Sunday, November 27, 2005

Monday, November 21, 2005

Siri Menyesal Tak Sudah #546

So anyway, kawan baik aku masa kolej ada buat open house pada hari Sabtu yang lalu. Biasanya I never miss (or try not to miss) her open house. Besides, kalau tak datang, kemurkaan dia kalah harimau WWF yang kelaparan. Hehe. You gotta love the beautidul (and rich) people that throng her rumah terbuka every year). Plus menu utamanya which is Laksa Johor memang sedap (walaupun I’m a nasi person).

So this year, due to work commitments (ditambah dengan hujan lebat dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan) aku tak dapat hadir. Harap-harap J faham.

Tapi tahun ni J tak melenting.

Dia tak melenting sebab ANUAR ZAIN was at the open house. Anuar freakin Zain (yang sexual preference-nya tidak diketahui hingga sekarang).

Menyesal tak sudah.

Friday, November 11, 2005

Mana ada orang gemuk yang intelektual.
Eh siapa cakap.
Iya, cuba kau tengok Karl Marx. Dia kan gemuk tapi bukan ke dia punya kepandaian dichannelkan ke .. bla bla
Ha ha giggle giggle [inside joke] ha ha

Kadang-kadang bila dapat peluang untuk berget-together dengan *Suf (yang sinis lagi sadis) dan Ruhayat (yang tidak berperasaan) aku rasa macam zaman growing up with my 2 sisters. Umur Adia & Audra tak jauh berbeza, jadi mereka memang rapat. Masa mereka tengah tergila-gilakan Duran Duran, Wham! (masa George Michael belum declare yang dia gey), Star Wars (jaman Mark Hamill), Hideki Saijo dll. aku sebagai seorang adik bongsu dibiarkan terpinga-pinga, terkontang-kanting sorang-sorang macam sebatang kara (ooh I’ve always wanted to use that phrase). But of course I had my books, so takdelah sunyi sangat. Get straight As, baca buku Enid Blyton, jatuh sakit tiap kali my dad pergi outstation, hmm macam tulah routine growing up.

My point is, 2 ekor jantan cabaret ini memang suka buli aku. Bagi mereka, semua benda yang keluar dari mulut aku pasti ada innuendonya tersendiri yang harus dikupas dengan lebih mendalam, macam baca buku-buku Haruki Murakami atau muzik Gogol Bordello. Bila aku try to be funny, mereka tidak ketawa. Bila aku serious, mereka gelak guling-guling. Bila aku kata aku ada boyfriend, mereka kata itu cuma imaginasi aku. Bila aku kata aku sudah putus cinta, mereka kat cerita rekaan aku tak sebagus drama spectra. Lepas tu suka benar mereka berbincang tentang benda-benda yang aku tak paham termasuk menjawab soalan2 aku dengan jawaban yang abstrak, yang begitu memeningkan kepala aku yang sentiasa sibuk bekerja ini. Kadang-kadang rasa macam nak sepak je mereka. Aku tahulah aku tak sebijak mereka, tapi haruskah aku diperlakukan sebegini? <-- ini pinjam ayat majalah-majalah remaja yang adik aku suka beli.

Setelah sekian lama mengenali mereka, akhirnya aku bertanya:
“Why do you guys always have to be mean to me? Bolehlah tak kalau maybe once in a lifetime y’all, maybe seminit je, y’all buat baik kat i. Itu je yang I mintak”.But noooooo, jantan2 cipan itu terus memberi jawaban yang begitu mengelirukan, referring to me as glue, in other words, kalau rapat sangat nanti melekat, jadi kena maintain distance.

Tak faham? Aku lagi tak paham.

Tapi aku terima mereka seadanya. Walau pedas macam mana pun bebuli-bebuli cili yang mereka ganyang kepada aku, they’re still my friends. (ini sekadar pemanis sahaja, mereka memang jahat, konspirasi mereka untuk membuat aku gila macam mereka akan aku perangi habis-habisan. Yeah!)

Have a good weekend.

* Suf, Suf, I have new list of songs for our iPods (so you can be cool like me hoo hoo) and cinta aku pada Veronica Mars semakin mendalam. Tolonglah muat turun lagi! Hidup Mohd Pierre Andre.

Wednesday, November 09, 2005

Ini ada satu cerita.

Hari tu sebelum Raya aku ada attend this charity program yang melibatkan ibu-ibu tunggal. Bukan event company aku pun, but sajalah aku attend to lend moral support. I sat between my boss and akak ni yang kematian suaminya 5 bulan lalu kerana kanser. Anak dia empat. Yang sulung tengah tunggu result UPSR. Dia tak pernah bekerja.

Masa akak tu duduk sebelah aku, dia tanya aku:
“Adik pun ibu tunggal ke?”
Sebelah kanan aku, my boss berbisik a.k.a. mencelah:
“Mi, you ni takde rupa ibu tunggal langsung, janda berhias adalah”
(kenapa aku rasa sangat-sangat terhiris dengan lawak boss aku yang tidak kelakar itu).

But anyway. Aku ni sejak dapat sijil kursus Social Etiquette tahun lepas memang aku rajin ber-small talk dengan orang yang tidak dikenali. Dalam teksi, dalam lif, dalam toilet, dalam kapal terbang, you name it. Sometimes it’s much easier to open up to strangers, because you’ll never know when you’re gonna see them again. Sesiapa saja aku boleh layan borak, especially dengan budak-budak. Dengan penarik2 beca di Kota Bharu best jugak. Ada pakcik ni sorang dah berumur 81 tapi masih gagah mengayuh beca tuanya. Aku tak sempat tanya apa rahsia dia sihat sejahtera macam tu tapi aku tengok pakcik tu memang murah dengan senyuman and sentiasa bersyukur.

Anyway, dengan ibu tunggal memang aku kalah.

Setiap soalan yang aku tanya akak tu (anak akak berapa ramai, akak kerja mana, Raya ni raya kat mana, masak apa untuk berbuka nanti, banyak ke buat kuih dll.) membuatkan dia sebak. Habis aku nak tanya dia apa lagi. Takkan aku nak bincang dengan dia pasal Islamic bonds? Cultural studies? Mohd Pierre Andre?

In the end, aku berhenti tanya dia apa-apa. Instead, I just held her hand throughout the ceremony. Aku rasa she’s grateful that I decided to shut up. Dia buat aku sedar yang walaupun seberat mana masalah dan beban yang harus aku tanggung, mungkin ada orang lain yang lebih merana dan terseksa daripada aku. Maybe my problems are nothing compared to others kan? Hmm.

Monday, November 07, 2005

Tak sah raya kalau tak layan mana2 drama Raya. Maklumlah, di kampong tiada ASTRO, jadi nak tak nak, terpaksalah tengok the basic channels je. Just imagine, first day in kampong and aku sudah habis tengok bekalan drama Korea yang aku bawa dari Kay Ell.

So anyway, ada la satu drama ni that my sister Adia and I watched entah Raya ke berapa. It was screened tengah malam, entitled “Raya yang Hilang’ lakonan Jalaluddin Hassan and this wonderful kid nama Amy Suraya. I didn’t get to see it from the very beginning but to cut a long story short, JH merajuk dengan anak dia (Sheila Rusly, neighbor kakak sulung aku), dia bawa diri ke rumah orang2 tua and befriended this little girl nama Yaya. Tak payah lah aku include spoiler-nye (eventhough I’m not sure if RTM will ever screen it again) but suffice to say, Adia and I cried buckets of tears ok. Buckets. Ini bukan tangisan ‘airmata mengalir’, ini standard menangis teresak-esak punya.

Sedih betul cerita tu. Lepas tengok cerita tu, aku lalu tepi bilik nenek aku. Dengar macam dia selsema. Rupa-rupanya dia pun nangis tengok drama tu. Nenek aku yang hati batu tu pun boleh menangis! Ha ha.

Memang banyak berendam air mata Raya tahun ni. Tapi aku nak buat macamana lagi.