Tuesday, February 28, 2006

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: ayat 286)

Maka sedihlah perasaan ini apabila pintu taubat telah ku langkah masuk namun aku masih ditemukan dengan lelaki yang berkiblatkan nafsu.

Tuesday, February 21, 2006

Oh I had a lovely weekend! Bukan sebab bermain saham atau saham naik okay, tapi kerana Republik Cinta sudah ada di dalam tangan! (kita main saham melalui SMS je... hehe)

Mula-mula sekali, rebiu Republik Cinta in 8 sentences:

Tuhan sudah tidak tinggal di Republik Cinta lagi.
[ini direct translation of God doesnt live in Republic Cinta anymore]


Oh where to start, where to start. Beginilah, kesetiaan aku pada Dewa, oh Dewa19, is sama dengan my loyalty to Anne Rice. No matter how bad her writings have become over the years, setiap kali dia keluar dengan buku baru, aku pasti beli. Aku percaya suatu hari nanti Miss Rice will be the queen of her castle again, with her gorgeous writings about the creatures of the night.

Same goes with this band. Ahmad Dhani masih hebat. Personally, i like this album and aku menarik nafas lega kerana first time aku dengar album ini, i dont hate it like i hated Laskar Cinta (brrrr, sampai sekarang aku benci album itu). Dan ia tidak terlalu jiwang karat seperti Cintailah Cinta. I’m not sure if this album is ‘lebih nge-dance’ tapi you know you cant go wrong with this band with its wide range of music – pop ada, dangdut rock ada, electronica ada, elemen muzik dari negara Timur ada, apa lagi yang kamu mahu? Oh tambah lirik-lirik puitis. Dan Ahmad Dhani yang mantap itu. Hee, perfect.

Segalanya Maia
Album ini memang sarat dengan tema cinta (what else is new) but that’s fine by me! Cinta Ahmad Dhani memang indah (walaupun dia ada Maia). Speaking of Maia, kenapa banyak lagu berlatarkan suaranya? Mengapa? Mengapa?! Kenapa dia cantik sekarang? Kenapa kumpulan Ratu ada di mana-mana sekarang (termasuk henpon boss aku) dan begitu membingitkan telinga dan memanaskan hatiku?! Masa konser Dewa di Stadium Malawati few years back, Azmir dan aku tergelak-gelakkan memerhatikan lagat isterinya yang tak ubah macam penyanyi dangdut itu. Segalanya Maia, Maia, Maia. Aku benchi!

*ehem* So anyway.

Bila Dewa19 Berbahasa Inggeris
So, it’s not as bad as Siti Nurhaliza singing English songs tapi, kalau bolehkan, tak payahlah nyanyi lagu bahasa penjajah ni. Aku rasa lagu2 Inggeris dalam album ini baik-baik saja jika dinyanyikan dalam bahasa ibunda. Kecuali Queen’s I Want to Break Free lah. I liked their version, walaupun it makes me wonder, adakah Freddie Mercury akan terguling-guling di dalam kuburnya apabila mendengar the remake of this song?

“I want to BRAKE freee!”
Haha itu versi Oncé. Sebutan bahasa Inggeris-nye begitu menggusarkan perasaanku. Kalau Dewa19 mahu berguru dengan aku untuk belajar sebutan yang betul, aku sanggup ajar dengan percuma. Sebutan gaya British? American? Hei, sebutan gaya ala Al Capone pun aku boleh ajar ok!

Aku tercari-cari mana that one song yang umpama lagu motivasi yang aku boleh dengar when i’m feeling down (ala, bila time-time air mata bercucuran ketika memandu). Dalam 5 Bintang, there’s Hidup Adalah Perjuangan, dalam Cintailah Cinta takde, but in Laskar Cinta ada lagu Hadapi Dengan Senyuman. Dalam RC, there is Live On. This is the beauty of Dewa19 – their songs can lift your spirit anytime (and makes you want to marry and live happily ever after as well).

There are 2 songs that reminded me of their previous songs. Apa ni Bung, sudah ketandusan ide-kah? Tapi takpelah, aku maafkan. Jadi konklusinya, berapa bintang harus diberi untuk Republik Cinta? This album masih tidak boleh menandingi kehebatan Bintang Lima tapi bagi aku, all Dewa19 albums are 5 bintang in my book. Yay! Go me! Ayuh, apa lagi, belilah album ini, sebarkan benih-benih cinta dan musnahkan virus-virus bencimu!

Addendum: Dalam Melodi few weeks back aku rasa i heard them saying they will be performing at Stadium Merdeka on the 15th April. Harap-harap confirmlah sebab end of April aku out-station for 10 days. No way i want to miss this! Siapa tak mahu joget-joget to lagu Laskar Cinta itu!

Note untuk Girl (yang tuduh aku sudah curang pada Ahmad Dhani): You’ll be pleased to know that aku sudah campak album-album Peterpan masuk dashboard dan album2 suamiku sudah kembali menyepahkan si Estel itu. ;)

Friday, February 17, 2006

Encik Saham is the same cutie that i saw at the function tu.

Apa? Mana ada aku suka kat dia!?! *runs*

p/s: English dia bagus. La la la!

Thursday, February 16, 2006

Am I getting old? Oh yes I am. No, wait, soalan aku is macamana konsep perkenalan or that bibit2 cinta berputik begins? Tolonglah refresh my mind balik. Lelaki Melayu punya modus operandi lain sikit kan?

Begini kisahnya. Adalah seorang lelaki Melayu ini, let’s call him Encik Saham. Minggu ini dia banyak call aku – work related-lah – tapi suka betul sidetrack. Dia bilang dia pernah nampak aku masa satu function last week. I think I’ve seen him too as well.

Dia tanya:
Dia tanya aku umur 28 tahun kan?
Dulu belajar kat [insert nama universiti keparat di sini] kan?
Masih baru bekerja kan?
Awak grad English Lit kan?
Ooooh English awak mesti power. <-- ack, aku benci statement ini!
dll.

Laaa.. sudah gaharu cendana pula. Itu belum masuk soalan2 lain yang dia hantar melalui e-mail yang tidak berkaitan dengan kerja langsung. Bila aku call dia nak confirm appointment, dia pujuk aku jangan letak telefon lagi. Lagi bertambah soalan-soalan yang diajukan untuk aku.

Soalan paling best aku baru dapat tadi:

Dia : So, are you married?
Aku : Hai Encik Saham, direct betul soalan awak. Bukan saya sudah beritahu ke semalam? Saya ingatkan awak dah tahu since you know sooo many things about me.
Dia : yalah nakkan kepastian hehehe...
Aku: What if I’m not?
Dia: ha sekarang ni i tanya & u asked me back, jawabla, please.

Isk, aku sepak mamat ni kang baru tahu. Tapi aku memang suka layan dia. He reminds me of hmmm, no one actually, tapi dia macam gelabah sikit, and a real joker. Macam budak-budak sikit. Budak-budak yang suka tanya macam2 soalan.

Dia bilang umur dia 35 tahun. Bachelor.

Oh shit. Mamat cute yang aku nampak masa kat function tu yang aku assume is Encik Saham nampak muda. Macam 25 tahun gitu. Oh shit. Aku rasa aku sudah tersilap orang.

Esok aku ada meeting dengan dia. Oh shit!

[akan bersambung esok]

Sunday, February 05, 2006

Self : Anis sayang, come kiss Makcik.
Anis : Taknak! Makcik tak cantik!
Self : ...

Kids these days.