea lady tu buat aku marah lagi!
Perbualan di suatu pagi yang sejuks; di satu pantri:

makcik tea lady tak berhati perut: Ammmmmyyyyyyy...
Saya: *tengah beli nasi lemak* Ia sayaaaaaaaaaaa......
MTLTBP: Amy makan nasi lemakkkkkkk lagi... Tak takut gemuk keeeeeeeeee.....
Saya: *muka seposen* Tak?

Memang aku tak takut gemuk. Hello, last Sunday orang pergi beli jeans baru ok? Sebab jeans/pants lama dah longgar.
*slaps ass* You alls jangan jeles lah! Hmpfth!

Tuesday, June 13, 2006

“bley tanya skit tak... you dah kawen ker blum?!...”

That question came in the mail yesterday. It was from one of the young secretaries here. Aku pun tak ingat yang mana satu. There’s so many ppl here in this office, you think i have the time to get to know each one of ‘em?

After aku dah reply, came another mail from her:

“awk umur bape erkk....
bf ada tak... kalu ada org nak ngorat bley tak?”

Hmmm aku nyaris menjawab:

“Orang ini berbahasa Inggeris atau tidak?”
and
“adakah dia juga menulis macam awak / bley / ker / blum / kalu / bape.. ini bahasa rempit kan?”

Hikhik. I think these days ppl around me feel the need to memperkenalkan aku to some eligible bachelor, sedara, kawan, bapak etc. Gee, thanks a lot you guys. It’s nice. Keeps my mind off things but relaxlah, no rush ok? (hmm i think that’s not what i said early this year).

Tapi saya sekarang amat sibuk dengan karier, mana ada masa untuk bercinta. (fuh, like real only). *uwek*

Petang ini saya ada miting with a friend. Dia ajak saya co-write script drama dengan dia. Ooh la la! (I hope he's not planning to use my life story har dee har har). I’m gonna need a lot of coffee for this.

Wednesday, June 07, 2006


Interbiu bersama Natasya di Awangan, suatu petang di Zura's Akademik.

KUALA LUMPUR 4 Jun – Natasya di Awangan, yang sejak akhir-akhir sukar ditemui telah dilihat menghadiri satu kursus kahwin di sebuah akademi yang begitu dikenali dikalangan artis popular dan personaliti TV. Walaupun telah membatalkan segala aktiviti sosialnya pada hujung minggu lalu, namun gerakannya tetap dapat dihidu oleh para peminat dan sahabat yang tertanya-tanya akan ‘kehilangannya’ pada hujung minggu tersebut. Berikut adalah sedikit wawancara yang sempat dilaksanakan di sebuah restoran daun pisang yang terkemuka di Bangsar.

Q: Natasya di Awangan! Apa anda buat di sini?
A: Kursus kahwin lah apa lagi.

Q: Wah, ini satu perkembangan yang baik! Nampaknya persepsi anda tentang perkahwinan sudah berubah ya?
A: Hmmm mungkin tidak sepenuhnya. Tapi i did learn a few things about marriage especially procedure nak kahwin itu. MasyaAllah banyaknya red tape! Tetapi memandangkan saya orang Kay Ell, kurang pening kepala sikit. Kalau tak, kena isi Borang Permastautin lah, Borang HIV lah...

Q: Jadi, bilakan anda dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan?
A: Siapa kata saya nak kahwin? Boyfriend pun tarak. Saya datang teman kawan saya, lah. Miss Tinkerbell dan Encik Aquarian nak kahwin hujung tahun ini. Lagipun, kalau ada geng lagi kurang kebosanan dan kemengantukkan. At least i can get this over this now, like getting a driving license. Hanya sekali dalam hidup (er, lainlah kalau sijil hilang hehe).

Q: Siapa yang berada di dalam ingatan anda ketika kursus tersebut?
A: Siapa? Ingatan apa ni? Tak ingat kat sapa-sapa. Pelamin anganku sudah lama musnah bwahaha. Sepanjang kursus 2 hari tersebut, saya cuma ingat mahu pulang ke rumah dan tidur.


Q: Oh my God, anda baca chick lit ketika kursus? Tidakkah tindakan ini akan mendapat penghinaan oleh teman-teman literary circle anda?
A: Ala, bukan selalu. Takkan saya nak baca sesuatu yang memeningkan seperti Ulysses ketika kursus? Besides, i thought “The Devils Wear Prada” was rather entertaining. Hikhik.

Q: Secara keseluruhannya, apa pendapat anda tentang kursus ini?
A: Begitu menghiburkan. Mungkin kerana modul yang tidak membosankan, termasuk speaker-speaker yang mulut tiada insurans itu. Ustaz2 dan ustazah2 dengan sexual innuendos mereka yang menggamatkan lagi suasana kursus. Mereka semua kelakar! Cuma ada terdapat segelintir lelaki2 typical Melayu yang suka menyampuk ketika ceramah-ceramah tersebut. Macam bagus sahaja. Itu belum kahwin tu. Saya merasa simpati terhadap bakal-bakal isteri mereka.

Q: Ada artis tak di kursus ini?
A: Ada.. Seorang tu datang dengan teman lelakinya. Memandangkan dia begitu low-profile, cukup lah saya kata yang dia ni bekas Dewi Remaja (nota: Suf, anda jangan menggelupur, dia bukan Annahita kesayanganmu itu). Another artis adalah pelakon lelaki yang berlakon cerita Natasha dan bakal berkahwin dengan artis Sabah.


Q: Apakah highlight kursus tersebut?
A: Sketsa di penghujung kursus iaitu sketsa merisik, bertunang dan bernikah. Sporting betul artis lelaki tersebut berlakon jadi bapak pengantin lelaki. Begitu menggelikan hati. Tapi, kenapa tiada sketsa tentang penceraian ha? Sebab dalam modul ada ceramah tentang talak and cerai. Hmmm.

Q: Apa reaksi teman-teman dan ahli keluarga apabila mendapat tahu anda telah menghadiri kursus ini?
A: Terkejut gilerz! Kenapa begitu berahsia? Tapi ada juga yang berkata baguslah, get it over with.

Q: Bagaimana perasaan anda sekarang?
A: Biasa saja. Takkan saya nak menjerit kegembiraan kot? Tapi to ceduk kata-kata Encik Transformers (yang sepatutnya ikut serta kurus kahwin itu tapi tak jadi sebab dia ingat sijil kahwin ada expiry date ha! Ha!) saya kini boleh digelar ‘CERTIFIED SINGLE’. ;)

Q: Apa nasihat anda kepada mereka-mereka yang belum bersijil?
A: Pergilah ambil. It's fun. Jangan lupa bawak iPod. Serta buku untuk dibaca. Just in case. Dan, oh, jangan nak kenyit mata kat boyfren-boyfren orang lain! ;)

Q: Kata-kata terakhir?
A: Aku sedang ingin bercinta! Heh.

Q: Terima kasih CIK Natasya.
A: Sama-sama. Salamz!

Friday, June 02, 2006

My boss cuti 2 minggu. Admin support saya sudah resign, dan juga si exec biul yang kehadirannya umpama angin berdebu yang memedihkan mata.

Buat masa sekarang, belum rasa macam nak pengsan. Belum kena marah, belum kena tuding jari, belum jadi scape goat. Baru setengah hari. Tengok la minggu depan.

Tuesday, May 23, 2006

xman storyy


xman storyy
Originally uploaded by natinski.
Kita dah berbaik. I think. Tapi after all that's been said and done, tekak ini masih merasa kelat, payau. Like i've swallowed a bitter pill. Maybe i did.

Monday, May 22, 2006

"So now that you call me a typical lelaki Melayu, I'm supposed to listen to lagu Melayu and all that lah?!?"

I think I just fucked up a 12 years worth of friendship. I'm sorry I made you my punching bag, Azman.

Friday, May 19, 2006

"iLoveYou irmynatasya!", jerit dia tanpa mempedulikan clients yang resah menunggu nombor mereka dipanggil.

Lepas ni aku taknak turun ke customer service counter tu dah. Aku malu!

Thursday, May 18, 2006

Saya sudah cuba untuk updet. Tetapi jari-jemari beku, tidak dapat berbahasa Melayu.

(psst, Salina 2 rawks!)

Saturday, May 13, 2006

Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu

Apakah disana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmuuuuuuuuu.....

* Tolonglah get me out of this funk cepat.....

Friday, May 05, 2006

dhani


dhani
Originally uploaded by natinski.
Arghhhh! Kenapa DIA harus berpakaian sedodon dengan aku di hari Jumaat yang mulia ini!!!

Oh hello. Saya sudah baliks. Lama dah. Di flickr saya ada few shots of you-know-who so y’all enjoys la ok. I have nothing to say at the moment. I think I need a new hair color. Internet di rumah sudah mati jadi hari-hari picisan telah diisi dengan mengemas rumah (lain kali jangan tinggalkan rumah lama-lama).

Semalam mimpi Mama pecahkan my iPod. Tulah, jangan jadi anak derhaka. Rajin-rajinlah telefon dia tanya khabar. OK i should shut up now. Back to work.